Keesokkan paginya, Fasih membawa aku berjalan-jalan sekitar Australia dan melihat pemandangan disitu. Secara jujurnya, pemandangan Australia betul-betul membuatkan aku tenang.
Lagi-lagi apabila Fasih berhenti pada ladang lembu, aku dapat melihat bagaimana susu dihasilkan dan sebagainya. Aku rasa sia-sia dahulu kerana tak jalan-jalan dekat Australia walaupun cuti sem.
Aku tiba-tiba rasa beruntung kerana dapat Fasih. Kalau tak disebabkan Fasih, aku rasa aku tak akan merasa suasana di Australia malah aku tak rasa aku akan tahu bagaimana kehidupan orang Australia.
Apabila kami sudah puas jalan-jalan, petang itu Fasih memandu pulang ke hotel. Apabila sudah masuk ke dalam hotel sebelum Fasih melelapkan mata, malam nanti dia suruh siap dan memakai pakaian yang cantik kerana dia hendak membawa aku pergi ke tempat yang istimewa.
Tak banyak tanya aku hanya menurut. Pada malam itu, aku mengenakan dress berwarna merah dan tudung berwarna coklat. Kasut aku pula tidak terlalu tinggi. Hanya sedang-sedang sahaja. Takut nanti jatuh buat malu aku sahaja.
Apabila aku sudah siap, Fasih pun mula perjalanannya untuk menuju ke tempat yang dia cakap petang tadi.
Sesampai sahaja tempat yang dia cakap itu, alangkah terkejutnya aku melihatnya.
Tempat itu di hadapan pantai dan sepanjang jalan untuk ke sana, dihiasi dengan bunga-bunga bertaburan dan lampu di kedua-dua sisi.
Sampai sahaja di tempat itu, Fasih menarik kerusi dan menyuruh aku duduk disitu.
"Manja suka?" Tanya dia tanpa kalihkan pandangan kearah ku. Aku mengangguk laju.
"Suka sangat-sangat. Bila masa abang rancang semua ni?" Tanya ku ingin tahu.
"Well abang kan popular. Petik jari je boleh siap semua ini. Cuma arah orang je" katanya dengan penuh berlagak dan bangga diri. Aku menjeling dia tajam.
"HAHAHA jangan la buat muka macam tu. Takut abang. Fakrul tolong sikit-sikit. Hmm I don't think so dia tolong sikit maybe banyak" kata Fasih sambil melihat tempat tersebut.
"So means Kila kena ucapkan terima kasih pada Fakrul sebab dah buat semua ni" kata ku dengan senyuman nakal.
"Hey apa pula ucap terima kasih dekat dia. Abang yang rancang semua ni. Abang yang suruh dia letak bunga dekat situ, letak lampu kat situ. Semua tu abang yang rancang" katanya seperti berjauhan hati dengan aku.
Aku tergelak sebelum memegang tangannya yang berada di atas meja.
"Terima kasih abang. Kila appreciate effort abang buat semua ini" kataku dengan penuh ikhlas.
Selepas itu ada pekerja datang dan membawa makanan untuk kami berdua. Selepas sahaja pekerja itu meletakkan makanan, kami berdua sama-sama menikmati makanan tersebut.
Selesai sahaja makan, Fasih membawa aku pergi ke arah pesisiran pantai. Sekarang kami berhadapan dengan matahari terbenam. Cantik. Itu membuatkan aku terpukau.
"Manja..." Aku menoleh memandang dia. Dia pegang tangan aku.
"thank you throughout our marriage, manja tak pernah muak dengan perangai abang. Dan terima kasih juga sebab sudi ada dengan abang sampai sekarang" katanya tanpa berkelip memandang aku.
"Abang nak tahu satu benda tak?" tanya ku dan memandang dia. Dia mengangkat kening sebelahnya.
"Dulu sebelum nak kahwin dengan abang, Kila takut satu benda. Dan ketakutan Kila tu membuatkan Kila rasa nak batalkan perkahwinan kita" kataku dengan jujur dan aku memandang anak matanya. Aku lihat dia seperti terkejut dengan apa yang aku katakan tadi.
"Manja takut apa?" Genggaman tangan Fasih makin kuat. Dia seperti takut sesuatu yang bakal aku jawab ini akan membuatkan aku terseksa hidup dengannya.
"Kila takut kalau Kila tak boleh jadi isteri yang baik untuk abang. Kila takut kalau kila tak boleh jadi ibu yang baik untuk anak-anak kita" kataku lalu aku menundukkan pandangan ke bawah. Tiba-tiba terdengar ketawa dari bibir Fasih.
"Ya allah manja..."
"Nak tahu? Manja dah jadi isteri yang terbaik untuk abang dan abang pasti, manja akan jadi ibu yang baik untuk anak-anak abang, anak-anak kita"
"Abang bersyukur sangat dapat manja jadi isteri abang. Dan abang cukup bahagia apabila manja ada di sisi abang" dia memegang dagu aku supaya memandang dia.
"Look... Manja dah terlalu sempurna sehinggakan manja buat abang rasa abang tak layak untuk manja" dia memegang kedua muka ku.
"Abang sayang sangat dekat manja" dia mencium dahi aku. Lama.
"I love you Shakila Tasneem"
"Abang janji sampai akhir hayat abang, abang akan jaga manja macam nyawa abang" Bisiknya di telinga ku.
"Tapi macam mana kalau tiba-tiba abang berubah? Abang ada niat nak kahwin lain?" Aku sudah mula overthinking.
"Ya allah tak pernah terlintas dalam fikiran abang ni nak kahwin lain manja" katanya dengan penuh terkejut.
"Kenapa manja fikir macam tu?" Tanya dia.
"Tak ada la lelaki ni kadang-kadang bukannya boleh percaya. Mula-mula je kata tak nak kahwin lain semua tapi balik-balik kahwin lain juga" kataku dengan muncung sedepa. Lalu Fasih hanya ketawa
"Really manja? You think I like another guy?" Katanya membuatkan aku terkulat-kulat.
"Tak ada la sampai macam tu cuma..."
"Only you in my heart manja"
"Only you Shakila Tasneem"
"Tak ada siapa boleh gantikan tempat manja dalam hati abang" katanya lalu dia memeluk ku. Aku hanya berdiam diri di dalam pelukannya.
'Kila pun sayang abang, dan hanya abang sahaja di dalam hati Kila. Tiada siapa yang berhak gantikan tempat abang'
Aku hanya mampu berkata dalam hati kerana begitu susah untuk aku luahkan kepadanya.
YOU ARE READING
hilangnya sayap
Action𝙱𝚘𝚘𝚔 3 Shakila Tasneem yang sambung pelajarannya di Australia, ketika cuti semester dia bercadang untuk balik ke Malaysia memandangkan cuti itu begitu lama. Sedang dalam perjalan untuk naik kapal terbang tiba-tiba dia terjatuh kerana terlanggar...