Rambutnya yang sedikit basah dilap lembut menggunakan tuala.
Mata mula melilau mencari kelibat David apabila figura jejaka itu tidak lagi kelihatan di dalam ruangan bilik tidur mereka.
"David?"
Tiada sahutan.
Kening Layla saling bertaut.
Kemanakah jejaka itu pergi?
Tanpa banyak bicara, Layla mula menyikat rambut miliknya yang agak kusut sebelum melangkah keluar daripada bilik untuk mencari kelibat David.
~
"David?"
Panggilan daripada Layla mula menyapa halwa telinga David yang baru sahaja selesai membancuh teh di dapur.
"Im here sweety."
David yang berjalan bersama dulang yang berisi dua teacups itu diperhati.
"Nak pergi mana ni?" Soal Layla apabila langkah David diatur ke arah pintu keluar.
"Noah Kim Garden. Jom?" Ajak David bersama senyuman.
Layla hanya menuruti langkah David tanpa banyak soal.
~
"Mana yang lain? Kenapa tak balik-balik lagi. Lewat dah."
David memandang Layla sejenak sebelum menarik gadis itu untuk duduk bersama-samanya di atas pondok terbuka yang telah tersedia dalam taman mini miliknya itu.
"Rumah Asahi. Tak nak ganggu privasi kita katanya. Nanti mereka datanglah." Ujar David membalas pertanyaan Layla.
Layla hanya mengangguk sambil duduk bersimpuh bersebelahan David.
"Nah. Raysha suruh kita minum teh ni. Dia cakap teh ni elok untuk pasangan yang baru kahwin." Tutur David seraya menyuakan cawan yang berisi teh herba itu kepada Layla.
"Busuknya bau!" Cebik Layla.
Terus terhenti tindakannya yang hendak minum teh tersebut.
David tergelak kecil seraya mengusap lembut rambut ikal mayang paras pinggang milik Layla yang dibiarkan tanpa diikat itu.
"Inikan teh herba sweety. Jangan expect teh ini akan sesedap teh yang bergula." Jelas David perlahan.
Cawan yang berada di atas dulang diambil oleh David.
"Tengok saya minum macam mana. Lepastu awak ikut, okay?"
Layla hanya akur.
Serentak itu, David mula meminum teh yang terdapat dalam cawan itu dengan sekali teguk.
Layla hanya memerhati David yang tiba-tiba diam membatu.
"Macam mana? Sedap?" Soal Layla ingin tahu.
Namun, David hanya menayangkan riak hanyir sambil menunduk kebawah.
Tidak sedapkah?
Beberapa saat kemudian David mula menunjukkan reaksi mual beberapa kali bersama kerutan di wajah.
Layla tersengih melihat situasi itu.
"Bwerrg!" David mula mengeluarkan bunyi tanda-tanda seakan ingin termuntah.
Tidak semena-mena Layla melepaskan tawa.
Wajah David yang berkerut saat ini kelihatan sungguh comel.
Melihatkan reaksi tersebut,jelaslah Layla bahawa teh yang diminum David itu tidak menyelerakan.
David mencebik.
"Teh herba terpaling busuk dan payau yang pernah saya minum." Omel David.
Layla yang sedang tertawa kepadanya dijeling dengan riak sambil mencebik.
YOU ARE READING
Forever Mine [Junkyu]
FanfictionAnnyeonghaseyo yeorobun❗❗ Are you Treasure Maker? Cari story pasal our Kim Junkyu but in Malay Fiction? So cerita ni adalah untuk korang!! (Fun fact! : Yang bukan Teume pun boleh baca kalau sudi sebab storyline dia pasal ... Korang kena baca sendir...