" MAYA!" pekikan Abah membuatkan seluruh badanku terkaku.
Mampusla aku.
Cepat-cepat aku masukkan lighter dan rokok kedalam beg silangku. Rokok dimulut, aku campak kedalam longkang berdekatan.
" Tak berhenti merokok lagi? Apa nak jadi dengan kamu ni, Maya?!" marah Abah seraya menuju laju kepadaku. Aku buat tak dengar.
Kasar, Abah merampas beg silangku yang elok tersilang dibadanku.
" Eh─ apani Abah?!"
Terus Abah menyelongkar beg silangku dan mengeluarkan sekotak rokok yang baru kubeli tadi.
" Benda nilah yang rosakkan kau, tahu?! Sekali lagi aku nampak kau hisap sampah ni, siaplah kau."
Abah campak sekotak rokok itu keatas tanah lalu memijaknya dengan kasar.
" Weh Abah! Maya baru je beli rokok tu tadilah!"
" Baru hari pertama kerja dah pandai nak ponteng. Pergi masuk dalam! Tolong kakak kau tu. Line tengah panjang tu, boleh pula kau duduk hisap rokok kat belakang ni!"
Aku merengus kasar. " Yalah, yalah!"
" Fikir aku hamak sangat ke nak kerja kat sini? Eh kalau bukan sebab kau yang paksa, aku pun tak inginlah!" bebelku sendiri. Aku buat muka cemberut.
Langkah diayun dengan laju menuju kedalam Dewan Makan. Sempat aku sepak tin kosong ditengah jalan sampai terpelanting kedinding. Geram ni geram.
" Bak sini aku tolong." ujarku dengan dingin kepada Mia, kakak kembarku. Disebabkan dia lahir awal 4 minit, dialah kakak. Aku lahir lambat 4 minit 47 saat.
Kami mungkin adalah kembar, tapi kami taklah serupa. Aku cantik lagi.
" Bengong punya adik. Kau pergi mana tadi?"
Aku hiraukan soalan Mia. Aku capai penyepit makanan dan mula letakkan lauk keatas pinggan murid-murid yang sedang beratur dengan penuh kesabaran.
Keningku berkerut seribu apabila Mia mula membuka apronnya dan berura-ura mahu meninggalkanku.
" Woi, Mia! Kau nak pergi mana, gila?!" pekikku. Kisah pulak aku kalau budak-budak ni dengar?
Mia buat tak endah dan terus berjalan meninggalkanku.
Kurang ajar. Berani dia tinggalkan aku sorang-sorang handle budak-budak ni?
Aku hanya reda dengan nasib badan dan sambung meletakkan lauk kedalam dulang murid-murid ni.
Gila panjangnya line. Kat sekolah aku dulu tak ada pulak nak kena beratur macam ni. Sistematic betul sekolah ni. Apa entah nama sekolah ni. Aku lupa.
"Bukak, bukak!"
Aku terdengar suara seorang lelaki seperti sedang mengarah seseorang. Terus aku menoleh kearah punca sura itu.
Tiga orang lelaki yang sedang dengan selambanya, memotong barisan. Keningku berkerut sedikit. Tak ada adab ke potong-potong barisan orang ni?
Eh, aku pun tak ada adab juga.
Tapi, apa ke bodoh sangat dia orang ni?
Seorang daripada tiga orang lelaki itu menghulurkan dulang makannya kepadaku. Menunggu aku untuk meletakkan lauk untuknya.
Aku tak hiraukan lelaki itu, sebaliknya aku terus letakkan lauk untuk pelajar yang terlebih dahulu beratur sebelum mereka bertiga.
Siapa suruh tak beratur, kan? Lantak kau kat situ. Aku taknak cedokkan untuk kau.
" Hei, perempuan." seorang daripada mereka bertiga mula bersuara. Aku masih lagi dengan muka kosongku, meletakkan makanan kedalam dulang budak-budak dibelakang mereka.
Yang peliknya, budak-budak ni muka kecut gila pandang aku dan lelaki dihadapanku ini selang-seli. Muka teragak-agak nak terima lauk yang aku nak cedokkan.
Apa yang ditakutkan sangat?
" Eh, kak! Tak apalah... akak cedoklah untuk dia orang ni dulu..."
Aku mendongak memandang lelaki dihadapanku. Gila tinggi. Sakit tengkuk aku nak dongak pandang mamat ni.
Aku pandang tag nama lelaki itu pula.
Kahar.
" Eh? Nak makan ke rupanya... ingatkan saja je duduk situ jadi orang bodoh." soalku sinis. Pakej sekali dengan senyuman manis yang aku buat-buat.
Kahar tersenyum sinis sambil bermain lidah. Eh mamat ni? Ingat dia sorang jeke ada lidah?
" Kau..."
" Apa? Aku apa?" cantasku laju.
Dia terdiam sesaat.
" Aku nak ayam bahagian ni." ujarnya sambil menunjuk kearah bahagian ayam yang dia mahu itu.
Heh, mati kata la tu.
" Oh, bahagian.... ni?" ujarku seraya menunjuk kearah bahagian ayam tersebut.
Bezanya, aku tunjuk guna jari tengah.
Kahar tersenyum sinis lagi. Nampak rahangnya diketap erat menahan marah.
" Eh, akak rambut merah! Ada aku tumbuk muka kau sampai pecah karang!" ugut seorang lelaki yang sedang berdiri dibelakang Kahar.
Tag nama dia... Oh, nama dia Zahrin.
Ceh, fikir aku takut ke?
" Weh, kita tak pukul perempuanlah. Tak gentleman." bisik lelaki yang sedang berdiri disebelah Zahrin itu pula.
Aku pandang tag nama dia. Hakeem.
Siotlah si budak Hakeem ni.
Tiba-tiba saja mamat Kahar ni pergi rampas penyepit makanan daripada peganganku. Itu aku tak kisah sangat, yang aku kisah sekarang ni... Dia dah terpegang tangan aku!
" Hei! Main rampas-rampas pulak kau...!"
Kahar dengan selambanya mencedok sendiri lauk kedalam dulang makannya. Sempat dia cedok sekali untuk member-member dia.
" Nak cedokkan lauk pun payah. Baik tak payah kerja sini." ujarnya seraya menyerahkan semula penyepit makanan yang dirampasnya tadi.
Baru aku nak ambil, dia mengangkat tangannya dengan tinggi. Tak bagi aku ambil penyepit tu.
Sial.
Aku menjingkit sedikit untuk mencapai penyepit tersebut. Tak berjaya sebab mamat ni pergi angkat tangan dia dengan lebih tinggi.
Oh, betapa bodohnya tindakan aku itu, sehingga mengundang tawa seluruh murid didalam Dewan Makan ini.
Sial la.
" Bagilah bengong... budak-budak beratur panjang ni."
Aku masih mencuba untuk mencapai penyepit tersebut.
Dia senyum sinis buat entah keberapa kalinya. Sebaris gigi lawanya terserlah melihat tingkah laku bodoh aku ni.
" Alolo... comelnya dia tu terjingkit-jingkit nak ambil penyepit ni! HAHAHAHAHA!!" ujarnya sinis. Dia ketawa lepas. Nampak sangat yang dia tengah terhibur sekarang ni.
" Nah, sayang. Lepasni cedok lauk elok-elok, ya?" ujarnya sinis seraya menyerahkan semula penyepit makanan itu.
" Siapa sayang kau? Pergi mampus."
Dia tersenyum lucu sebelum berlalu pergi dan duduk disalah satu meja. Dua orang rakannya tadi sudah terkekek-kekek bergelak ketawa.
Ha sudah satu Dewan Makan ni pandang aku sambil tersengih-sengih.
" APA PANDANG-PANDANG?! AKU KEPIT HIDUNG SORANG-SORANG KARANG BARU TAU!"
Tunggulah kau, Kahar. Besok aku kepit hidung kau pakai penyepit makanan ni!
+++
acane? best?
KAMU SEDANG MEMBACA
kahar vs maya
Romance" kita share lah kerusi ni, eh? " @yusraev | 2023 phc fanfic. cringe (sikit).