Soundtrack (Dear Dictator)
Seventeen - Tanpa Pesan Terakhir
2023
Pedal enjin ditekan keras. Had laju sudah diabaikan. Adegan kejar mengejar antara kereta semakin ligat di tengah jalan raya.
"Beb aku dah cakap. Mesti ahlong kejar punya. Kau tak nak dengar!" Pia selaku kawan baik Amina mula berbalah.
"Takpa kita lari dulu. Hutang dia nanti kita langsai." Amina memandu bagai orang gila sambil menghisap rokok.
"Bukan sikit beb. Dua juta kau faham tak? Mana kita nak korek duit banyak tu!! Kau la.. nak berjoli sampai sanggup berhutang ahlong. Sudahnya?" Pia semakin bising.
Amina menyerabutkan rambut. Stereng ditumbuk. Hidupnya terasa sempit. Dengan hutang bertimbun. Dengan emaknya yang terlantar sakit di hospital perlu dijaga.
"Aku taktau duh nak lari mana dah? Si Chong tu tak habis-habis ugut aku mintak hutang." Rungut Amina.
Dia merengus kasar. Sudahlah dia hanya berkerja sebagai kerani. Mana gajinya nak cukup untuk dia hidup mewah di bandaraya utama ini.
Pin! Pin!
Kereta Chong iaitu ahlong terkenal di negeri itu menyaingi kereta mereka.
"Weh betina. Lu bayar dulu hutang loh. Sudah janji berapa lama? Lu mau kena potong lidah ka?" Jerit ahlong itu seperti tidak waras.
"Fuck off. Mampus kau." Mina menghimpit kereta Chong sehingga hampir dilanggar kereta lain.
"Slayyy." Pia bersorak.
Dia kemudian membelok menuju jalan lain meninggalkan Ahlong tersepit di kesesakan jalan raya.
"Beb kau ada idea tak nak pergi mana? Tempat yang si musibat Chong tu tak boleh fikir?" Soal Mina mengetuk puntung rokok di luar tingkap.
Pia cuba memerah otak memikirkan.
"Beb aku ada nampak ada satu teater ni. Rasanya dah start lama dah. Kau drive je situ. Mesti Chong tak expect punya!" Pia menampar dashboard ketika memberi idea bernas.
Mina mengerutkan dahi. Teater? Oh berdasarkan novel terkemuka itukah? Hasil karya Encik K. Novelnya itu sudah terkenal di serata dunia.
"Pandai sia. Kau ni." Mina mencium sekilas dahi Pia kawan baiknya.
Stereng dibelok memasuki perkarangan teater mega. Kelihatan ramai anak muda meluru masuk untuk menonton teater hasil nukilan terhangat di Malaysia!
Seperti tikus, Mina dan Pia menyelit masuk kedalam teater. Tempat duduk dua dari hadapan diambil. Biar Chong tidak dapat menjejakinya kerana terdapat puluhan ribuan penonton.
Teater itu sudah lama berlangsung. Kelihatan seorang lelaki memainkan watak budak sekolah yang gemuk.
"Aku nak putus sebab kau tu gemuk. Busuk. Then..kau lembam pulak tu!" Kata watak pelajar perempuan yang sangat cantik.
Watak lelaki gemuk itu mula melutut merayu padanya. Mina mula menggigit kuku tidak senang duduk.
Mina menjungkitkan kening. Bukankah kisah ini seperti pernah dia lakukan terhadap seseorang dahulu?
Muncul pula watak lelaki muda bersama sekumpulan lelaki berdiri bersebelahan watak perempuan cantik.
"Sayang..bagitau budak gemuk ni semua permainan kita." Lelaki jahat itu merangkul bahu perempuan itu.
Wanita cantik itu menggulingkan mata keatas.
"Ugh fine. Sebenarnya ni semua game. Aku dapat dare untuk bercinta dengan kau for sebulan. Like common sense la siapa yang nak dekat budak lembam macam kau ni" watak wanita cantik itu menengking watak lelaki gemuk itu.
Semua penonton teater mula bersorak marah ketika menonton babak itu. Babak itu merupakan kemuncak dalam novel Encik K. Novelnya kini laris dijual dipasaran. Novel yang membicarakan tentang masalah yang menjadi bualan ramai iaitu body positivity.
"Rejam budak gemuk ni dengan batu! Supaya dia sedar diri di kemudian hari!"Laung watak lelaki pembuli itu. Kumpulan itu mula merejam watak lelaki gemuk itu dengan batu bata.
Pia menutup mulut yang melopong. Mina memegang dadanya yang berdebar. Gerangan siapa yang menulis buku ini? Bagaimana kisah dalam novel ini hampir sama dengan penganiayaannya terhadap seseorang dahulu.
Khairi Anaqi.
Nama itu kembali menghantui mindanya.
"Beb..kenapa cerita ni.." Pia mencuit lengan Mina.
Mata Mina berkaca melihat kearah watak pelakon lelaki gemuk itu terlantar diatas pentas teater. Dia arif benar akan kisah itu.
"Pada usia ini, masa darah muda cepat alirnya dalam diri dan khayalan serta sentimen masih memenuhi jiwa. Ketika itulah ilham cerita mula aku susun. Kisah yang mungkin nanti orang berkata. Seakan tuan menceritakan nasib sendiri. Siapa pun dia yang menjadi watak cerita ini, hidupnya telah dirundung malang sejak kecil." satu suara dari speaker menutup persembahan teater.
Tirai merah ditutup. Puluhan ribu menepuk tangan meraikan cerita tragis seorang lelaki gemuk yang cintanya dan ketulusannya dikhianati.
Denyar kamera paparazi mula menggila kearah pentas. Semua mula bersorak.Seorang pengacara mula bersuara.
"Terima kasih para penonton kerana telah menyaksikan sutradara yang diinspirasikan dari novel terhangat nukilan Encik K. Buat julungan kalinya, Encik K akan membuat penampilan sulung. Dipersilakan." Ucap pengacara wanita itu teruja.
Ribuan mata tertumpu pada pentas teater. Denyar kamera dari media mencerahkan pentas yang suram.
Jantung Mina bergendang hebat. Kaki bagai dipasung ke lantai. Matanya terpaku kearah sosok lelaki yang mula keluar di balik tirai merah.
Puluhan ribu tangan mula menepuk kuat apabila Encik K mula mengorak langkah berdiri di tengah pentas bersama pengacara.
"Bersama saya Encik K atau juga dikenali sebagai Encik Khairi. Bukan sahaja karyawan agung yang berjaya. Malah seorang usahawan yang menempa nama dalam industri perniagaan. Tahniah kerana baru ni telah dinobatkan oleh Forbes sebagai salah seorang lelaki yang berpengaruh di rantau Asia." Ucap pengacara itu lagi.
Mina menelan liur payah. Dunianya seakan terhenti. Otaknya ligat mencerna tentang lelaki di hadapannya. Darahnya mula berderau laju. Lututnya lemah melihat lelaki itu.
Namun mengapa lelaki itu amat lain dari dulu?
Khairi Anaqi dahulu adalah seorang lelaki yang gemuk. Tidak rupawan dan juga lembam.
Khairi yang berada di hadapannya kini pula adalah seorang lelaki yang sangat tampan. Lelaki itu juga kurus dan tinggi lampai. Gaya juga sudah lain. Bersut biru navy. Mata yang bundar dan galak. Senyumannya mampu mencairkan hati mana-mana wanita yang memandang.
Ribuan wanita mula bersorak miang apabila lelaki itu melambai lalu tersenyum.
"Beb seriousla. Aku tak salah tengok kan. Tu Khairi ke? Kau ingat tak?" Pia berbisik takjub.
Mina kehabisan kata. Turut takjub dengan lelaki yang pernah ditinggalkannya dahulu.
"Weh siap masuk Forbes sia. Hensem sekarang dia weh." Pia menampar lalu turut bersorak bersama wanita lain.
Mina masih merenung lelaki itu. Matanya berkaca. Khairi leka melambai kearah denyar kamera yang menangkap gambarnya dan kearah gadis yang memujanya.
Mata Khairi tertancap pula pada seorang gadis yang amat dikenalinya dahulu.
Amina
Mata mereka bertemu.
Perlahan Khairi tersenyum lalu menundukkan kepalanya kepada Mina.
Tersenyum bukan kerana mengalukan tetapi kerana meraikan bahawa Amina telah terjatuh dalam plot kotor yang dirancang olehnya.
-
