Aku mengemas pakaian aku untuk balik ke Australia esok. Sayangnya nak tinggalkan family dekat sini. Rasa macam sekejap je balik Malaysia dah kena balik Australia balik. Kalau nak buat cuti aku sendiri boleh tak? ARGHHHH taknak balik Australia.
TOK TOK
Aku tersentak sekejap. Aku melihat pintu itu terbuka luas. Mama berada di luar pintu.
"Masuk la mama" jemputku. Mama masuk ke dalam bilik ku lalu dia menutup pintu bilik itu. Kemudian dia duduk di atas katil sambil melihat aku.
"Dah kemas semua ke? Check betul-betul takut ada tertinggal barang yang penting ke" pesan mama. Ya, mama setiap kali aku nak balik Australia mesti dia akan pesan begitu. Dan percayalah mesti dia akan tahan aku balik ke Australia.
"Dah mama. Tak ada satu pun yang tertinggal tapi Kila tinggalkan satu untuk mama" kataku sambil tersenyum.
"Apa dia?"
"Hati Kila. Nanti boleh la mama jaga. Kalau rindu pegang lepastu sebut nama Kila" kata ku lalu ketawa. Saja nak buat mama gelak. Tak suka nak tengok mama sedih.
"Kila..." Panggil mama. Aku memandangnya dengan wajah untuk menanti ayat yang ingin dituturkan oleh mama.
"Kalau tak balik Australia tak boleh ke? Mama rindu dengan Kila. Sebulan macam sehari je" damn betulkan apa aku cakap? Aihhh begitulah tiap hari kalau aku nak balik ke sana. Aku bangun dan terus memeluk mama ku.
"Kila janji, ada cuti je Kila balik sini okay? Mama jangan macam ni. Kila pergi sana pun bukannya saja suka-suka nak cari jodoh ke apa. Kila pergi sana sebab nak belajar, banggakan mama, banggakan arwah ayah. Walaupun dia dah tak ada dia masih boleh tengok Kila dekat atas sana" kata ku.
Air mata ku jatuh, cepat-cepat aku menghapuskannya. Aku melihat mama menangis aku terus memeluknya.
"Kila janji dengan mama jaga diri dekat sana. Jangan pergi tempat yang berbahaya. Kalau nak lintas tengok kanan dan kiri. Ingat mama sayang Kila" kata mama ku lepas beberapa minit kami berpelukan. Aku hanya mengangguk.
______________________________________Keesokan harinya abang aku hantar aku sampai ke air port mama ku katanya dia tak nak nangis jadi dia tak nak ikut. Aihhh tah la mama aku tu cepat sangat nangis. Hati bak kertas yang disiram air.
"Ingat pesan mama dan pesan abang. Jaga diri elok-elok dekat sana. Jangan buat benda bukan-bukan. Kalau abang dapat tahu dari Minah yang Kau buat macam-macam dekat sana. Kau tengoklah aku pergi sana bunuh kau" katanya sambil memberi pandangan tajam kepadaku.
Kenapa la dorang buat aku macam budak kecil lagi. Kadang-kadang rasa menyampah kadang-kadang rasa dihargai, disayangi. Tak apa la asalkan kita tahu bahawa dorang masih ambil berat pasal kita. Hargailah selagi masih ada. Gitu...
"Ye bang. Kila kalau nak pergi mana-mana pun Kila ajak Minah tak berani nak pergi sorang-sorang melainkan Minah ada hal nak buat, Kila kena beranikan diri la nak keluar" kataku lalu aku terus menyalami tangan abang ku.
"Adik pergi dulu. Jaga mama elok-elok kalau ada apa-apa cepat-cepat bagitahu adik atau Minah" pesan ku. Aku bukan apa, aku takut sesuatu perkara terjadi pada mama aku. Mama aku tu bukannya sihat mana. Biasalah orang tua.
"Ya jangan risau la abang ada" balas abang aku. Dia memeluk ku lalu mencium dahiku. Aku berjalan sambil melambai tangan kepada abang ku.
"Leklok jalan tu. Dah sampai sana telefon kami. Hantar mesej pun dah okay" jerit abang ku sambil melambai ke arahku. Aku hanya mengangguk lalu pusing badan berjalan ke arah kapal terbang.
"We meet again Cik Siku" sapa satu suara yang berada di belakang ku. Aku pusing kembali ke belakang kemudian aku melopong mulut melihat orang tersebut.
"Awak!?"
"Yes it's me Cik Siku. Ops sorry I have to go now. Nice to meet you again" katanya lalu berjalan dengan berlagak sekali. Eeeeee dalam banyak-banyak tempat kenapa dekat sini juga aku jumpa dia!!!!
Eh wait kenapa aku tengok dia tak pakai baju kapten dia? Ah malas lah nak fikir. Biarlah dia asalkan jangan ganggu aku. Aku masuk ke dalam kapal terbang lalu mencari tempat duduk ku.
Setiba sahaja aku di sebelah tempat duduk ku, aku ternampak seorang lelaki. Maknanya aku hari ni sepanjang berada di kapal terbang ni, aku duduk sebelah lelaki la. Again!
Hope kali ni aku dapat lelaki yang serupa macam Fakrul la. Oh sebut pasal Fakrul aku tak telefon dia pun hehehe.
"Excuse can you move your legs please" pinta ku secara sopan. Itu kalau mood aku elok, kalau mood aku tak baik mahu semua pandang aku. Silap-silap aku jadi tumpuan seluruh dunia.
Tak pun keluar akhbar 'seorang wanita cantik mengamuk di dalam kapal terbang' perghh famous aku hohoho. Aku melihat lelaki tersebut menaikkan sedikit topi yang dipakainya dan memandang aku. Wait what!!!?
"Cik Siku again"
YOU ARE READING
hilangnya sayap
Action𝙱𝚘𝚘𝚔 3 Shakila Tasneem yang sambung pelajarannya di Australia, ketika cuti semester dia bercadang untuk balik ke Malaysia memandangkan cuti itu begitu lama. Sedang dalam perjalan untuk naik kapal terbang tiba-tiba dia terjatuh kerana terlanggar...