BAB 28

51 4 25
                                    

Pintu dibuka dengan perlahan tanpa mengganggu isterinya yang sedang baring diatas katil sambil sebelah tangannya memegang perut dan sebelah tangannya lagi mengenggam Comforter yang tebal itu.

Kaki bergerak mendekati si isteri yang sedang terbaring. Sampai sahaja dikatil, Dia terus melabuhkan punggungnya diatas katil empuk itu dengan perlahan.

"Kau okey Tia?." Tanya Danny risau.

Aku yang mendengar itu hanya diam dan tidak pula mengangguk. Bukan malas tapi kudrat aku tak cukup nak bersuara dan bergerak kerana senggugutku.

Sakit!. Itu sahaja yang aku tahu. Aku cuba melawan kesakitan ini tanpa mengeluarkan air mata. Namun apabila dengar sahaja suara garau Danny, terus air mata aku mengalir.

"Sayang?. Kau okey tak?. Sakit sangat ke?." Tanya Danny lagi.

Namun tetap sama. Aku masih berdiam diri dan tidak mahu memandangnya.

"Hey. Look at me." Kata Danny lembut menyuruhku memandangnya. Namun tetap sama. Masih diam.

Melihat aku hanya diam, Danny terus mengeluh panjang sambil mengelus lembut rambutku.

"Tidur lah. Aku keluar dulu. Kalau ada apa-apa call lah." Kata Danny dan baru sahaja dia mahu bangun dari duduknya, aku terus memeluk erat lengan sasanya itu. Tidak mahu dia meninggalkan aku keseorangan didalam bilik ini.

"Shhhh!. Aku tak suka tengok kau nangis!." Kata Danny dan duduk semula ditempatnya.

"Jangan tinggal...tskk...tsk... saya seorang dekat sini tskk.." kata aku sambil memeluk erat lengannya bagai tidak mahu melepaskannya.

"Shhhh. Sini." Kata Danny sambil menepuk pahanya.

Aku yang melihat itu terus mendekatinya dan kepala diletakkan diatas pahanya. Tangan aku pula masih lagi mengenggam comforter tebal itu.

"Here. Kau boleh genggam tangan aku." Kata Danny lalu menghulurkan tangan kanannya. Aku pula hanya diam dan memandang sahaja wajah kacak Danny. Tanpa banyak cakap aku terus mengenggam tangannya erat.

Lama kami begitu. Tiada sesiapa pun yang bersuara. Masih tenang dan dingin sahaja suasana didalam bilik ini sehingga lah Danny bersuara.

"Kau nak makan apa-apa tak?. Aku boleh buatkan." Tanya Danny dingin.

Aku pula yang mendengar itu hanya menggelengkan kepala. Sakit-sakit macam ni, nak makan pun tak lalu apatah lagi nak bergerak. Hmm dugaan seorang perempuan.

"Are you sure??. Tak lapar ke?." Tanya Danny lagi.

Namun tetap sama. Aku hanya menggelengkan kepala tanda aku tidak lapar.

"Hmmm.. kalau macam tu. Sayang tunggu sini kejap. Abang nak kedapur. Lapar ni." Kata Danny dengan nada dingin.

Tidak banyak cakap, aku terus mengangguk perlahan dan melepas tangannya.


•••


"Sayang?. Dah siap ke?. Cepat lah. Kita nak cari hadiah untuk Syafiq lagi ni. Nanti lambat pulak sampai rumah ibu." Kata Danny dari tadi lagi menunggu isterinya bersiap.

Tidak pernah dia bersiap lama macam ni tiba-tiba hari ni lambat pula. Selalunya cepat sahaja.

"Sayang?. Kau okey kee?." Tanya Danny yang mula cemas.

Baru sahaja dia mahu menapak naik anak tangga pertama, dia melihat isterinya sedang menuruni anak tangga mendekati kearahnya.

"Sorry abang. Tadi Tia cuba make up muka Tia nih. Tapi tak jadi pulak. Sorr..."

𝐌𝐲 𝐅𝐥𝐨𝐰𝐞𝐫𝐬 𝐃𝐚𝐧𝐧𝐲 𝐀𝐫𝐫𝐚𝐲𝐚𝐧 Where stories live. Discover now