Part 6 - Hye?

222 27 2
                                    

Deringan alarm telefon menyedarkan David daripada tidur yang lena.

Telefon di atas meja yang terletak tidak jauh dicapai sebelum jemari mula bertindak menutup alarm itu daripada terus berbunyi.

Badannya mulai menggeliat kecil. Pancaran cahaya matahari pagi mula menerjah pandangan.

Dalam keadaan yang masih mamai David mengambil tuala dan ke bilik mandi untuk membersihkan diri.

Membersihkan diri sejurus selepas terjaga daripada tidur sudah menjadi rutin harian bagi seorang David Noah.

Usai sahaja membersihkan diri. David mula menyiapkan diri untuk turun membeli makanan.

Perutnya yang dari semalam belum diisi dengan apa-apa sudah mula mengeluarkan bunyi-bunyi yang tidak enak didengar atau lebih tepatnya sudah kebuluran.

Si gadis yang masih nyenyak di atas katil dikerling sekilas olehnya sambil tangan sibuk menulis sesuatu pada sehelai tisu.

Dengkuran halus dari gadis itu dapat didengar olehnya.

Penat sangat mungkin.

Apa-apa pun dia harus keluar untuk mencari sesuatu bagi mengisi perut yang kosong itu.

Sehelai hoodie berwarna coklat bersama casual pants berwarna hitam dikeluarkan daripada bagasi dan diletakkan di atas meja kecil bersebelahan katil di mana gadis itu tidur bersertakan satu nota yang ditulis oleh David sebelum dia mula melangkah keluar dari bilik hotel meninggalkan gadis itu sendirian.

~~~~

" Anak mama sihat? "

" Maafkan mama sayang sebab tinggalkan kamu dalam keadaan macam ni."

" Ma-mama..."

" Jaga diri cinta hati mama. "

"Ja-jangan pergi mama..."

Layla cuba meraih tangan ibunya itu dari kejauhan namun tidak berjaya.

"Mama pergi dulu sayang."

Figura wanita itu mulai menghilang.

"Mama!!" Serentak dengan jeritan itu membuatkan Layla terjaga daripada tidur yang lena.

Nafas mulai tercungap-cungap. Peluh-peluh dingin mulai membasahi seluruh tubuh Layla.

Mimpi itu lagi!

Mimpi yang seakan benar-benar berlaku.

Mungkin disebabkan rindunya terhadap belaian kasih daripada seorang ibu.

Tangan naik memegang kepala yang terasa sakit yang mencengkam secara tiba-tiba.

Fikirannya cuba mengamati keadaan sekeliling. Ingatan berkaitan perkara yang terjadi mula bermain di mindanya.

Adakah dia berjaya melarikan diri?

Layla termenung sejenak sebelum perhatiannya mula teralih pula pada ruangan disekeliling.

Sebuah bilik yang mewah. Dipenuhi dengan warna putih bersih.

Dirinya diteliti dan dengan pantas tangan mula bergerak menyentuh badannya sendiri memastikan dirinya masih berpakaian lengkap.

Walaupun dalam keadaan mamai, panik mula menguasai diri seorang Layla Naira.

Apa yang berlaku padanya?

Dia berada di mana?

Rasa panik itu mulai reda setelah memastikan dirinya masih berada dalam keadaan berpakaian lengkap.

Forever Mine [Junkyu]Where stories live. Discover now