Pada malam ini keluarga Emir mengadakan makan malam didewan besar dan mewah ini yang ditempah oleh Emir Nathan sendiri.
Pelbagai makanan disajikan untuk para tetamu. Banyak makanan ala-ala china dan ada sesetengah makanan itu makanan kampung yang dimasak oleh keluarga syira dan dibantu oleh Puan Ila bersama anak-anaknya.
Majlis sudah lama bermula namun Tia masih lagi tidak kelihatan. Entah kemana dia pergi. Puas mereka cari tapi tidak jumpa. Mungkin didalam bilik lagi atau dia tengah healing. Entah lah.
"Mana Bunga ni?. Dia dari tadi tak makan lagi." Kata ikwan risau dengan adiknya yang tidak muncul dari tadi.
"Entah lah. Dekat luar kot. Biar lah dia." Sampuk Shahrul lalu mengambil segelas gus oren lalu diminumnya.
"Weh aku nampak Tia dekat pantai tu. Dia buat apa dekat sana?. Takda orang teman dia ke?. Kesian dia. Apa kata aku pergi teman dia." Usik Harras yang tiba-tiba muncul dari belakang Shahrul. Hampir tersembur air yang diminum Shahrul.
"Banyak lah kau. Nak kena pukul pergi lah." Bidas Ikwan.
"Boleh je." Usik Harras lagi. Baru sahaja dia mahu bangun Ikwan sudah pun memegang bahunya lalu dipicik kuat.
"Aduh.. sakit sakit."
"Tak payah nak bergaduh dekat sini. Hormat sikit majlis orang ni." Kata Shahrul dingin lalu bangun dari duduknya dan pergi kearah isterinya yang sedang memilih makanan.
Harras yang melihat Shahrul sudah pergi dia terus duduk ditempat yang shahrul duduk tadi. DIa mencapai donat orea yang ada didalam piring lalu dimasukkan kedalam mulutnya. Dikunyahnya tanpa rasa bersalah.
Ikwan yang baru sedar akan Harras yang sudah makan donat orea itu dia terus terkejut. Itu untuk adiknya bukan untuk dia. Membulat lagi mata Ikwan tatkala melihat dia menelan donat itu tanpa rasa bersalah.
"Woi!. Asal kau makan donat oreo tu?." Tanya Ikwan sambil mengetuk kepala Harras.
"Lah soalan apa kau ni?. Aku lapar aku makan la tak kan nak biar je dia membusuk dalam piring ni. Itu pun tak boleh pikir. Bodoh betul kau ni." Jawab Harras selambernya.
"Ergh.bodoh!. tu Bunga punya giler. Dah lah tinggal satu tu je. Kalau dia tahu kau makan donat dia habis jadi masalah nanti Tahu?!." Marah Ikwan. Geram.
"Lantak lah. Bukan masalah aku." Jawabnya lagi.
"Bodoh!." Marah ikwan lalu mengetuk kepalanya lagi sekali tapi kali ini kuat. Dia sudah hilang sabar dengan perangai Harras ni. Macam mana lah dia orang boleh tahan dengan perangai Harras ni. Kalau dia nak nak je dia bunuh mamat tu lepastu bagi jerung makan. Geram.
Tanpa mereka sedar, semua mata sedang memandang kearah mereka berdua. Ikwan yang melihat itu terus mengangkat tangannya dan memberi insyarat mintak maaf. Manakala Harras pula masih lagi memegang kepalanya yang sakit diketuk oleh Ikwan. Padan muka siapa suruh menjawab!.
Tidak sampai seminit ikwan terus bangun dari duduknya dan pergi meninggalkan Harras seorang diri dimeja makan. Malas dia duduk disitu lama-lama. Takut nanti ada yang mati disitu nanti.
Baru sahaja ikwan mahu melangkah keluar dari dewan , dia melihat Tia sedang berjalan menuju kearahnya dengan senyuman lebar ditayangkan pada Ikwan. Ikwan pula mula tidak senang hati. Dengan pantas ikwan Memusing kembali kebelakang lalu berjalan laju kearah meja yang diduduknya tadi. Harras juga masih ada disitu.
Masuk sahaja aku didalam dewan ini, aku terus menapak kearah Ikwan. Senyuman ditayangkan padanya sekali lagi. Terasa bahagia pula malam ini entah lah kenapa tapi rasa nak senyum saja.
"Abang ik. bunga lapar la. Abang ada simpan tak donat yang bunga suruh abang simpan tadi?." Tanya aku.
"Ada tapi dah kena makan dengan setan!." Jawab Ikwan lalu memandang Harras tajam.
YOU ARE READING
𝐌𝐲 𝐅𝐥𝐨𝐰𝐞𝐫𝐬 𝐃𝐚𝐧𝐧𝐲 𝐀𝐫𝐫𝐚𝐲𝐚𝐧
Random"MAAF!. Aa-aku tak s-sengaja!." Tiana Assya Ika- Sebaris nama yang sedap didengari dan indah dipanggil. Seorang gadis yang pendiam, baik hati dan penyayang ini diselubungi dengan kisah silam yang amat sakit dan tidak dapat menerima kisah silamnya...