Aku membuka langsir hotel itu supaya cahaya matahari masuk menyinari kamar kami. Aku berpusing menghadap Fasih yang sedang tidur.
"Abang..." Aku kejutnya dengan perlahan. Kemudian aku lihat dia menarik kan selimut supaya menutup tubuhnya hingga ke kepala. Aku tersenyum sambil menggeleng.
"Abang..." Aku mula membelai rambut dia yang terkeluar sedikit dari selimut. Aku mendekatkan mulutku ke telinga Fasih.
"Bangunlah sebelum saya buat abang bangun pergi ke alam lain..." Bisikan aku itu berjaya membuat Fasih terduduk sambil memandang aku dengan mata yang kuyup. Aku senyum gembira.
"Bangun! Semalam kata siap awal pagi la, nak bawa manja jalan-jalan la itu la ini la last dia tak bangun, nak tidur" marah ku sambil membaling bantal ke arahnya.
Dengan perlahan dia bangun dan mengambil tuala dan jalan ke arah bilik air.
Selesai sahaja dia bersiap, kami berdua keluar dari hotel dan menaiki kereta milik Fakrul untuk pergi breakfast di luar hotel. Saja cari tempat makan sambil makan angin, cuci mata.
Sesampai sahaja kami di depan kedai makan. Aku ternampak Fakrul dan Aminah mskan bersama.
Amboi bukan main mesra ya? Apabila aku lihat Fasih pergi ke arah mereka berdua, aku turut mengikut.
"Hey Fasih, Kila. Tak sangka jumpa dekat sini" sapa Fakrul apabila sedar kami berdua berada di sebelah mereka.
"Dan tak sangka kami akan kacau daun..." Kataku. Sempat lagi aku tenung Aminah yang seperti sedang duduk itu hanya buat muka tidak bersalah. Aku rasa lepas ni aku ada hal dengan Minah!!
Aku dan Fasih mengambil tempat dengan mereka berdua. Aku ambil tempat disebelah Aminah manakala Fasih mengambil tempat disebelah Fakrul.
Kami berempat makan dengan selera. Sambil-sambil itu kami berborak dan sesekali terdengar gelak ketawa kami berempat.
Apabila selesai makan, Fakrul dan Fasih masuk ke dalam untuk membayar makanan yang kami makan tadi.
Aku dan Aminah di luar. Masing-masing sedang melayani perasaan masing-masing. Lagi-lagi Aminah. Langsung tak pandang aku daripada aku sampai sehingga kini.
"Aminah..."
"Aku dengan abang kau tak ada apa-apa kan? Tak perlu engkau nak tanya aku" kata Aminah lalu memandang aku. Aku tercengang. Aku tak cakap apa-apa lagi.
"Tapi bukan engkau memang tunggu abang aku ke?" Itu yang aku nak tanyakan. Aminah memang suka abang aku dari sekolah menengah lagi. Tu yang aku pelik.
"Aku dah penat tunggu Kila. Sabar manusia ada batas. Abang kau selalu main tarik tali bila aku bagi hint" aku lihat Aminah seperti menahan tangisan. Aku mengeluh lalu aku bangun dan menghampirinya dan peluknya.
"I'm sorry. you should find someone better" kataku sambil mengusap belakangnya. Kemudian Fasih dan Fakrul yang keluar dengan penuh gelak ketawa terus terhenti apabila melihat aku dan Aminah begini.
"Manja... Kenapa ni?" Tanya Fasih dengan muka risau. Aku melepaskan pelukan dari Aminah kemudian Aminah menoleh ke arah lain untuk menyapu air matanya.
"Aminah ni dia rindu nak dipeluk dengan saya. Kan Minah kan?" Kataku sambil tersenyum ke Aminah.
"Iya... Sejak dia kahwin ni, susah betul nak peluk dia" kata Aminah sambil tersenyum untuk menutup yang dia baru lepas nangis.
"Jom Minah kita jalan pergi tempat lain" ajak Fakrul lalu mengambil handbag Aminah dan menunggu Aminah bangun. Aku dapat rasakan bahawa Fakrul akan jaga Aminah dengan baik.
Selepas kami berempat berpisah, Fasih membawa aku ke satu tempat. Tempat itu betul-betul aku kenal.
"Welcome Shakila..." Ucap pekerja disitu apabila aku masuk ke cafe itu. Hahaha dah lama tak pergi sini. Rasa rindu pula.
"Adam I want..."
"I know Shakila... You want coffe latte right?" Kata Adam membuatkan aku tergelak lalu mengangguk.
"Do you and that guy have anything?" tanya Kamila pengurus cafe itu. Aku hanya tersenyum sebelum menarik tangan Fasih.
"He is my husband" kataku lalu aku melihat mereka semua memandang aku tidak percaya.
"Are you kidding me Shakila?" soal Mariam penyambut pelangan. Aku hanya menggeleng.
"But aren't you two enemies?" soal Mariam pelik.
"yes, we both are enemies but at the same time we love each other" kata Fasih yang diam daripada tadi. Maka terdengar la bunyi terharu daripada mereka.
"I hope you two are happy forever" kata Kamila pula lalu setelah Adam menyiapkan latte aku, kami berdua hanya meluangkan waktu bersama di dalam cafe itu.
YOU ARE READING
hilangnya sayap
Action𝙱𝚘𝚘𝚔 3 Shakila Tasneem yang sambung pelajarannya di Australia, ketika cuti semester dia bercadang untuk balik ke Malaysia memandangkan cuti itu begitu lama. Sedang dalam perjalan untuk naik kapal terbang tiba-tiba dia terjatuh kerana terlanggar...