MENERIMA

20 2 0
                                    

Semua orang ada pelbagai persepsi terhadap 'move on',
Ada yang mengatakan melupakan,
Ada juga yang mengatakan menerima.

Tapi bagi aku,
Untuk melupakan, kita perlu menerima,
Menerima yang dia sudah tiada,
Menerima yang dia sudah bahagia,
Menerima yang dia sudah tidak ambil kisah langsung pasal kau,
Menerima yang dia sudah berjaya hidup sendiri.

Tetapi, cinta yang sejati tidak akan semudah itu,
Hakikatnya, kita hanya menerima,
Tetapi memori lama masih segar dalam ingatan,
Mungkin tidak lagi menghantui tetapi masih menetap jauh di sudut hati.
Kadang-kala rindu menjengah kembali,
Termenung mengimbas bait-bait kata cinta yang lalu.

Dan iya, kita mesti menerima untuk melupakan,
Tetapi untuk melupakan tidak semudah menerima.

PROSAWhere stories live. Discover now