04 | 𐌕𐌉𐌀Ɽ𐌉Ɀ

186 24 30
                                    

Hari ni merupakan hari terakhir mereka duduk sekelas, Harriz banyak mendiamkan diri sejak awal pagi tadi. Kali ini dia lebih serius berbanding hari sebelumnya. Tiara langsung tidak mahu masuk campur urusan Harriz. Setelah tamat hari ini, maka tamat la urusannya dengan lelaki itu.

"Awak, saya nak pergi bilik disiplin kejap."

"Dah tu nak aku teman kau ke?"

"Bukan lah! Orang bagitahu je. Mana tahu nanti awak rindu saya ke? Minggu lepas awak rindu saya tu yang sampai sebaldi air awak siram saya."

BUSH!

Setepek kau kena Harriz. Pelik je budak ni. Selalu dia nampak takut bila berdepan dengan Harriz tetapi kali ini kenapa Tiara seakan ingin mengorat lelaki itu.

"Diam lah. Itu... Haa itu aku tak sengaja nak kacau kau."

"Saya memang baru kenal awak cik sengal tapi perangai awak ni saya cukup faham dah. Suka saya kan. Ceh. Ego betul sengal ni. Mengaku jelah."

"Eh budak cantik ni. Diam lah kau. Blah lahhh, Dovey. Benci lah dengan dia ni." Meleret suara Harriz.

Entah kenapa kali ini Tiara terlebih berani bersuara. Hatinya bersorak riang kerana hari ini adalah hari terakhir dia bersama si sengal itu.

Pemergiannya di pandang kosong oleh Harriz. Ya, dia sudah bertaubat dan ingin berbaik dengan Tiara. Ini semua sebab Harraz. Ikutkan hatinya, dia mahu mengusik lagi Tiara tetapi mendengar keluhan gadis itu tadi membuatkan hati Harriz terusik untuk berubah.

Tok! Tok!

"Cikgu cari saya?"

"Masuk Tiara. Saya ada benda nak bagitahu kamu." Tiara melabuhkan punggungnya di sebelah cikgu Carol.

"Sebenarnya saya ada hal ingin sampaikan pada kamu. Ketua pengawas kamu, Kayden dah jelaskan segalanya pada saya."

"Mak... Maksud cikgu?"

"Dia saksi apa yang berlaku antara kamu dan Harriz di tempat kejadian."

"Oh kenapa baru sekarang dia bagitahu cikgu? Kenapa selepas dua minggu dan selepas saya jatuh sakit?" Perli Tiara perlahan.

"Bukan. Bukan macam tu. Maksud saya, Kayden nampak kamu bersama Harriz pada awalnya dia fikir memang kamu sedang berbual kosong dengan pelajar tetapi sebaliknya pula yang berlaku jadi dia siasat sebelum laporkan pada saya."

"Oh macam tu."

"Maafkan saya, Tiara. Saya bertindak tidak adil pada kamu." Kekesalan di wajah cikgu Carol begitu jelas sekali.

"Tak apa cikgu. Orang miskin macam saya memang layak di tindas. Ada apa-apa lagi ke cikgu?"

Cikgu Carol menggeleng kepalanya tanda tiada apa lagi yang harus dibicarakan. Sebagai guru dia rasa bersalah kerana tidak menyelidik dahulu sebelum menjatuhkan hukuman terutama gadis itu adalah pengawas sekolah. Bukan lah semua pelajar biasa itu jahat dan nakal dan pengawas sekolah terpaling alim sehingga langsung tidak pernah membuat kesalahan.

Walau bagaimana pun sebagai seorang guru dia lebih mengetahui pelajarnya terutama pengawas kerana untuk menjadi pengawas sekolah ia perlu mengikut kursus ataupun kem jati diri dan Tiara langsung tiada rekod disiplin sepanjang dia menuntut di sekolah itu sehingga la hari di mana Harriz dan rakan-rakan membulinya di kelas tempoh hari.

Langkah Tiara lemah saat keluar dari bilik disiplin itu. Remuk hatinya ketika itu, andai cikgu Carol dengar penjelasannya pasti dia tidak terkurung bersama sengal itu.

HARRIZ MIKA (OG)Where stories live. Discover now