03 | 𐌕𐌉𐌀Ɽ𐌉Ɀ

239 30 54
                                    

Dua kali dia berkunjung ke rumah Tiara namun langsung tiada tanda bahawa Tiara ingin memaafkannya. Harriz buntu untuk mencari jalan supaya Tiara bisa maafkan dia. Lemah setiap langkah memasuki ke rumah banglo itu. Harraz sudah tercegat di depan pintu.

"Kau dari mana sengal?" Sapa Harraz di pintu utama.

"Raz, cakap dengan siapa?" Tegur Malik Khan.

"Ni budak sengal ni dah maghrib baru nak balik babah." Jawab Harraz.

"Sudah, jangan nak bergaduh. Pergi masuk dalam siap nak solat jemaah." Arah Malik.

"Monyok je muka tu macam kera busuk. Kenapa buah hati reject kau ke?" Perli Harraz sambil jalan seiring dengan Harriz ke bilik mereka.

"Aku dari rumah kawan. Tadi cikgu minta aku hantarkan buku latihan pada dia." Harriz tertunduk lemah. Ingin menangis anak jantan.

Hatinya betul-betul terasa bila diperlaku seperti orang asing oleh Tiara tadi. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata padah akibatnya. Itulah pepatah yang sesuai untuk si sengal ni. Malik pandang dari ekor matanya sehingga kedua-dua anaknya hilang dari pandangan.

Harriz merenung lama pada skrin telefon. Terlintas nama Senah difikirannya. Senah sahaja boleh bantu dia kali ini.

Dia mendail nombor telefon Senah, kawan sekelas Tiara. Walaupun gadis itu tidak menyukai Harriz mendekati Tiara tetapi dia punya firasat yang Harriz mampu menjaga dan melindungi Tiara suatu hari nanti. Bukan sekarang lah. Sekarang waktu Harriz membuli. Ewah cantik muka kau senah!

★✪ Harriz Macho ✪★

'Hello Senah!'

🙂 𝚂𝚎𝚗𝚊𝚑 𝟻 Berlian🙂

'Kau nak apa sengal?'

★✪ Harriz Macho ✪★

'Boleh bagi aku nombor telefon Tiara?'

🙂 𝚂𝚎𝚗𝚊𝚑 𝟻 Berlian🙂

'Dia tak ada telefon.'

★✪ Harriz Macho ✪★

'Kau biar betul? Sekarang dah masuk tahun kereta terbang tau. Tak mungkin Tiara tiada telefon langsung?'

🙂 𝚂𝚎𝚗𝚊𝚑 𝟻 Berlian🙂

'Dia pakai public phone je.'

★✪ Harriz Macho ✪★

'Amboi Senah. Aku tahu aku macam bangang-bangang tapi aku tak bodoh ya. Cepat la bagi. Nombor telefon mak dia pun tak apa lah. Aku ada urusan dengan dia ni.'

🙂 𝚂𝚎𝚗𝚊𝚑 𝟻 Berlian🙂

'Aku rasa kau bukan bangang, sengal je tapi memang kau bodoh pun.'

★✪ Harriz Macho ✪★

'Senah, aku tak banyak masa. Tolong bagi kerjasama dengan aku. Ni antara hidup dan mati weh!'

🙂 𝚂𝚎𝚗𝚊𝚑 𝟻 Berlian🙂

'Sengal, macam ni lah. Aku boleh je tolong kau tapi kau kena janji berhenti buli Tiara. Kalau betul kau suka dia. Mengaku jelah! Jangan sampai Kayden dah dapat. Kau sendiri yang ternganga.'

Harriz diam seketika. Betul ke apa yang Senah cakap? Tak mungkin aku suka pada Tiara?

★✪ Harriz Macho ✪★

HARRIZ MIKA (OG)Where stories live. Discover now