AKU menyuruh Kahar untuk duduk dahulu di hadapan rumah sementara aku pergi mengambil beberapa jenis snek dari dapur untuk mereka makan bersama.
Aku main bedal saja buka semua laci. Apa yang ada, aku capai saja. Aku mengambil kacang, beberapa jenis asam, dan satu plastik keropok Mr Potato yang entah tersesat daripada mana.
Langkahku di ayun ke luar rumah. Terlihatlah Kahar yang sedang terduduk di tangga, sambil dia memetik gitarnya dan menghasilkan irama yang rawak.
Aku melabuhkan punggung di anak tangga yang terletak di paling atas. Kahar duduk di anak tangga yang kedua teratas. Snek-snek yang digenggam, aku letakkan disebelahku.
Kahar bagaikan tersedar akan kehadiran aku. Lantas, rokok yang terkepil dibibirnya, dia selitkan dicelahan tali gitar.
" Kau ni nak ambil jajan pun lama." sapa Kahar.
" Sukati ah," balasku, sambil tanganku membuka sepeket asam.
Tiba-tiba sahaja Kahar menghulurkan telapak tangannya kepadaku. Sebelah kening aku terangkat.
" Apa? Nak aku pegang tangan kau ke?" kasar, aku bertanya.
" Bodoh. Aku nak asamlah, sial."
" Lain kali bagi context lah, sial." balasku. Sepeket asam itu aku letakkan di atas tapak tangan Kahar dengan kasar.
Buat seketika, kami hanya kekal mendiam sambil mengunyah jajan yang ada.
" Kau nak dengar aku nyanyi tak?" suara Kahar memecahkan kesunyian di antara kami.
" Taknaklah. Nanti hujan." balas aku selamba. Aku terus menyumbat keropok ke dalam mulut.
Mata Kahar tekerlip beberapa kali. Muka tak puas hati dia tayangkan. " Apa kau cakap?"
Aku terus tersengih lebar. " Mestilah nak! Kapla kita nak nyanyi kut!" ujarku, ceria.
Kahar tersenyum kecil sebelum dia mencapai semula gitarnya yang dia sandarkan pada tangga itu. Tubuhnya dipusingkan ke kiri sedikit, supaya dia boleh menghadap aku.
Sepuntung rokok yang terselit dicelahan tali gitar itu dia hulurkan kepadaku. Aku hanya menyambutnya lalu aku kepilkan sepuntung rokok itu di antara bibirku. Asapnya aku sedut sambil bersandar pada tangga.
" Maya..." dia memanggil.
Aku hanya mengangkat kedua-dua belah keningku tanda bertanya 'Apa?'.
" Rokok tu..." Kahar memerhatikan rokoknya yang ada pada bibirku. " Aku dah hisap tau."
Aku tergamam buat seketika.
Oh. Terhisap pula.
Rokok yang terselit dibibir, aku tarik keluar. Lalu aku kepilkan di antara celah jemariku.
" Bukan salah aku. Siapa suruh kau kasi aku pegang?! Kan aku dah terhisap!" Aku mencampakkan rokok itu ke tepi. Entah ke mana puntung rokok itu mendarat, aku tak tahu.
Kahar mengetap bibirnya menahan senyum lucu.
" Diam kau, Kahak. Nyanyi jela.*
Kahar mengangguk beberapa kali. Senyuman lucu masih tersisa di bibirnya.
" This song is called... Mahu Kemana by Noh Salleh." beritahu Kahar. Aku hanya mengangguk kecil.
Oh, lupa dalam diam
Lupa kuucapkan semua
Terpesonakah
Aku denganmu, juwita?
Oh, masih ku mengawal
Gelora jiwa di dalam
Terpaksa aku
Bertanya untuk jawapanRahang aku terjatuh. Aku tergamam.
Mamat ni boleh nyanyi? Gentle ah? Aku salah dengar ke?
" Woo! Gila ah, power siot kau!" pujiku seraya aku memberikan tepukan gemuruh untuk lelaki itu.
Kahar tersenyum bangga. " Biasa ah, aku memang power pun."
Kata-kata Kahar mengundang tawa aku. Entah kenapa, terasa kelakar. Sempat aku menolak bahu Kahar hingga hampir terjatuh jejaka itu dibuatnya.
" Hoi! Gelak tu jangan duk tolak-tolak orang, boleh ak? Aku lempang kau satgi," marah Kahar.
" Sengaja je nak tolak kau sebenarnya." Aku membalas selamba.
Kahar memandangku tajam sebelum sebelah tangannya naik mencuit hidung gadis itu.
" Nakal lah kau ni, Mayonis."
" Dengan kau je," balasku, tersengih.
Kami berdua tersenyum lebar. Buat seketika, kami hanya berpandangan sesama sendiri.
Sehinggalah Kahar menunjal dahiku dengan kasar.
" Buruknya kau ni, Mayonis. Dahlah, aku nak pergi masak Maggie. Lapar," beritahu Kahar, seraya dia bangun daripada duduknya.
" Tolong masakkan sekali untuk aku, weh!"
" Masak sendirilah, sial!"
__________
MATAKU tercelik. Aku mengeliat kecil sebelum aku bangun daripada perbaringan. Bunyi burung berkicauan menyinggah ke cengkerang telingaku. Rambutku yang kusut masai, aku raup kebelakang.
Aku tak ada mimpi apa-apa.
Aku rasa tenang. Aku rasa segar betul pagi ni.
Aku turun daripada katil, langkahku dibawa ke tingkap bilik. Lantas aku membuka tingkap kayu tersebut. Udara segar menampar pipiku.
Gila cool sia duduk kampung.
Bunyi pintu bilikku di ketuk menyentakkan aku. Aku mendengus kasar.
Ini mesti jantan tak guna tu ni.
Mengacau saja orang nak ambil angin pagi secara aesthetic.
Langkahku bawa ke pintu bilik yang terkunci itu pula.
Sebaik sahaja pintu bilik itu aku buka, muncullah Kahar dengan baju-T yang sama seperti yang dipakainya semalam. Barangkali dia masih belum mandi. Rambut kerintingnya juga masih serabai.
Alahai... Comelnya rambut.
" Hang pasaipa duk ketuk pintu bilik aku pagi-pagi buta ni?" kasar, aku bertanya.
"Umi suruh aku bawak kau jalan-jalan pusing kampung." ajaknya.
Pandanganku dikilaskan kepada jam di dinding. Sekarang pukul 7:32.
" Pagi-pagi buta macamni?" soalku.
" Pagi-pagilah udara segar, mangkuk." Tak pasal-pasal, aku dimangkukkannya.
" Tapi... Aku taknak mandi awal pagi. Sejuk." beritahuku.
" Siapa suruh kau mandi, bengap? Dahlah, jom cepat! Umi suruh beli sarapan sekali. Nanti Nasi Lemak Mak Milah habis!" Dia terus menarik lenganku kasar.
++
anjay dia main tarik tarik tangan pulak
KAMU SEDANG MEMBACA
kahar vs maya
Romance" kita share lah kerusi ni, eh? " @yusraev | 2023 phc fanfic. cringe (sikit).