Retaknya hati ini menimbulkan pelbagai implikasi kepada diri,
Kadang aku pelik,
Semudah itu manusia menggantikan,
Sedangkan aku telah membina rumah ini lebih lama.Adakah aku lupa membina bumbung untuk menghalang hujan?
Atau aku lupa mendirikan tiang sedangkan itu salah satu bahagian terpenting untuk mendirikan rumah?Aku bingung,
Sebenarnya aku bingung,
Dua tahun rumah ini aku bina,
Rupanya tidak sekukuh yang aku jangka.Lumrah kadangkala rumah juga perlu dinaiktaraf,
Tetapi untuk apa sekiranya sudah sempurna di mata?Aku masih bingung,
Adakah tuannya yang merosakkannya?
Sedangkan aku beriya-iya mempertahankannya?Atau aku sendiri adalah punca,
Semakin lama semakin suram suasana di dalam rumah ini,
Seperti segala benda yang terjadi adalah mimpi buruk di siang hari.Aku masih bingung.