BAB 3

130 9 5
                                    

Suasana yang bising dipagi hari dengan bunyi kenderaan diatas jalan raya membuatkan Tia terjaga dari lenanya. Dia menoleh kearah jam disebelahnya. 6:00 pagi. Dia pantas bangun dari baringnya dan bergegas kebilik mandi untuk membersihkan dirinya.

Usia sahaja dia membersihkan diri , dia terus menunaikan perkara yang wajib bagi umat islam. Siap sahaja dia solat , dia terus keluar dari bilik nya lalu berjalan pergi kebilik Syira.

Tok.. tok.. tok..

Pintu diketuk beberapa kali. Senyap. Tidak terjawab. Dia terus melangkah masuk kedalam bilik syira. Perlahan-lahan sahaja  dia masuk tanpa membuat berangan bunyi dan dapat dia lihat kawannya masih lagi nyenyak tidur dibuai mimpi.

"Amboi sedap betul kau tidur eh peah. Dah pukul berapa dah ni peah bin rokiah.. haih.." kata aku.

Aku mendekati syira yang masih lagi lena dialam mimpi indah itu.Perlahan-lahan dia bersila diatas lantai itu lalu memandang wajah milik syira. Di tenung lama. 'Hermm nanti kalau kau dah tak ada dengan aku.. siapa nak layan aku?. Siapa nak main dengan aku?. Siapa nak gelak dengan aku?.' Bisik hati aku. Terasa sebak didada makin menguasai diri. 

Baru sahaja air mata mahu mengalir, tiba-tiba sahaja bibirnya terukir senyuman. Dia terus berjalan perlahan-lahan naik keatas katil Syira lalu melompat sekuat hati nya. Syira yang sedar akan itu terus terbangun. Dia memandang kearah Tia yang sedang melompat lompat diatas katilnya.

"IISHHHHH!!. Tak yah lah kacau. aku nk tidur laaa!!!." Jerit Syira sekuat hatinya sambil mengenggam batal yang dipeluknya.Geram.

"Tidur menda nya. Kau tengok jam dah pukul berapa?. Lagi berapa minit dah nak masuk pukul 7:00. Bangun lah solat dulu... kalau dah solat tak apa lah nak tidur sampai esok pun. Tak bangun lansung pun tak apa. Bangun.. bangunn.. bangunn." Merepek aku panjang lebar sambil menarik tangan Syira untuk bangun.

Syira mengeraskan badan nya dari ditarik aku. Aku sedaya upaya menarik tangan sahabatku ini. Sudah lah kudrat aku tidak cukup mahu manariknya. Kalau nak dibandingkan Syira dengan aku. Memang dia lagi berat. Nampak aje kurus tinggi tapi berat. lain lah aku ni Pendekss.

"Bangunnnnnnnnnnnn...." kata aku lagi.

"Ishhh.. yela yela... kalau aku bangun pun bukan nya aku boleh solat." Kata Syira dengan masih mamainya.

"Lah.. tak cakap. Buat penat je aku tarik engkau. Dah lah berat sakit pinggang aku." Perli aku. Sungguh. Memang sakit.

"Otak kau.. dah lah aku nak mandi. Keluar.... keluar.. keluar.." kata Syira dan terus bangun dari duduknya itu lalu menolak aku keluar dari biliknya. Kuat Syira menutup pintunya sampaikan aku sedikit terkejut. Marah gamaknya.

"kalau ye pun marah kat aku tak payah lah nak tutup pintu tu kuat-kuat. Kang tercabut pintu tu.. tidur lah kau tanpa pintu." Jerit aku dari luar dan berlalu berjalan dari situ masuk kedalam bilikku.

Sampai sahaja dibiliknya, dia terus baring. Telefonnya yang ada dibawah bantal itu diambilnya lalu menirap diatas katil. Ting... bunyi itu menandakan ada mesej masuk. Skrin telefon nya terbuka dengan sendiri. Dapat Dia lihat noti tersebut.

Pantas tangan nya menekan passwordnya itu lalu membuka aplikasi whatsApp. Nombor Izwan ditekan.

'Morning adikku tercinta. Buat apa tu?. Solat dah ke?. Macam mana dekat sana?. Best?.'

'ni dah makan belum?.'

'Sihat tak?.'

'Rindu kita orang tak?.'

bertalu-talu mesej masuk. Baru sehari duduk  dekat Kuala lumpur ni tak akan dah rindu kot?. Padahal dia boleh je datang sini. Tanpa menunggu lama dia terus tekan baton call yang ada disitu.

𝐌𝐲 𝐅𝐥𝐨𝐰𝐞𝐫𝐬 𝐃𝐚𝐧𝐧𝐲 𝐀𝐫𝐫𝐚𝐲𝐚𝐧 Where stories live. Discover now