"Saya David Noah, berjanji. Akan sentiasa mencintai Layla Naira dengan sepenuh hati dan menjaganya sehingga ke akhir hayat." Ikrar David penuh gementar seraya tersenyum menatap Layla.
"Dan saya Layla Naira. Berjanji, akan menyayangi David Noah dengan sepenuh jiwa raga dan bersedia untuk mengharungi segalanya bersama sehingga ke nafas terakhir." Ikrar Layla lalu membalas senyuman David.
Tepukan gemuruh mula kedengaran memecahkan kesunyian di dalam dewan yang diterangi oleh beberapa lampu daripada chandelier berwarna putih.
"Bagus idea diorang, tulis ikrar masing-masing, pastu baca balik kepada antara satu sama lain masa majlis resepsi wedding macam ni." Tutur Travis berpuas hati.
"Betul! Aku setuju. Kenapa kita tak berfikir untuk buat macam ni juga dulu, Sahi?"
"Huwaa!! Semua ni rasa macam mimpi Love! David dah kahwin!" Renget Asahi sambil mengusap lembut air matanya tanpa menghiraukan soalan daripada Raysha.
Raysha memandang Asahi yang mengalirkan air mata terharu penuh hairan.
"Kenapa emo sangat ni Sahi? Menangis bagai." Balas Raysha seraya menepuk belakang badan milik Asahi menenangkan jejaka itu.
"You may kiss your bride."
Keadaan mula menjadi riuh tatkala juru acara majlis berkata demikian.
Travis melemparkan senyuman nakal.
"Go David! You can do it!" Teriak Travis seraya mengangkat tangan Asahi yang sedang dibuai rasa teharu itu dengan gaya bersorak.
Raysha menggelengkan kepala melihat situasi tersebut.
Wajah David mula berona merah begitu juga dengan Layla.
Sungguh perasaan malu mengusai diri mereka saat ini.
"May I?" Pinta David lembut sambil memandang Layla.
Gadis itu mengangguk perlahan, akur dengan apa sahaja yang bakal dilakukan David.
Layla mula memejam mata saat wajah milik David berada lebih kurang dua inchi darinya.
Teriakan daripada tetamu yang hadir semakin riuh.
Terutama sekali suara usikan daripada Travis yang jelas kedengaran pada halwa telinga David.
Dengan penuh gementar, David mendaratkan bibir munggil miliknya pada dahi mulus milik Layla.
Satu ciuman penuh ikhlas dan syahdu diberikan kepada gadis itu.
Selang beberapa saat, David melepaskan ciuman tersebut.
Keringat dingin pada bahagian dahi disapu perlahan.
Senyuman manis diberikan kepada Layla tatkala gadis itu membuka matanya.
Sungguh Layla tidak dapat mentafsir apa yang dirasakannya saat ini.
Ciuman yang diberikan David sebentar tadi seakan menyalurkan rasa kasih dan sayang yang tak terhingga daripada jejaka itu kepadanya.
Wajah David yang sedang tersenyum memandangnya dibalas.
"Dengan ini berakhirlah gimik untuk majlis resepsi bagi meraikan pengantin baru kita pada malam ini! Semua tetamu boleh mula menjamu selera dengan hidangan yang pihak kami telah sediakan. Oleh itu, sekian daripada saya. Enjoy your meals! Bye!"
Usai pengacara majlis berkata demikian, David dan Layla turun daripada pentas lalu menuju ke arah meja vip yang sedia diduduki oleh Raysha, Asahi dan Travis.
"Congrats for both of you! Aku tak sangka sangat hari macam ini akan tiba!" Asahi menyeka air mata yang mengalir untuk kesekian kalinya.
"Kenapa dengan laki kau Ray?" Soal David seraya melabuhkan punggungnya di atas kerusi setelah memastikan Layla telahpun duduk disisinya.
YOU ARE READING
Forever Mine [Junkyu]
FanfictionAnnyeonghaseyo yeorobun❗❗ Are you Treasure Maker? Cari story pasal our Kim Junkyu but in Malay Fiction? So cerita ni adalah untuk korang!! (Fun fact! : Yang bukan Teume pun boleh baca kalau sudi sebab storyline dia pasal ... Korang kena baca sendir...