Part 1 - Begining

726 37 5
                                    

Bunyi deruan enjin kereta mula bergema di segenap ruang lorong yang kecil yang terletak antara dua buah bangunan yang gah itu.

Keluhan berat dilepaskan sebelum sebelah tangan mula bertindak mematikan enjin kereta mencari ketenangan di lorong yang terpencil dan gelap itu.

"Mana aku nak pergi?!" Keluh sang jejaka kesal dengan tindakannya itu.

flashback...

~~~
Jam tangan dilihat menunjukkan pukul 10.30 pagi.

"David sini!"

Mendengar suara si pemanggil, David ataupun nama sebenarnya David Noah terus melangkah menuju ke ruang meja makan yang telah disediakan tanpa sebarang riak.

Sesampai sahaja di meja makan, hanya tatapan yang kosong diberikan kepada figura yang berada di hadapannya kini.

"Kau nak bincang pasal apa?" Soal David tanpa basa basi.

"Tolong make it fast and simple, aku busy." Tambah David.

Kata-kata itu mengundang cebikan sinis daripada si pendengar yang sedang elok duduk bersandar sambil menyilangkan tangan.

"Aku bukan macam kau, kalau boleh setiap masa nak ajak jumpa dan discuss." Bebel David kepada figura itu seraya mengambil tempat duduk berhadapan antara satu sama lain.

"Satu lagi. Benda ni penting ke tak? Kau jangan nak buang masa aku dengan cerita-cerita pasal perempuan yang kau suka. Im done with that!" Tegas David lagi.

Figura di sebelah sana menghela nafas bersahaja bersama gelengan perlahan beberapa kali mendengar leteran tak bermotif daripada David.

"Kau boleh rileks tak, aku tak mula pun lagi" Selamba sahaja jawapan yang diberikan.

"Watanabe Travis, aku serious ni. Kalau kau takde perkara penting nak bagitahu, lebih baik kita blah je dari sini" Tutur David bersama jelingan maut. Sudah masak dengan perangai jejaka Jepun di hadapannya kini.

Siapa je tak baran kalau asyik dengar cerita sama sahaja setiap kali bersua.

"Okay sebelum aku mula, aku nak kau tarik nafas panjang - panjang dulu. Okay tarik..."

"Ish! Kau! Aku serious ni, kau tahu tak kerja aku bertimbun dekat office?!" Marah David geram.

Travis yang tengah melakukan aksi sedang menarik nafas itu terhenti dari perbuatannya.

"Haih kau ni."

"Okay okay aku mula. Benda yang aku nak bincang dengan kau hari ini masih pasal perempuan." Serius Travis memberitahu.

"Tapi! Kali ni bukan pasal aku punya tapi kau." Laju sahaja Travis memotong tatkala melihatkan reaksi David yang hendak membantah.

David kembali tenang. Melihat raut wajah tegang yang diberikan oleh Travis sungguh menarik perhatiannya.

Gadisnya?

"Go on..." Balas David ringkas.

"Kau ingat lagi tak perempuan yang tolong kau dulu?"

David mengerutkan kening kebingungan.

"Yang kau cerita pada aku tu." Jelas Travis.

David terdiam kaku. Adakah gadis itu?

Peristiwa hitam yang menimpa dirinya dan keluarga tiba-tiba berlayar dalam kotak fikiran.

Segala yang berlaku masih segar dalam ingatannya. Sungguh ingin sahaja dia melupakan hal itu.

"Kau dengar tak?"

Lamunan David terus mati dek teguran itu. Namun seakan mengerti, Travis mengulang kembali kata-katanya.

"Macam ni, berdasarkan maklumat yang setakat kau bagi aku pasal perempuan tu. Sebenarnya aku dah jumpa dekat mana dia tinggal. Kau boleh rujuk alamat ni." Jelas Travis memberi penerangan sambil menyuakan satu file yang berisi beberapa helaian kertas yang tertulis maklumat yang diperlukan.

"Dalam ni aku dah sediakan semua benda yang kau perlukan. Tapi untuk pengetahuan kau, alamat ni macam susah nak jumpa sebab rumah dia tu macam terletak dekat kawasan yang agak private sikit."

David mula mengeluarkan satu persatu helaian kertas yang terkandung di dalam file mengiringi penerangan yang diberikan Travis.

"Alamat ni pun aku dapat lepas buat beberapa kali research. Jadi aku nak kau lebih berhati-hati. Jangan excited sangat nak jumpa dia." Sambung Travis lagi.

Maklumat yang diberikan diteliti oleh David tanpa menghiraukan kata-kata Travis.

"Kenapa jauh sangat alamat dia? China?!" Soal David setelah selesai membelek semua maklumat yang terkandung dalam file itu.

"Pasal ni kau jangan tanya aku. Sepatutnya kau yang lebih tahu sebab kau yang kenal dengan dia, bukan aku." Ujar Travis dengan riak tidak bersalah.

David tidak membalas sebaliknya memerhati maklumat yang diberikan itu penuh curiga.

"Sekarang bagitahu aku, macam mana kau dapat trace alamat ni tanpa ada maklumat pasal biodata dia?" Sangsi David.

Pandangan penuh curiga diberikan kepada Travis yang hanya beriak tenang bersama cebikan sinis pada bibir.

"Kau jangan salah faham, aku bukan nak sangsi dengan kerja kau buat, tapi kau tahu...aku cuma -..."

"Shhhhh ! Tutup mulut kau David. This is me. Watanabe Travis. Perwaris utama Syarikat Agensi Rahsia di kota Jepun." Ujar Travis penuh riak.

"Kau boleh percaya service aku tanpa risau akan apa-apa pun sayang." Sambungnya lagi dengan gaya seakan menggoda David.

Jari telunjuk Travis yang terletak elok pada bibir David itu ditepis kasar sebelum tangan David lincah bertindak menyimpan semua dokumen-dokumen dalam file untuk melarikan diri dalam situasi tersebut.

"Gila. Aku blah dulu. Thanks untuk segala maklumat yang kau bagi." Ujar David sambil berdiri dan membuka langkah dengan tergesa-gesa seakan memang ingin lari secepatnya.

Tindakan David itu mengundang tawa di bibir Travis. Memang sudah menjadi hobi untuk menyakat rakan baiknya yang sorang itu.

"Kau nak fly ke China hari ini terus?!" Soalnya sedikit kuat kepada David dek jarak antara mereka yang agak jauh.

David hanya membalas dengan anggukan dan isyarat tangan yang melambai tanda selamat jalan.

"Good luck bro..." Bisik Travis seraya mengukirkan senyuman.

Usai masuk ke dalam kereta. Segala dokumen yang diberikan oleh Travis sekali lagi dibelek oleh David.

Lets begin !

Bersambung...

New Character!!

New Character!!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

- Travis

Forever Mine [Junkyu]Where stories live. Discover now