1001 perasaan yang aku ada,
tertakluk hanya untuk kau,
tapi yang paling utama,
adalah kebencian paling besar.andai sahaja kau tahu,
betapa agungnya kau di mataku,
namamu sentiasa diatas segalanya,
menjadi keutamaan dalam setiap hariku.dalam sekelip mata kau hancurkan aku,
dari hati, perasaan, kepercayaan,
bahkan, segalanya yang aku beri padamu,
hanya dengan sepatah perkataan darimu.bertahun telah pun berlalu,
setiap yang hidup pasti akan melupakan,
dan belajar untuk hidup dengan bahagia,
namun aku di sini, masih benci padamu.
YOU ARE READING
365; tentang kita.
Poetrymungkin kau disini, kerana kita merasakan sesuatu yang sama. berdiri dengan sendiri di dunia yang kejam ini menjadikan aku sebagai seorang yang penuh dengan kata benci kepada diriku sendiri. bermula dengan langkah pertama ini, suara asing yang ters...