Maaf, kerana hati ini tidak mudah untuk melepaskan.
Maaf, kerana diri ini begitu banyak kekurangan.
Maaf, kerana aku masih cinta.
Maaf, kerana aku tidak mampu untuk menerima.
Maaf, kerana tiada satu pun pengorbananku yang mampu untuk ditebus.
Maaf, kerana bodoh pabila di sisi mu.Maaf, biarlah jiwa ini terus tergantung bersendiri.
Maaf, kerana lambat menghargai.
Maaf, tiada putus asa di dalam kamus hidupku.Aku tetap akan menunggu, dan terus menunggumu. Aku hormat pendirianmu, dan aku harap engkau juga hormat pendirianku.
Dan aku masih percaya, kita berjauhan kerana salah faham. Ego lelakiku aku turunkan serendah-rendahnya, semoga engkau lihat betapa ikhlasnya aku. Aku tidak pernah se-serius ini di dalam percintaan. Jauh di sudut hatiku masih mahu memilikimu semula. Tetapi aku sedar, aku tidak mampu.
Aku tidak akan mengganggumu lagi, tetapi jika masih ada sekelumit rasa cinta di dalam hati, jangan segan untuk bersapa. Aku masih rindu, dan akan setia menunggu.
Apabila aku sudah berjaya, aku akan cuba menghalalkanmu. Tunggu aku ya?
Terima kasih kerana pernah menjadi salah satu kebahagiaan dalam hidupku.
Selamat malam, bidadariku.