Setiap hari isnin merupakan perhimpunan rasmi di sekolah itu. Jadi sebagai seorang pengawas sekolah yang bertauliah, Tiara akan menjalankan tugasnya memeriksa setiap pelajar supaya mengikut etika sahsiah rupa diri sebagai seorang pelajar.
Tiba giliran pelajar tingkatan 5 Bijak itu, wajah Tiara mula terasa bahang. Bukan crush tetapi musuh tanpa di undang.
"Kuku?" Budak lelaki itu menunjukkan kedua-dua telapak tangannya.
Pap!
"Sakit la woi!"
"Kau tahu ada perhimpunan kan susah ke nak potong kuku tu?"
"Suka hati aku lah. Kuku kau tercabut ke?"
"Aku tulis nama kau senang! Nanti jumpa cikgu disiplin settle."
"Hey! Kau ingat eh, kau hutang aku sebab kau malukan aku depan kawan-kawan aku."
Harriz Mika!
Ya itulah pelajar lelaki yang degil dan gelaran khas oleh Tiara Quinn. 'Sengal bin biol.'
Setiap kali mereka bertembung mereka akan menyindir satu sama lain. Itu sudah menjadi hobi mereka sejak kes ketuk kuku.
Kring!!! Kring!!!
Tepat jam sepuluh pagi, loceng berbunyi menandakan sudah tiba waktu rehat. Tiara mengambil tempat untuk bertugas menjaga di kawasan kelas pelajar tingkatan 5. Sekali lagi bom meletup!
"Keluar! Tolong keluar dah waktu rehat. Awak tak dibenarkan duduk dalam kelas." Tegur Tiara.
"Kalau aku tak nak?" Dia benar-benar mencabar kesabaran Tiara.
Kebiasaannya pengawas akan rehat selepas waktu pelajar biasa habis rehat. Bagi Tiara, dia lebih selesa membeli makanan seperti biskut di koperasi berbanding makan di kantin.
"Tak rasa muak ke nama dah berlambak dekat bilik disiplin?" Jeling Tiara sebelum berlalu.
"Tak muak selagi tak jadi wallpaper telefon kau." Jeda itu Tiara mengalihkan pandangannya.
"Muka cantik tapi garang macam singa." Perli Hanif sahabat baik Harriz sejak kecil lagi.
"Bapak aku ahli PIBG dekat sekolah ni. I can do whatever I want." Dia memeluk tubuh dan bersilang kali sambil bersandar di pintu masuk kelas.
"Aku tak suka bertekak dengan orang bodoh. So aku ambil nama kau je senang."
"Tahu kau tengah praktis untuk jadi isteri aku tapi tak perlu lah nak tulis nama aku selalu. Hafal je macam ni. Harriz Mika bin Malik Khan. Gitu."
Tiara membalas dengan jelingan maut. Tiba-tiba tangan Tiara ditarik kemas sehingga mereka berpelukan.
"Be my girlfriend, Dovey."
"Dunia ni kiamat sekali pun aku tak akan pilih kau!"
"Lepa-- Lepaskan aku lah!" Dia cuba melepaskan dirinya namun tidak berjaya apabila tangan Harriz kuat mencengkamnya.
Klak! Klak!
"Thank you, Dovey! See you soon." Harriz berlalu pergi. Tinggal Tiara seorang diri di kelas itu.
Pelukan itu dileraikan. Sempat juga Harriz mengenyit mata kearah Tiara yang sudah tidak cukup nafas.
"Buat lah apa pun kau nak asalkan jangan ganggu hidup aku.' Bisik hati kecil Tiara.
YOU ARE READING
HARRIZ MIKA (OG)
RomanceBerkawan sejak di bangku sekolah namun mereka terpaksa berpisah selepas peperiksaan akhir di sekolah tersebut. Tragedi yang menimpa menemukan mereka berdua kembali. TIARA QUINN - Seorang gadis yang tetap pendirian dan tegas dalam setiap tindakan yan...