"Love?!"
Panggilan telefon dimatikan.
"Hello! Ray!"
Travis merampas telefon di tangan Asahi menenangkan rakannya.
"Aku rasa Raysha sengaja buat panggilan telefon tapi..." David jeda.
"Agak-agak kau boleh jejak tak lokasi mereka melalui panggilan ni?" Soal David kepada Travis.
"Aku akan cuba." Usai berkata demikian Travis kembali pada komputernya.
David mengangguk.
Asahi dengan riak gusar dipandang sejenak.
"Macam mana kalau ada benda buruk jadi pada Love aku?"
"Kau kena bertenang. Sekarang ini, lebih baik kita pergi buat report." Pujuk David. Dirinya juga turut berasa risau akan keadaan Layla.
"David, kau ada buat report tak pasal kes Layla masa di Beijing?"
David mengangguk.
"Aku rasa kita dah boleh update pada pegawai polis sana pasal lelaki bernama Xuan yang kau bagitahu aku haritu."
"Aku perlukan maklumat dia."
"Nak minta kerjasama polis kat sana sekali?"
Travis mengangguk bersama mata masih fokus pada skrin komputer.
"Tak ada masalahkan kalau buat macam tu?"
David menggeleng lalu menghampiri Travis.
"Macam mana? Dapat jejak?" David mula tidak senang duduk.
"Aku tak pasti." Balas Travis bersama tangan masih ligat menekan keyboard.
~~~~
Raysha memandang dua orang lelaki yang bertubuh tegap disampingnya atas bawah.
Mata dilarikan pula untuk memerhati ruang sekeliling.
Kosong!
Hanya sebuah ruang bilik yang luas tanpa perabot.
Bunyi derapan tapak kaki yang mula memasuki ruangan tersebut mencuri perhatian Raysha.
Tiba-tiba...
Figura Layla yang sudah berada dalam keadaan lemah ditolak kasar lalu tersungkur betul-betul dihadapan Raysha.
"Layla!" Raysha mula tidak keruan melihatkan keadaan Layla dengan mulut yang terdapat sedikit cecair darah pekat serta beberapa kesan tumbukan dan tamparan di wajah.
Tangan yang diikat pada kerusi di mana dia duduk cuba dileraikan menggunakan sekuat tenaga namun tidak berhasil.
"Tak guna! Apa yang kau dah buat?!" Soal Raysha kepada lelaki yang menolak Layla dengan amarah yang cuba dikawal.
Tidak semena-mena tawa jahat mula memenuhi ruangan.
"Sedikit hukuman sebab dia tak dengar cakap aku?" Sekali lagi tawa jahat dilepaskan.
Layla yang melihat situasi itu mencuba sekuat mungkin untuk berdiri. Sakit mula mencengkam seluruh tubuh tatkala badan cuba digerakkan.
Dipukul tanpa belas kasihan dengan kudrat seorang lelaki cukup untuk membuat tubuh Layla yang hanya seorang gadis biasa menjadi selemah-lemahnya.
"Arggh!"
Raung Layla dalam kesakitan apabila rambutnya ditarik kasar dari belakang sehingga menyebabkan kepalanya terdongak secara paksa.
"Kau jangan apa-apakan dia!" Raysha memberi amaran namun tidak dihiraukan oleh lelaki cina yang bertubuh sasa dihadapannya.
Layla memejamkan mata menahan perit yang dirasakan.
YOU ARE READING
Forever Mine [Junkyu]
FanfictionAnnyeonghaseyo yeorobun❗❗ Are you Treasure Maker? Cari story pasal our Kim Junkyu but in Malay Fiction? So cerita ni adalah untuk korang!! (Fun fact! : Yang bukan Teume pun boleh baca kalau sudi sebab storyline dia pasal ... Korang kena baca sendir...