Deringan daripada telefon mengejutkan David daripada tidur yang lena. Segera ia dicapai lalu diletakkan ditelinga dalam keadaan mata yang masih lagi tertutup.
"David! Tolong aku!"
Suara cemas daripada Raysha mula kedengaran di talian.
"Kenapa?"
Layla yang masih lena berbantalkan lengannya itu dikerling tatkala mata dibuka.
"Asahi! Sakit dia yang macam haritu datang balik! Kau tolonglah bawa kitorang pergi hospital kejap." Tutur Raysha di talian.
"Traviskan ada."
"Kau gila ke? Takkan nak biarkan Travis bonceng Asahi?"
"Kenapa? Tak boleh?"
"Ishh! David! Aku tak ada masa nak bergurau sekarang."
David tergelak kecil.
Ilai tawa Travis sayup-sayup kedengaran dalam talian.
Tahulah David bahawa Raysha mengaktifkan pembesar suara pada panggilan telefon antara mereka saat ini.
Layla menggeliat kecil apabila terasa ada gerakan pada tempat kepalanya dilabuhkan.
"Tunggu, kejap lagi aku pergi sana dengan Layla." Ujar David mendatar.
"Okay. Cepat sikit!"
Usai Raysha berkata demikian, panggilan dimatikan.
David tersengih dengan muka yang masih dalam keadaan mamai mendengarkan suara gusar daripada Raysha itu.
"Siapa call?" Suara serak basah milik Layla menyapa halwa telinga.
Pantas mata dikerling kepada gadis yang sedang elok berada dalam dakapannya.
"Dah lama bangun Sweety?"
Layla menggeleng sambil mendongak memandang David.
"Siapa yang call tadi?" Sekali lagi Layla menyoal.
"Raysha. Dia minta tolong bawakan dia dengan Asahi pergi hospital. Penyakit Asahi datang balik katanya." Jelas David.
Layla bingkas bangun daripada pembaringannya.
"Dah tu. Awak tunggu apa lagi? Mari bersiap." Cemas Layla dalam mamai.
Tanpa membalas, David menarik kembali Layla berbaring dalam pelukannya.
Layla terpinga-pinga dengan tindakan itu. Namun, pelukan daripada David tetap dibalas olehnya.
"5 minutes."
David mengemaskan lagi pelukan antara mereka.
"Stay macam ni lagi 5 minit then kita pergi bersiap."
Layla hanya akur.
Melihatkan Layla hanya menuruti sahaja kehendaknya mengundang senyuman nakal di bibir David.
Chup!
Layla tersentak apabila ciuman mengejutkan daripada David itu tepat mengenai dahi mulus miliknya.
Wajah didongak menatap David yang sedang tersenyum nakal.
Tidak semena-mena tangan naik memicit hidung mancung milik David.
"Sejak bila pandai curi-curi kiss orang ni?" Soal Layla lembut.
David mencebik.
"Cium isteri sendiri pun salah hm?"
"Salahlah, kalau nak kiss kenalah minta permission dulu."
YOU ARE READING
Forever Mine [Junkyu]
FanfictionAnnyeonghaseyo yeorobun❗❗ Are you Treasure Maker? Cari story pasal our Kim Junkyu but in Malay Fiction? So cerita ni adalah untuk korang!! (Fun fact! : Yang bukan Teume pun boleh baca kalau sudi sebab storyline dia pasal ... Korang kena baca sendir...