kita yang dulu,
sentiasa bersama,
menyatukan tingkah,
seiring dengan laku.meja yang sentiasa ada cawan kopimu,
surat khabar yang terletak kemas di sofa,
minyak wangi yang dikongsi bersama,
langsir yang ditarik pada setiap pagi,
semuanya tentang kita yang dulu.kini meja kembali bersih,
sofa telah kembali kosong,
minyak wangi dibiarkan habis,
langsir kini sentiasa tertutup,
demi melepaskan ‘kita yang dulu’.aku harap,
dengan niat aku melepaskan,
kau akan lebih bahagia,
di jalan yang kini kau lalui sendiri.
YOU ARE READING
365; tentang kita.
Poetrymungkin kau disini, kerana kita merasakan sesuatu yang sama. berdiri dengan sendiri di dunia yang kejam ini menjadikan aku sebagai seorang yang penuh dengan kata benci kepada diriku sendiri. bermula dengan langkah pertama ini, suara asing yang ters...