part 21

62 1 0
                                    

"Bila dah sampai bagitahu aku tau. Tunggu aku dalam lima tahun pula insyaallah" Minah langsung memeluk aku. Kami sekarang berada di airport.

Sementara menunggu dipanggil, kami makan di airport bersama-sama sebelum berpisah dan akan berjumpa lima tahun akan datang HAHAHA.

"I will miss you Minah" air mata yang berair aku menahannya untuk tidak jatuh tetapi apabila melihat Minah yang sedang menangis, tidak semena-mena air mata yang aku tahan pun turut mengalir.

"Dah la jangan menangis lagi" kata ku sambil usap air mata di pipi Minah.

"Nanti selalu la tanya khabar aku, bukan tanya khabar abang aku okay!" Kata ku terselit perlian. Bukan aku tak tahu yang dia dengan abang aku ada something wrong. Aku sebagai adik dan kawan dapat merasakannya.

Apabila melihat senyuman lebar terukir di bibir Minah tahu la aku bahawa apa yang aku cakap itu dia akan buat kemudian hari. Urghhh!

"Dah aku nak pergi ni" aku mengambil bagasi aku.

"Engkau tak bagitahu Fasih yang engkau nak balik?" Tanya Minah sambil genggam lengan aku. Aku melihat di sekitar tetapi tiada pun susuk tubuh yang aku harap untuk dia datang.

"Dia tak datang?" Minah melihat sekitar lalu bertanyakan aku soalan itu. Aku hanya mengangkat bahu.

"Engkau tak bagitahu dia ke macam mana?" Tanya dia lagi.

"Aku dah bagitahu semalam tapi dia hanya bluetick sahaja" kata ku ada ngeluh kecil di akhir ayat aku.

"Dia tu memang suka bagi kau fake hope ke macam mana? Benci lak aku dengan Fasih engkau tu" Minah dah peluk tubuh. Aku hanya tersenyum lalu melambaikan tangan pada Minah.

"Shakila!!!" Aku menoleh apabila terdengar suara orang yang memanggil aku itu. Fasih... Aku lihat dia juga membawa bagasi. Dia pun nak balik Malaysia juga ke?

"Awak nak balik Malaysia juga ke?" Apabila melihat anggukan dari Fasih maknanya benarlah telahan aku.

"Jom" dia menyuruh aku berjalan dahulu. Aku melihat Minah di belakang, ada senyuman terbit di bibirnya. Entah apa yang dia fikirkan pun aku tak tahu.

"Awak kata awak duduk sini dalam sebulan... Awalnya awak balik" kata ku sambil memberi pasport. 

"Tapi hati saya nak balik Malaysia" aku mengangguk faham. Bak kata pepatah hujan batu di negeri orang hujan emas di negeri sendiri.

Jadi maknanya Fasih masih lagi ingat dimana tempat lahirnya. Separuh orang, apabila dah menatap di negeri orang negeri sendiri pun sudah lupa.

Bagaimana la keluarga mereka di sana ya. Allahu nasib aku masih ingat siapa diri aku dan di mana tempat aku sepatutnya. Fasih melihat aku sambil mengerutkan dahi.

"Kenapa?" Tanya ku pelik. Dia tersenyum lalu dia menggeleng.

Sampai sahaja di kawasan hendak masuk ke dalam kapal terbang aku lihat Fasih.

"Tempat duduk awak nombor berapa?" Tanya ku. Mana tahu lain-lain boleh la kata bubye tak pun jumpa waktu mendarat ya tak?

"Nombor 9" aku membeliakkan mata aku. Sah!

"Saya nombor 10" dia memandang aku tidak percaya.

"Sungguh?" Kemudian kami berdua gelak serentak. Orang disekeliling kami hanya melihat kami.

"Good morning capten" sapa seorang pramugari yang berada di dalam kapal terbang.

"Saya tak bertugas hari ni, jangan panggil saya kapten" Fasih menggosok leher belakangnya sambil tersengih. Pramugari itu memandang Fasih pelik. Mungkin dia terkejut kerana sikap Fasih itu.

"Bagus awak sekarang" kata ku apabila punggung aku sudah mencecah kerusi.

"Bagus kenapa?" Tanya dia pelik. Dia masih lagi susun barang-barang milik aku dan dia.

"Ya la sebab sikap rendah diri" kata ku sambil mengeluarkan telefon. mod pesawat di aktifkan.

"Sebab awak juga" kata dia lalu dia duduk di sebelah aku. Dia melihat jam di pergelangan tangan dia.

"Rasanya awak dah boleh pakai tali pinggang keledar dan letakkan beg awak dekat tengah" kata dia sambil membetulkan duduknya di atas kerusi selepas memakai tali pinggang keledar.

Dulu aku pernah kata dia pencuri sebab dia suruh aku letak beg aku di tengah-tengah. Tapi sekarang aku hanya menurut sahaja cakap dia. Aku letakkan beg aku di tengah-tengah.

hilangnya sayap Where stories live. Discover now