Tangan kekar itu menarikku keatas sehingga cahaya matahari mengena mataku. Wajahnya tersenyum bahagia melihatku. Mata kelabunya memandang wajahku lama.
"A-Ayah??."
Namun dia hanya tersenyum dan memandangku lama. Tangannya naik mengusap ubun-ubunku yang dibasahi hujan.
"Mari. Kita main hujan nak." Katanya lalu menarik ku bermain hujan bersamanya.
Tidak lama selepas itu, datang seorang lelaki serba hitam membawak sepucuk pistol dan dihalakan kepada kami.
Ayah berusaha melindungiku dan... ayah ditembak berdas-das sehingga darahnya terpercik kearah aku.
"Ayahhh!." Jeritku.
"Bunga bangun bunga. Kau mengigau ni. Bangun." Suara garau itu jelas menyapa telingaku. Perlahan-lahan mata dibuka untuk melihatnya.
Sakit.
Itu yang aku rasakan. Perut aku sakit.
"Buka mata kau." Satu lagi suara menyapa telingaku.
Mendengar itu, aku paksa mata aku terbuka walaupun berat rasanya.
Kini aku dapat melihat wajah kacak abang-abangku. Namun orang yang aku mahu berjumpa tiada disini. Jangan-jangan...
"Maaf aku lambat. Jalan jem tadi." Suara tu!. Suara dia.
"A-awak..." kataku lemah. Ikwan dapat mendengarnya. Dia memandangku lama sebelum dia memandang kearah Danny dan memberi insyarat mata. Danny pun berjalan mendekati katilku dan duduk diatas kerusi disebelah Ikwan.
"Ye aku dekat sini." Katanya sambil mengusap kepalaku yang ditutupi tudung sarung berwarna hitam.
"A-anak kita m-macam mana?." Tanyaku padanya lemah.
"Dia sihat je. Kau kena banyak berehat." Kata Danny lalu memandang Ikwan. Riak wajahnya sedih tapi tetap cuba menutupnya.
"T-tipu...s-saya tahu.." ya aku tahu aku telah gugur. Perut ku makin terasa perit namun aku gigihkan diri untuk tidak sedih.
"Betul. Dia selamat. Aku cuma risau kalau kau tak bangun lagi. Dah seminggu lebih kau tak sedarkan diri." Kata Danny lembut.
"S-seminggu??." Tak percaya aku dah seminggu. Aku rasa baru semalam kejadian tu. Ha penjahat tu!. Siapa dia?!. Tapi suara tu aku kenal!.
"Orang j-jahat tu... s-saya k-kenal su-Suara dia."
"Dah. Tak payah pikir benda tu. Kau pikir pasal anak kau dan diri kau sendiri." Lembut je suara tu menyapa. Axzender!. Tu suara Axzender.
Aku mengangkat kepalaku sedikit untuk memandangnya. Ya memang betul itu dia. Pelitup mukanya masih tidak lekang dari wajahnya. But kenapa dia ada disini?.
Aku rasa disini hanya ada keluarga terdekat sahaja. Danny dan abang-abang aku. Ye aku baru perasan Abang Shah tak bawa Eriq. Aku abaikan pasal Axzender aku pandang Shahrul yang berdiri disebelah kiriku.
"Eriq.. Eriq mana?." Tanyaku. Mengerut dahi Shahrul mendengar nama anaknya itu. Masa-masa macam ni pun masih ingat anak dia?. Apa kena.
"Masa-masa macam ni kau lebih penting Eriq dari aku?. Sampai hati!." Sampuk suara Izwan.
"Shhhhhhh!." Serentak mereka semua shh kan Izwan.
Mengerut dahi Izwan. "Sial lah." Carutnya dan terus keluar dari bilikku.
Keluar sahaja Izwan dari bilik itu, keadaan terus bertukar sunyi. Sesaat, dua saat, masih sunyi. Sunyi tiada siapa yang berani suara.
"Busuk." Kataku. Kini semua mata memandang kearahku. Aku menutup hidung. Ye bau busuk.
YOU ARE READING
𝐌𝐲 𝐅𝐥𝐨𝐰𝐞𝐫𝐬 𝐃𝐚𝐧𝐧𝐲 𝐀𝐫𝐫𝐚𝐲𝐚𝐧
Random"MAAF!. Aa-aku tak s-sengaja!." Tiana Assya Ika- Sebaris nama yang sedap didengari dan indah dipanggil. Seorang gadis yang pendiam, baik hati dan penyayang ini diselubungi dengan kisah silam yang amat sakit dan tidak dapat menerima kisah silamnya...