BAB 20

104 4 12
                                    

2 BULAN KEMUDIAN.

"Akak butterfly Fandy lapar. Fandy nak makan cheeseekut akak." Kata Fandy dengan mengerdipkan matanya beberapa kali.

"Haduh.. dia nak cheeseekut pulak dah. Aku dah lah tengah malas ni."Gumam aku perlahan. Kali ni sudah 3 hari aku disini dan kembali menjaga Fandy dan Andy.

"Ermm.. apa kata kita makan benda lain dulu?." Tanya aku lembut sambil mengusap kepala Fandy.

"Tak nak!!. Fandy nak cheesekut jugak!!." Kata Fandy sambil menangis.

Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal itu. Sudah lah aku malas, barang pun tiada kalau mahu buat cheeseekut. "Ha sudah. Aku nak buat apa ni?." Gumam aku lagi.

"Eh jangan nangis. Nanti akak buat!." Kata aku gelabah lalu menggaru kepalaku.

Tidak lama selepas itu, aku terdengar orang ketawa kuat dan aku terus memandang sekeliling untuk mencarinya. Lihat sahaja tubuh yang tinggi lampai itu sedang berjalan kearah aku, aku terus menjelingnya.

"HAHAHAHAHAHAH. Padan muka. Pujuk lah dia sampai dia  berhenti menangis." Kata Danny.

"Heh ingat lawak ke?. Huh?." Marah aku lalu menjelingnya tajam. Geram. Sejak pulang dari hutan hari itu, dia rajin menyakat aku. Tahu lah aku ni cantik!.

"Dah lah. Kau pergi siap. Kita pergi beli barang." Kata Danny dingin.

"Kita?." Tanya aku sambil tangan bergerak menunjuk kearah Danny lalu ditunjuk pula diriku sendiri. 

"Ye lah. Asal Aku ada cakap mereka ke?." Sinis Danny.

"Ish. Banyak bunyi lah kau ni. Pergi aje lah sorang. Aku malas. Nak tidur." Kata aku. Hari ini memang aku rasa nak rehat sahaja. Penat yang semalam pun tidak habis lagi. Badan pula rasa tak cukup makan aje. Lembik.

"Tidur?. Nak aku dodoikan ke?." Kata Danny sambil tersenyum sinis dan mengangkat sebelah keningnya.

Aku yang melihat wajahnya itu rasa mahu melompat aje. Bukan apa aku cuma tak suka dia buat muka macam tu. Nampak seksi!. Ish apa kau pikir ni Tia. Bangun lah!!.

"Ekhem. Dah kenapa?. Gila eh?." Kata Danny sambil memandangku tajam.

"Apa!. Kau tu yang gila." Marahku geram. Ada sahaja ayatnya yang mahu menyakiti hati aku.

"Halah. Relax ah. Aku gurau je. Kau kena ikut sekali. Bahaya tau duduk rumah. Lagi-lagi kau tu perempuan. Toyol sebelah rumah tu suka sangat perempuan macam kau ni." Usik Danny.

Mendengar sahaja itu aku terus meremang. Takut. Aku mula memandang sekeliling dan memandangnya semula.

"Ada toyol ke dekat sini?." Tanya aku. Aku bab-baba hantu ni memang kelaut. Entah kena tipu ataupun tetap aku takut.

"Hmm. Mungkin. Sebab toyol tu bukan warna hijau dia warna putih." Usik Danny lagi.

"Hensem ke buruk ke apa?. Macam mana rupa dia?. Mata merah?. Ada gigi taring tak??." Tanya aku lagi.

"Apa kejadahnya toyol hensem!. Dah lah pergi siap. Lambat aku tinggal. Kau duduk lah dengan toyol tu." Marah Danny. Geram. Ada ke hantu yang hensem selain dia?. Uh perasan.

Namun aku hanya diam tidak bergerak dan masih memandang sekeliling. Bukan apa, cuma rumah sebelah ni rumah yang sudah lama ditinggal. Frandilia kata mereka sekeluarga sudah pindah ke London 3 tahun lepas dan semasa 3 tahun tu lah tiada sesiapa yang menetap disitu sehingga lah sekarang.

"Tercegat apa lagi?!. Cepat lah. Kalau kau tak nak ikut, aku okey je. Duduk lah rumah. Jaga rumah ni. Mana tahu ada pencuri nak rompak ke apa ke kan?. So Fandy nak ikut Papa Ar?." Sinis  Danny padaku lalu bertanya Fandy. Fandy yang mendengar itu hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

𝐌𝐲 𝐅𝐥𝐨𝐰𝐞𝐫𝐬 𝐃𝐚𝐧𝐧𝐲 𝐀𝐫𝐫𝐚𝐲𝐚𝐧 Where stories live. Discover now