07 | 𐌕𐌉𐌀Ɽ𐌉Ɀ

211 28 49
                                    

Lima belas minit perlawanan tamat untuk separuh masa pertama. Tiara mencari si sengal namun masih tidak kelihatan. Mahu atau tidak dia duduk berehat bersama pemain lain sementara menunggu pengadil panggil untuk meneruskan permainan separuh masa lagi.

"Tiara, betul ke kau dengan Harriz bermusuhan? Sejak bila?" Sapa salah seorang pelajar yang juga mewakili pertandingan bola jaring.

"Ma.. Mana adalah. Aku okay je dengan dia." Jawab Tiara dengan tenang namun hati sudah mengomel macam-macam.

"Hey, pompuan! Kau dengar sini eh, Harriz tu aku punya. Kau jangan semak nak potong line aku! Kalau aku tahu kau sebenarnya ambil kesempatan dengan dia. Siap kau!!!" Ugut pelajar yang entah datang dari mana.

"Kau siapa eh? Kau sekolah sini ke?" Ingat Tiara nak diam, jangan harap lah.

Gadis itu tersentak dengan kata-kata Tiara sebentar tadi. Ini sudah melampau. Belum ada lagi mana-mana pelajar yang berani melawan dia selama ini. Tangan kiri sudah di angkat untuk memukul Tiara tiba-tiba wisel berbunyi menandakan pengadil sudah memanggil masuk ke dalam gelanggang semula.

"Girls! Aku tak hamak dengan dia. Kalau kau rasa aku terhegeh-hegeh dengan dia maksudnya dunia nak kiamat. Pergi tanya dia siapa yang dia pilih bukan malukan diri kau mengaku yang dia kekasih kau. Chaw!" Panas seluruh wajah pelajar tidak berapa siuman itu apabila di tegur oleh Tiara depan khalayak ramai. Tiara hanya geleng kepala. Mengarut betul!

Selesai acara bola jaring, mereka sudah hampir dengan majlis penutup hari sukan sekolah untuk tahun itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selesai acara bola jaring, mereka sudah hampir dengan majlis penutup hari sukan sekolah untuk tahun itu. Sebelum majlis penutup membuka tirai, juruacara mengumumkan untuk acara terakhir iaitu pertandingan menyanyi. Harriz adalah salah seorang peserta pertandingan itu. Dia menghampiri jejaka itu. Tiara berharap yang Harriz tidak melakukan hal yang aneh-aneh.

"Harriz, ka... Kau okay?" Tegur Tiara.

Jeda seketika.

"Tak apa lah. Aku duduk dekat sana. Anyway, thank you for this." Gadis bermta biru itu menunjukkan botol air di tangan.

"Kau.."

"Haa apa dia?" Laju Tiara menoleh.

"Kau suka Kayden ke? Kalau kau suka pergilah. Aku tak suka kacau hak orang." Sebaris kata nampak macam biasa tetapi dalam maksudnya lebih lagi pada Tiara.

"Harriz... Ikut kau lah. Aku tak suka angkat bakul sendiri sebab aku tak setanding untuk berdiri di sisi kau mahupun Kayden. Bye." Lemah langkah Tiara melangkah menuruni anak tangga hingga ke kawasan pelajar berkumpul.

Belum sempat menarik nafas lega, Tiara terbungkam dengan kata-kata Harriz tadi. Pantas sahaja Harriz tidak menunggunya di gelanggang. Rupanya sedang menyiapkan diri untuk acara nyanyian. Harriz bukan seperti yang di lihat ketika ini, pasti ada sesuatu yang berlaku sepanjang dia di dalam gelanggang.

HARRIZ MIKA (OG)Where stories live. Discover now