#78: 19-3, sendiri lagi.

2 0 0
                                    

Hai semua, maaf aku lambat 4 hari.

Aku masih dalam proses untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling yang baharu, kehidupan yang baharu, kawan yang baru, dan segalanya.

Sendiri, aku kini sendiri menghadapi semuanya. Jujur aku takut.
Mampukah aku untuk berjuang sendirian, tanpa teman.

Kuatkah aku untuk berjalan sendiri, tanpa bantuan di sini?
Itu apa yang sering aku fikirkan sehingga aku menjadi tidak yakin pada diri sendiri.

Sedangkan aku mampu, sebenarnya. Aku boleh bergerak sendiri, aku mampu mencari kawan baharu, aku mampu menyelesaikan segalanya sendiri tanpa bantuan sesiapa. Aku boleh 'terbang' bebas walau tanpa sayap di badan. Aku boleh, bila aku berani keluar dari zon selesa aku.

Itu masalah aku, yang mungkin ramai akan faham situasi aku.
Aku seringkali terperangkap dalam zon selesa aku, sehingga aku merasakan bahawa aku kini tidak mampu untuk bergerak ke mana mana lagi tanpa teman. 

Bahkan, aku merasakan bahawa aku kini bagaikan seorang yang lumpuh, apabila aku dipaksa untuk hidup sendirian. Di situ, titik kepada segalanya.

Sama ada ianya titik permulaan, atau pengakhiran, itu kita sendiri yang akan tentukan. Kau yang akan tentukan, aku juga yang akan tentukannya untuk diri sendiri. 


Dan aku, memilih untuk sendiri lagi. Bezanya kali ini, aku tidak lagi berada di dalam zon selesa aku. Zon selesa aku sekarang, adalah sesuatu yang baru. Kini aku tahu, berdiri sendiri tanpa teman itu bukanlah sesuatu yang buruk dan lemah. Kau kuat, kau boleh lakukannya.

365; tentang kita.Where stories live. Discover now