KAMI berdua hanya berjalan kaki menuju ke gerai nasi lemak yang disebut Kahar tadi. Katanya, nasi lemak dia sedap. Cepat saja habis. Jadi, kalau nak beli, kena cepat.
" Kau ni, cepatla sikit jalan tu! Terkedek-kedek macam itik!" marah Kahar yang sudahpun berjalan jauh ke hadapan.
Ni yang kita naik angin ni. Dia kata aku macam itik?!
" Eh, natang! Kau tu langkah panjang, bolehlah jalan laju! Cubalah jalan perlahan sikit!" Aku memarahinya semula. Langkahku dipercepatkan.
" Padan muka kaki pendek!" Dia mengejek.
Nak kena dia ni.
Aku berlari-lari anak ke arahnya. Sampai saja dibelakangnya, aku terus menolak kepalanya ke depan dengan kasar.
" Aduh─ Maya!!" tengkingnya.
Aku ketawa terbahak-bahak sambil berjalan melepasi Kahar yang sedang terhenti.
Tawaku terus saja berganti kepada jeritan sakit apabila aku terasa rambutku ditarik kasar.
Kahar pula yang terbahak-bahak tergelak. Dia berjalan melepasi aku yang sedang memegang rambutku. Tak baik siot main tarik-tarik rambut!
" Tak guna punya Kahar!!" pekikku kuat.
Ketawanya masih berdekah. Dia abaikan sahaja pekikanku itu dan terus tergelak.
Nak kena tolak lagi kepala jantan ni.
Aku terus mengangkat kaki untk mengejarnya yang sudah pun jauh ke hadapan. Mendengarkan derapan langkahku, Kahar menoleh kebelakang. Matanya terus saja membuntang, seraya dia terus berlari daripada aku yang sedang mengejarnya.
" WOI, KAHAR! JANGAN LARILAH, SIAL!"
Dia terus berlari sambil tawanya pecah berdekah.
Motor-motor yang lalu disebelah kami memandang kami pelik. Barangkali mereka pelik kenapa kami main kejar-kejar pula pagi-pagi buta macamni.
Kejar punya kejar, akhirnya aku dapat pun tolak kepala dia. Aku tersengih lebar saat dia mengaduh sakit.
" Padan muka!"
Dia menjelingku tajam. Sebelah tangannya di angkat untuk menarik rambutku, namun sempat aku mengelak.
Dia sudah berura-ura mahu mengejar aku. Aku pun apa lagi. Pecut sampai gerai nasi lemaklah, der!
_______
HUTANG kami dah selesai. Dia sudahpun menarik rambutku semula. Pakej sekali dengan dia mengepit hidungku. Aku hanya menolak bahunya perlahan sebagai balasan. Dan akhirnya kami tidak lagi mengusik antara satu sama lain.
Kami kini sedang beratur untuk membeli Nasi Lemak Mak Milah. Boleh tahan panjang juga barisannya. Oh, adakah ini perasaan budak-budak sekolah tu masa nak makan, tapi kena beratur panjang gila nak mampus?
" Kau nak makan apa?" soal Kahar, semasa kami sedang beratur.
" Nasi lemak ayam. Kau belanja?"
" Takdelah. Bayar asing ah," selamba, dia menjawab.
Aku mencebik bibir. Nak maki dia, tapi tiket bas semua dia yang bayarkan. Sudahnya aku diamkan sahaja. Dia dah banyak belanja aku. Takboleh nak rungut banyak ah.
Kepalaku tertoleh ke arah Kahar yang sedang tergelak kecil sambil sebelah tangannya naik merangkul bahu aku.
Aku sedikit tergamam akan tindakannya itu. Aku terus membatu keras di dalam rangkulannya.
" Aduhai, comelnya kau cebik bibir. Aku gurau ajelah! Aku belanjalah," ujarnya.
Aku masih membatu. Pipiku mula terasa hangat. Bibirku diketap erat.
Melihat aku yang mendiam, Kahar menundukkan wajahnya untuk melihat muka aku. Aku terus mengalihkan muka aku ke arah bertentangan.
Aduh, tak gangster la kau blushing macamni, Maya!
" Oh... Kau blushing eh...?" Meleret bersahaja suara Kahar.
Aku menjulingkan mataku ke atas sebelum terus aku meleraikan rangkulannya di bahu aku.
" Blushing natang mung la. Main ikut sedap hati aje ko peluk bahu aku, eh? Nasib baik kau belanja aku. Kalau tak, dah lama makan penumbuk dah kau ni." bebelku. Tanganku aku silang ke dada.
" Maya gangster kita blushing anjay," selamba sahaja suara Kahar.
Aku terus menolak kepalanya sehingga dia tertunduk ke depan.
Padan.
Dia mengaduh sakit. Aku hiraukan saja orang-orang kampung yang memandang kami. Mampus pi la.
" Nasi lemak biasa, dua. Nasi lemak ayam, satu." beritahu Kahar kepada seorang lelaki yang mungkin sebaya sahaja dengan Kahar. Mungkin lelaki itu menolong ibunya menjaga kedai. Takkanlah lelaki itu 'Mak Milah'nya, kan?
" Baik, bro. By the way, lawa gak eh adik kau ni? Taknak bagi number ke?" lelaki itu berkata kepada Kahar, tetapi matanya tertancap pada aku.
Budak KL ni. Tak ada langsung slang Kelantan dia tu.
Aku berdecit sinis. " Penumbuk, nak?" Segenggam penumbuk aku tunjukkan kepada lelaki itu.
Muka pecah rumah, ada hati nak mengorat aku. Ini confirm spesies buaya darat ni.
Kahar disebelahku sudah memandang aku dengan seukir senyuman. Senyuman sinis ataupun senyuman bangga, aku pun tak tahulah. Gabungan kut.
" Muka tak mandi macamni pun kau nak ke, der?" sinis sahaja suara Kahar berkata.
Tak guna. Nak kata aku muka tak mandi, macamlah dia tu dah mandi.
Aku hanya mampu menjelingnya tajam.
" Tak mandi pun cantik masalahnya, bro!" si penjual berkata kepada Kahar.
Nampak Kahar sedang mengetap rahangnya kuat. Dia paksa senyuman kecil.
" Kan? Cantik kan, GIRLFRIEND aku?"
Perkataan 'girlfriend' ditekan. Hampir terjatuh rahang aku tapi sempat aku tahan.
Wajah si penjual nasi lemak itu terus berubah tetapi akhirnya dia tersengih juga. Pada aku dan Kahar, dia meminta maaf kerana tersalah mengurat orang katanya.
Aku hanya memberikannya senyuman tak ikhlas, dan Kahar merenung si penjual itu macam nak kasi tembus.
Seram, seram, seram. Lagi seram bila dia pergi kata aku ni 'girlfriend' dia kat si penjual tu.
Sebaik sahaja aku dan Kahar beredar dari kawasan gerai itu, aku terus menolak kepala Kahar. Perlahan cuma.
" Bodoh. Yang kau memandai-mandai cakap yang aku ni awek kau kat mamat nasi lemak tu, apahal? Sempat pulak tu kau kutuk aku muka tak mandi. Nasib baik mamat nasi lemak tu cakap aku cantik. Memang lepasni aku couple dengan dia je." Aku mula membebel.
" Sukalah kau dia mengorat kau, kan? Kau memang hadap pun jantan buaya macam dia."
Aku menjeling tajam. " Haah, suka! Kenapa? Jealous?" sengaja aku mahu mengapi-apikan dia. Geram aku.
" Tak ada masa aku nak jealous. Kau tu bukannya cantik mana pun. Makcik cleaner KUDRAT lagi cantik daripada kau."
" Eleh! Kau sebenarnya suka aku kan? Kau sebenarnya jealous kan? Kan...?" Aku menyiku lengannya sambil tersengih.
Dia hanya menjelingku tajam. " Bangla pun tak hadapla dekat kau."
Makin lebarlah sengihan aku. Sah, dia jealous.
+++
ngaku jela kahar oi
KAMU SEDANG MEMBACA
kahar vs maya
Romance" kita share lah kerusi ni, eh? " @yusraev | 2023 phc fanfic. cringe (sikit).