"Cantik.." Perlahan David menyebut perkataan itu namun masih dapat didengari oleh Layla.
"Cuba awak tengok bintang yang tengah berkelip-kelip tu!"
David mengalih pandangan ke arah bintang yang berkelip yang dimaksudkan oleh Layla.
"Kenapa dengan bintang tu?" Soalnya pelik.
"Awak tahu tak kenapa bintang tu berkelip sedangkan bintang yang lain tak berkelip?"
Soalan Layla dibalas gelengan oleh David.
"Sebab... Ada berlakunya pergolakan pada angkasa lepas sehingga menyebabkan atmosfera jadi tak seimbang sampaikan cahaya bintang tu jadi berpecah kepada beberapa arah yang berbeza."
"Jadi?" Soal David kebingungan. Tiba-tiba sahaja gadis ini menyentuh perkara berkaitan bintang.
"Lepas berlakunya kejadian tu, visualisasi bintang akan mula menerima perubahan kecil dari segi kecerahan dan tempat di mana ia berada. Jadi, disebabkan itulah bintang mula berkelip dan jadi cantik macam ni." Terang Layla sambil tersenyum dengan matanya yang masih ditumpukan pada bintang di langit itu.
David memandang ke arah Layla.
"Maksud kau?""Sebenarnya saya pun tak pasti maksud sebenar. Saya tahu pasal ini pun sebab saya ada terbaca satu fakta berkaitan bintang." Tawa kecil dilepaskan.
"Jadi, apa motif kau bagitahu aku?" Soalan David itu sekali lagi mengundang tawa daripada Layla.
"Awak janganlah serius sangat! " Tutur Layla dalam tawanya.
"Takde motif apa-apalah. Cuma, bila saya teringat balik pasal benda ni. Saya jadi terfikir...
Mungkinkah hidup saya akan jadi macam bintang yang tengah berkelip tu..."David mengerutkan kening mencari maksud disebalik pertuturan gadis ini.
"Yelah, bintang yang berkelip tu kan merupakan cebisan daripada peralihan perpecahan yang disebabkan pergolakan yang berlaku di atmosfera. Tapi, cebisan-cebisan bintang yang berpecah itu masih lagi mampu untuk menerima dan menyesuaikan perubahan keadaannya dari segi kecerahan dan tempat baru sehingga mampu untuk berkelip secantik ni daripada terus musnah sepenuhnya." Terang Layla.
Raut wajah David yang masih lagi tidak faham akan maksudnya itu dipandang.
"Maksud saya, benda ni macam related dengan saya. Selepas semua perkara yang sudah berlaku dalam hidup saya ni, awak rasa mampu ke saya untuk berdamai dengan takdir dan adapt dengan cara kehidupan yang baru macam bintang tu?" soal Layla.
"Saya cuma takut dengan apa yang akan menimpa saya untuk hari-hari seterusnya." Tambah Layla lagi namun kali ini suaranya lebih perlahan.
Raut wajah David yang kebingungan tadi mula memudar.
Sekarang David faham apa yang hendak disampaikan oleh gadis ini.
Dia juga pernah merasai perkara yang sama dahulu.
Ternyata semua perkara yang dilalui oleh Layla sangat memberi kesan yang mendalam dalam diri gadis itu.
Luaran nampak okay tapi dalaman tiada siapa yang tahu.
"Kau nak tahu tak Layla?"
"Tahu apa?" Layla memandang David.
"Benda yang jadi dalam hidup kita ni memang kita tak boleh agak, akan ada je benda buruk yang akan berlaku." Terang David.
"Tapi... itulah namanya kehidupan. Tak semua benda akan berjalan mengikut kehendak kita. It's called life when something doesn't go the way you want it." Sambung David lagi.
YOU ARE READING
Forever Mine [Junkyu]
FanfictionAnnyeonghaseyo yeorobun❗❗ Are you Treasure Maker? Cari story pasal our Kim Junkyu but in Malay Fiction? So cerita ni adalah untuk korang!! (Fun fact! : Yang bukan Teume pun boleh baca kalau sudi sebab storyline dia pasal ... Korang kena baca sendir...