Cikgu Carol memulakan perbincangan bersama waris setiap pelajar kecuali ibu bapa Tiara. Gadis itu minta untuk merahsiakan daripada ibu bapanya memandangkan keadaan Laura tidak mengizinkan untuk hadir ke sekolah. Ayah Tiara pula, seorang yang tidak pernah ambil peduli tentang anaknya.
"Baik lah, memandangkan semua sudah ada. Saya akan mulakan perbincangan kita pada hari ini...."
"Tunggu! Mana parents Tiara, cikgu?" Tegur Harriz. Dia hairan kenapa hanya warisnya sahaja yang hadir.
"Ibu bapa Tiara tidak sihat. Jadi cikgu yang akan gantikan tempat parents dia." Jawab cikgu Carol.
"Begini encik Hanan dan encik Harraz. Sebenarnya mereka berdua di denda kerana berdasarkan laporan yang saya dapat. Harriz telah memfitnah Tiara dengan mengambil gambar secara berpelukan di kelas sewaktu rehat dua minggu lepas." Cikgu Carol memulakan perbincangan itu dengan menjelaskan mengenai bagaimana mereka berdua di denda dan puncanya.
"Saya... Saya tak fitnah. Memang kami bercinta kan, Dovey?" Harriz mencelah dikala suasana begitu tegang.
"Diam Harriz!" Amaran pertama daripada Harraz. Cikgu Carol menoleh kearah Harriz yang sudah mengunci mulutnya lalu dia menyambung semula bicaranya.
"Selepas kejadian, saya telah memberi amaran kepada mereka berdua sepanjang menjalini denda ini kamu tidak di benarkan mengikut mana-mana aktiviti kelas masing-masing." Jelas cikgu Carol.
"Jadi sepanjang dua minggu ada lagi ke masalah?" Tanya Harraz senada.
"Sayangnya, baru sehari mereka di tahan di kelas, Harriz telah menyimbah sebaldi air yang menyebabkan Tiara kesejukan seharian di kelas dan menyebabkan dia jatuh sakit dan demam."
Jeda. Hanan dan Harraz panas mendengar aduan dari cikgu disiplin itu. Nak kata adiknya orang kurang upaya tidak juga. Mengapalah perangai Harriz tak semegah seperti mereka berdua. Haih!
"Tia..... Tiara, saya minta maaf bagi pihak adik saya." Ucap Hanan sambil memandang wajah gadis itu.
"Tak.... Tak... Harriz tak salah. Saya yang salah sebab tak tolong dia buat latihan. Jadi dia marah pada saya sebab tu dia simbah saya dengan air tu." Terketar-ketar suara Tiara.
'Dovey, kau kenapa baik sangat hah! Kenapa buat aku macam ni?' Bisik hati Harriz. Dia merenung wajah polos gadia itu, dia pelik kenapa Tiara begitu memihak padanya sedangkan dia telah berlaku jahat padanya.
"Kenapa awak masih nak berpihak pada dia?? Dia dah jahat pada awak!!!" Tempik Harraz. Kecut perut Tiara terdengar suara Harraz sudah naik seoktaf.
Keadaan semakin tegang apabila Harraz tidak dapat mengawal emosinya. Harraz bangun dari duduknya. Dia ingin pulang tetapi di halang keras oleh Hanan. Hal ini harus diselesaikan secepatnya supaya dia bisa pulang ke Norway untuk meneruskan kelasnya.
"Baik lah, encik Harraz boleh saya sambung sikit lagi?"
"Silakan cikgu."
"Baiklah! Jadi untuk pengetahuan encik berdua, hari ini adalah hari terakhir mereka di denda. Jadi sepatutnya mereka punya tugasan terakhir, malangnya Harriz telah bertindak agresif dengan meletakkan gam di kerusi Tiara sehingga dia tidak boleh bangun...." Belum sempat cikgu Carol menjelaskan sudah di potong oleh Harraz.
"What!!!!!"
"Encik Harraz sila duduk dulu. Bertenang encik."
"Are kidding me, Harriz??" Kali ini wajah Harraz tidak jauh beza dengan popeye yang kelaparan. Berdesing telinganya mendengar perbuatan keji yang di lakukan oleh Harriz itu.
YOU ARE READING
HARRIZ MIKA (OG)
RomanceBerkawan sejak di bangku sekolah namun mereka terpaksa berpisah selepas peperiksaan akhir di sekolah tersebut. Tragedi yang menimpa menemukan mereka berdua kembali. TIARA QUINN - Seorang gadis yang tetap pendirian dan tegas dalam setiap tindakan yan...