11 | sesampainya di destinasi

2.1K 180 110
                                    

Aku ada insert loghat Kelantan dekat dalam bab ni

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Aku ada insert loghat Kelantan dekat dalam bab ni.
Jika ada yang tersalah, sila betulkan diruangan komen, tau.

Terima Kasih.

- YUSRA

______________




API.

Aku nampak api.

Kejung. Aku kejung.

Samar-samar, aku ternampak wajah Ibu yang sedang meraung, menjerit. Menyuruhku untuk lari. Menyuruhku untuk selamatkan diri.

Menyuruhku untuk tinggalkan dia.

Otakku buntu. Aku taktahu apa yang patut aku lakukan.

Aku cuba menarik lengan ibu agar dia tidak lagi tersangkut dicelahan batu itu. Ibu menepis tanganku serta-merta.

" Lari, Maya. Lari. Selamatkan diri." Ibu berkata dengan tegas.

Air mataku mula bertakung. Nafasku gali dalam-dalam.

Aku mencuba untuk mengangkat batu yang tertimpa di atas kaki Ibu. Tanganku yang terluka akibat tindakanku itu aku hiraukan saja. Aku terus mencuba, mencuba, dan mencuba.

" Maya bangun, Maya." Samar-samar, satu suara asing terdengar.

" Kalau batu ni terangkat sekali pun, Ibu dah tak boleh nak berlari, Maya. Api dah semakin marak. Maya kena pergi. Maya kena lari." suara Ibu kedengaran sangat sayu menyinggah telinga.

Aku gunakan semua kekuatan yang masih tersisa untuk mengangkat batu yang menimpa kaki Ibu. Luka di telapak tanganku terasa pedih.

Tiba-tiba aku terasa ada satu tangan lain yang menampar lembut pipi kananku.

" Maya, bangun!"

Mataku terbuka. Nafasku tarik dalam-dalam.

Mimpi yang sama lagi.

Aku melilaukan mata kesekeliling. Aku masih mamai kerana baru saja terjaga daripada tidur.

Aku masih didalam bas, dan aku masih terduduk disebelah Kahar.

" Kau mimpi apa, weh?" Kahar bertanya dengan nada suara risau.

Aku mengelip mata beberapa kali.

" Kita dah sampai ke?" suaraku kedengaran sedikit serak.

" Kau okey tak? Kau mimpi apa? Kenapa mata kau berair?" Bertalu-talu soalan yang diberi daripada Kahar.

Aku mengeluh perlahan.

" Aku okey. Aku mimpi kena kejar dengan hantu. Mata aku berair sebab baru bangun dari tidur." Aku menjawab satu persatu soalan Kahar itu.

Semestinya, semuanya yang keluar dari mulutku bohong semata.

kahar vs mayaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang