08 | 𐌕𐌉𐌀Ɽ𐌉Ɀ

171 21 38
                                    

Penyampaian hadiah masih diteruskan oleh pengetua sekolah. Setelah semua hadiah bagi semua acara telah di sampai kan. Kini acara kemuncak iaitu sukan bola jaring dan karaoke daripada para pelajar dan guru-guru. Hanya dua acara ini yang melibatkan guru dan pelajar.

Mereka mulakan dengan penyampaian hadiah bagi acara sukan bola jaring. Kumpulan Tiara diumumkan sebagai juara untuk acara sukan keseluruhan tahun ni. Manakala, karaoke dimenangi oleh Harriz Mika and the band.

"Dovey!!!! Tahniah weh, kau menang!"

"Kau pun sama!!!"

"Tak! Kita dua menang weh."

Kedua-duanya tersenyum girang dengan kemenangan yang diraih. Mereka berdua bersorak sakan sehingga lupa yang mereka masih tidak di benar kan mendekati satu sama lain oleh guru disiplin mereka.

Namun mereka lupa ada satu acara mereka tidak dapat mengumpul mata tertinggi. Acara apa lagi kalau bukan lompat tinggi. Habis Tiara main macam zero point mana nak capai mata tertinggi.

"Err... Harriz, lepas ni kita tak boleh borak macam ni lagi." Tegur Tiara senada.

"Siapa cakap?"

"Kan cikgu nak jauhkan kita berdua."

"Kau fikir aku ada masa nak layan permintaan cikgu? Memang tak lah! Chill, Dovey!"

Tiara hanya diam. Dia takut untuk meneruskan hubungan persahabatan yang baru terjalin ini. Andai masa boleh di putar semula, pasti Harriz tidak melukakan gadis itu sheingga di denda sebegini rupa.

"Kalau kau tanya aku, jawapan aku tetap sama. Aku akan tetap ada dengan kau. Bukan untuk membuli kau tetapi aku nak jaga kau sampai kita kahwin."

"Jauh lagi perjalanan kita, Harriz!"

"Sebab jauh lagi aku cakap aku nak kawan dan jaga kau sampai kita kahwin. Jujur dengan aku yang kau pun ikhlas terima aku sebagai kawan kau."

Diam.

"Dovey, cuba kau jujur dengan aku. Kau terpaksa ke buat semua ni dengan aku?" Harriz menunggu jawapan daripada gadis bermata biru itu.

Tiara hanya geleng kepala.

"Kau tak nak usaha untuk teruskan persahabatan kita?"

Diam.

"Kau tak yakin dengan aku?"

Bulat mata Tiara memandang Harriz yang sedikit tinggi daripadanya. Mata biru itu sudah mula berkaca. Tunggu masa untuk melimpah sahaja.

"Aku..."

"Macam ni lah. Aku bagi kau masa untuk berfikir. Aku tahu aku banyak buat silap pada aku. Itu cara aku untuk berkawan. Jika kau boleh bertahan bermakna kau selesa berkawan dengan aku. Jika kau menjauh bermakna kita tidak serasi. Buktinya kita berduet tadi." Bersugguh-sungguh Harriz menjelaskan semata-mata untuk menjaga hubungan mereka.

"Anak-anak terjun ke parit, bermandi manda bersama nenda. Walaupun kejujuran itu perit, kau harus terima dengan hati yang terbuka."

"Tok umi aku menyakitkan hati, bila dia tiada kita pula yang sunyi. Kejujuran itu memang wujud dari hati, tapi aku nak kita kawan sampai mati."

Harriz meninggalkan Tiara sendirian di depan kantin sekolah. Jauh di sudut hatinya sangat menyukai gadis itu namun apakan daya. Syarat yang telah ditetapkan oleh cikgu Carol harus diturutkan.

'Aku minta maaf, Harriz. Aku nak ambil ujian tahun akhir ni. Peperiksaan ini penting untuk aku yang hidup penuh kekurangan. Kalau kau sudah tertulis untuk aku. Pergi la ceruk mana pasti kita akan bertemu kembali.' Omel

HARRIZ MIKA (OG)Where stories live. Discover now