Maaf kerana lama menghilang,
Sedang cuba mengenal diri semula,
Sungguh pun sudah aku cuba tapi masih tak datang menyapa,
Diri yang lama menghantui sekian kalinya.Maaf kerana lama menghilang,
Kadang aku lupa siapa diri sendiri,
Kadang aku alpa menasihati diri,
Akhirnya sakit bertemankan mimpi.Maaf kerana lama menghilang,
Aku cuba mencari benda yang tak pasti,
Atas sebab itu aku kehilangan diri aku sendiri,
Aku cuba meronta tapi tiada siapa yang peduli,
Akhirnya lemah, jatuh dan rebah di atas bumi.Maaf kerana lama menghilang,
Mungkin ini caranya untuk aku membuktikan dendam,
Semoga perih yang aku lakukan takkan aku padam,
Biar menjadi bukti kepada si adam,Maaf kerana lama menghilang.