BAB 24

60 3 5
                                    

Kaki berjalan dengan perlahan mengikuti jejak Danny dihadapan. Perlbagai ayat aku tengah bina untuk menutup ayat-ayat yang memalukan tadi. Sumpah aku rasa nak benam je muka aku dalam tong sampah.

Mata hanya memandang pada lantai sambil berjalan. Otak masih lagi ligat memikirkan ayat. Namun tanpa aku sedar ada seseorang sedang memerhatikan aku dengan senyuman sinis.

Tidak lama selepas itu ada seorang lalu dihadapanku sambil membawa dulang berisi air. Mungkin staf disitu agaknya.

Aku yang berjalan tidak memandang kehadapan itu berlaga dengan wanita tersebut. Talam yang berisi air itu tumpah namun tidak mengenaku kerana dihalang oleh seseorang. Aku yang sedikit terkejut itu terus memeluk lelaki sasa dihadapanku.

"Sorry nak. Makcik tak sengaja. Makcik mintak maaf." Kata wanita itu. aku yang mendengar itu terus melepaskan pelukan itu dan menolok tubuh sasa itu ketepi. Hampir jatuh lelaki itu aku buat namun cukup membuatkan bibirku tersenyum menang. Bukan senang nak kacau Ikwan yang sekeras batu tu.

"Eh tak apa. Bukan salah makcik pun. Tia yang buta jalan tak pandang depan. Tak apa. Makcik ambik ni. Lepas tu pergi beli lain . Ganti yang tumpah ni." Kata aku lalu menhulurkan duit kepada wanita itu.

wanita itu hanya tersenyum kaku.

"Eh tak apa. Makcik boleh beli sendiri." Kata nya. Rupanya wanita itu bukan staf disini, dia cuma cleaner baru disini.

"Eh tak apa. Ambik je." kata aku lalu menghulurkan sekali lagi duit itu padanya.

"Erm. Makcik baru jadi cleaner dekat sini ke?." tanya aku pada wanita yang umurnya 40-an itu. Wanita itu hanya menganggukkan sahaja kepalanya mengeyakan apa yang aku kata tadi.

"Owh. Makcik dah makan ke?." Tanya aku lagi pada wanita itu.

"Belum lagi. Nanti makcik makan." Katanya.

"Habis air tu untuk siapa?." Tanya aku lagi. Kalau bukan untuknya jadi untuk siapa?. Pelik juga aku.

"Untuk cucu makcik." kata wanita itu sambil menenduk memandang lantai.

Aku yang mendengar itu terdiam sejenak lalu memandang sekeliling. "Mana cucu makcik tu?." Tanya aku lagi dengan wajah yang teruja.

"Ermm ada de..." baru sahaja makcik itu mahu berkata, dia terlihat seorang kanak-kanak yang berumur lebih kurang dalam 4 tahun itu dimarahi seseorang.

Dengan pantas wanita itu berlari kearah ke budak tersebut. Aku juga turut mengikuti wanita itu. Ikwan dan Danny yang melihat itu berjalan mengikuti aku dibelakang.

"Saya minta maaf Cik. Maafkan cucu saya." Kata wanita itu sambil memeluk budak itu. Budak itu hanya melihat sahaja wanita yang tinggi didepannya itu dengan pandangan marah.

"Maaf?. Kau ingat baju aku murah ke macam baju kau ni?." Tengking wanita itu pada makcik tersebut.

Aku yang mendengar pula rasa marah pada wanita seksi dihadapan makcik cleaner itu.

"Dia buta ke rabun aku tak tahu, tapi dia nampak kan makcik depan dia tu. Kenapa dia nak kena tengking makcik tu macam tu sekali?. Dia tak ada rasa hormat dengan orang tua ke? Biadap betul?!." Gumam aku geram. Nak je aku cili mulut dia.

"Kenapa kau nak kena marah makcik ni?. Dia dah minta maafkan. Tak perlu lah nak tengking dia macam tu sekali!." Kata aku padanya dengan menahan rasa amarahku.

"Heh. Kau ingat baju ni aku beli dekat sini ke?. Baju ni dari UK tahu." Marah wanita itu pada aku. Namun apa aku kesah. Baju je pun. Apa baju yang pakai ni pun made in Itali. Haa tak ada pulak nak kecoh. Ergh.

"Tak tanya pun kau beli mana." Kata aku selamber.

"kau jangan nak buat masalah dekat sini bunga. Orang tengok." Bisik Ikwan yang ada dibelakang aku. Aku yang mendengar itu terus menoleh memandang Ikwan lalu senyuman sinis terukir dibibir.

𝐌𝐲 𝐅𝐥𝐨𝐰𝐞𝐫𝐬 𝐃𝐚𝐧𝐧𝐲 𝐀𝐫𝐫𝐚𝐲𝐚𝐧 Where stories live. Discover now