" DUDUK sini diam-diam, aku pergi cari first aid kit." Maya berpesan, suaranya kedengaran sedikit serak. Matanya juga di elak dari bertemu dengan mata lelaki itu.
" Tergantung dekat dinding, tepi rak pinggan." beritahu Kahar, ringkas.
Maya tidak membalas, dia lekas berjalan ke dapur tanpa sebarang kata.
Masuk sahaja dibahagian dapur, Maya ditegur oleh Umi yang sedang membasuh pinggan.
" Lewat kelik, Maya? Kahar mano? (Lambat balik, Maya? Kahar mana?)"
Memaksa dirinya untuk mengukir senyuman kecil, Maya membasahkan tekaknya dahulu sebelum membalas ― " Ada dekat ruang tamu. Dia terjatuh tadi, lambat sikit nak berjalan. Itu pasal kita orang sampai rumah lewat."
Kening Umi bertaut. " La... Macey mano bulih terjatuh pulok? Luko teruk ko? (La... Macam mana boleh terjatuh pulak? Luka teruk ke?)"
" Entah. Tadi lari dari angsa, kalut sangat agaknya sampai terjatuh." Maya menahan dirinya daripada menambah 'padan muka' diakhir ayat.
Tidak, Kahar tersadung kerana terkejut.
Terkejut yang Maya mengatakan bahawa gadis itu sayang akan dirinya secara tiba-tiba.
" Ish, ish, ish. Ituler... Lain kali jangey duk kalut sangat. Tu, peti ubat ado tergantung kak dinding tu ha. (Ish, ish, ish. Itula.. Lain kali jangan duk kalut sangat. Tu, peti ubat ada tergantung kat dinding tu ha.)" beritahu Umi, sambil memuncungkan mulutnya ke arah peti ubat didinding.
Maya hanya mengangkat ibu jarinya tanda faham. Dipaksa bibirnya untuk mengukir senyuman lebar. Walaupun ianya tampak sangat palsu kerana mata gadis itu tidak terikut senyum.
Membelakangi Umi, wajah Maya kembali suram.
Memasuki ruang tamu semula, Maya dapat lihat Kahar sedang mengurut dahinya menggunakan sebelah tangan, kemudian rambutnyanya dia raup kasar kebelakang sebelum dia menekup wajahnya dengan kedua telapak tangannya pula, sikunya berada di atas peha.
Malas mahu menyapa, Maya terus melabuhkan punggungnya disebelah Kahar. Sebotol iodin, kapas, dan sekeping bandage plaster bewarna putih diletakkan di atas meja.
Melihat Kahar yang sedang menunduk menekup wajahnya dan masih tidak menyedari akan kehadirannya itu, Maya berdehem sekali untuk mencuri perhatian lelaki itu.
Bahu Kahar terjungkit sedikit, seraya dia mengangkat kepalanya, dan matanya bertemu dengan mata kuyu gadis itu.
Hatinya sakit melihat mata yang seolah menggambarkan kesedihan disebalik wajah yang cuba dineutralkan itu.
' Aku minta maaf, Maya.' ― ingin saja dia mengatakan apa yang dimonolognya itu, namun ianya hanya terkubur didalam hati.
Ego.
Pandangan mereka terputus apabila Maya mengalihkan pandangannya untuk mengambil sebotol iodin dan kapas yang diletakkan di atas meja itu.
Maya mengundur sedikit, menambah ruang antara mereka. " Kaki letak atas kerusi." ringkas, Maya mengarah, matanya langsung tidak memandang Kahar, namun hanya tertumpu pada tangan sendiri yang sedang membuka botol iodin itu.
Kahar menurut. Sebelah kakinya yang terluka dilutut itu dia letakkan di atas kerusi, seluar pendeknya dia selak sedikit untuk memudahkan kerja Maya.
Menuang iodin ke atas kapas, Maya menyapukan kapas itu pada luka dilutut Kahar dengan agak kasar, tanpa sengaja.
Mendengar Kahar mendesis sakit, Maya terus menjauhkan kapas itu daripada lukanya. Wajah Maya diselubungi dengan
perasaan serba salah buat sesaat sahaja, sebelum dia cepat-cepat menayang wajah kosongnya semula.Tetapi matanya tak mampu menipu. Kahar dapat lihat rasa risau dan bersalah didalam mata gadis itu.
Tidak pula gadis itu menyatakan kata maaf, dia hanya menyambung menyapu iodin pada luka Kahar dengan lebih lembut dan cermat.
Ego sama-sama naik, payah dong.
Kahar tak dapat mengalihkan matanya dari menatap Maya yang sedang leka merawati luka di lututnya.
Dia cuma... tak boleh berhenti dari terus merenung gadis itu.
Oh, andai saja Maya tahu bahawa dia sudahpun 'diubati' hanya dengan menatap wajah manis gadis itu.
' Maya... kau cantik.' ― sungguh, lelaki itu mahu menyatakan apa yang berada di dalam fikirannya sekarang.
Tetapi mulutnya seolah telah dikunci. Dia tak mampu untuk berkata sepatah apapun.
Dia cuma mampu menatap segala gerak-geri gadis itu. Menatap jemari runcingnya yang sedang menampal sekeping bandage pada lukanya, menatap mulut gadis itu yang diketap sepanjang masa semasa mengubati lukanya seolah dia risau dia akan tersalah langkah, menatap mata si manis yang bersinar, semacam purnama.
" Dah, siap." suara beku Maya menyentakkan segala lamunan lelaki itu.
Kahar berdehem sekali.
Maya bangkit dari duduk, mencapai segala ubatan yang dibawanya dari dapur tadi, dan terus beredar tanpa berkata apa-apa lagi.
- TBC.
" Hakeem... apa patut aku buat do?"
" Pandai tengking, pandaila kau pujuk."
KAMU SEDANG MEMBACA
kahar vs maya
Romance" kita share lah kerusi ni, eh? " @yusraev | 2023 phc fanfic. cringe (sikit).