17 | kertas

1.4K 116 71
                                    

Maya

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Maya

MALAM itu, aku tak bisa tidur. Puas aku berguling ke kanan dan ke kiri, mencuba untuk mencari posisi yang selesa untuk tidur. Tetapi mataku tetap tak mengantuk.

Minda juga dipenuhi dengan pelbagai pemikiran.

Aku melentang memandang syiling bilik.

" Aku semaklah, Maya! Aku semak dengan kau, tau tak?"

Suara Kahar berputar didalam kepala. Tak ubah seperti bunyi pita rosak, ianya berulang-ulang dimainkan didalam kepalaku.

Kalau kau berasa rimas, mengapa tidak beritahu saja dari awal? Kalau kau rimas sama aku, mengapa tidak bertindak seperti kau rimas? Kalau rimas, mengapa kau setia mendengar segala cerita yang aku ceritakan, sambil mata kau yang tak lepas dari merenung mataku, dan tidak pernah sekali pun kau menyuruhku untuk berhenti bercerita? Kalau kau rimas, mengapa kau mengajak aku untuk mengikut kau balik ke kampung, kerana kau kata, kalau kau balik seorang diri, kau akan rindukan aku?

Kenapa kau kata kau akan rindukan aku?

Aku ni... siapa bagi kau sebenarnya?

Ingin saja aku meluahkan segala persoalan yang tersimpan didalam mindaku kepadanya, tetapi aku tak boleh.

Aku risau. Aku risau dia akan bertambah semak dengan aku.

Mungkin semuanya salah aku. Mungkin aku terlalu banyak bercakap apabila aku bersama dengannya. Mungkin dia mula berasa rimas kerana itu.

Nak minta maaf ke?

Ah, asal aku pulak nak kena minta maaf? Bukan salah aku kalau dia semak dengan aku. Siapa suruh dia rasa semak? Dia punya pasal la.

Tapi kalau nak tunggu Kahar yang minta maaf, memang berjanggutla aku. Jantan tu bukannya reti nak lafazkan kata maaf.

Buat malu je mata aku beria berair tadi. Sial punya hati. Dasar tisu.

Malu tujuh keturunan bro, serius.

Tuk! Tuk!

Bunyi pintu bilikku diketuk perlahan menghapuskan segala pemikiran aku tentang si dia.

Bangkit dari perbaringan, aku terus membuka lampu tidur yang terletak disebelah katil.

Aku menoleh ke arah jam dinding dibelah kiriku. Disebabkan pengcahayaan bilik yang agak malap, samar-samar sahaja aku nampak jarum jam itu menunjukkan sekarang sudah pukul 2:53 pagi.

Siapa nak ketuk pintu bilik aku pukul 3 pagi begini? Setan ke?

Menoleh ke arah pintu bilik semula, aku perasan ada sesuatu yang diselit masuk dari ruang kecil bawah pintu. Mataku dikecilkan untuk memfokuskan penglihatan aku.

Ternyata syaitan sekarang sudah reti menyelitkan surat melalui bawah pintu, yah?

Ini 'setan' spesies lain rupanya.

Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: Apr 04, 2023 ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

kahar vs mayaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang