06 | 𐌕𐌉𐌀Ɽ𐌉Ɀ

199 23 26
                                    

Jam di dinding menunjukkan tepat jam enam lima puluh pagi. Kelam kabut Tiara bersiap untuk ke sekolah. Dia berlari seperti merentas desa menuju ke sekolahnya. Pengawas apa ni datang lambat.

'Alamak! Dah lambat.'

Pintu pagar sekolah hampir di tutup oleh Kayden. Termengah-mengah dia berdiri di depan pintu pagar itu.

"Tun..... Tunggu.. Kayden. Uh! Tunggu saya.." Teriakan Tiara di dengari oleh semua pelajar yang berada di tapak perhimpuanan.

"Ya Allah Tiara. Slowly. Kenapa macam kena kejar hantu je ni?"

"Kayden maaf saya terlambat. Nasib baik awak yang jaga. Boleh bagi saya masuk?" Tanya Tiara yang masih mengatur nafasnya.

"Masuklah. Masih ada waktu lagi sebelum perhimpunan bermula." Ajar Kayden. Tiara melangkah perlahan sambil menarik nafas perlahan-lahan.

Dia mengorak langkah menuju ke tapak perhimpunan namun langkahnya terhenti apabila terlihat sosok tubuh Harriz sedang bersandar di dinding dewan peperiksaan yang bersebelahan dengan tapak perhimpunan sekolah itu.

"Tepi, saya dah lambat!"

Harriz masih tenang menghalang laluan gadis itu.Dia tahu Tiara tidak akan bertindak lebih daripadanya.

"I said! Move! Awak pekak ke?" Tubuh Harriz ditolak kasar. Ingat jangan main-main dengan gadis yang lemah lembut sepertinya.

"Wooo... Wooo.. Relax, Dovey! Aku tak usik kau pun." Harriz cuba berlagak tenang walaupun dia sebenarnya terkesima dengan tindakan gadis itu.

Harriz memandang sekilas wajah cantik itu. Dia cuba meneroka seluruh wajah Tiara. Cantik! Tiada cacat cela langsung. Namun dia perasan sesuatu di wajah Tiara yang mungkin pelajar lain tidak dapat melihatnya secara dekat. Tanda lahir Tiara yang berbentuk bintang di bawah dagu runcingnya. Untuk mengelakkan Tiara perasan akan renungan tajam Harriz itu dia sengaja dia menarik lalu di baling ke tong sampah. Terbuntang mata Tiara bila rambut ikal mayang itu terlepas dari getah rambutnya.

Wajah Tiara lebih cantik  bila rambutnya dilepaskan.

"Hey! Bagi bali...."

Getah rambut itu sudah selamat masuk ke dalam tong sampah. Harriz masih bisa tersenyum  seperti orang tidak bersalah langsung dengan tindakannya.

"Apa masalah awak eh? Gila ke? Ke otak tinggal dekat rumah?"

"Getah tu buruk!"

"Kenapa buang? Awak ingat saya banyak duit ke nak beli baru?" Soalnya sinis.

"Murah je getah tu, Dovey. Aku boleh je belikan sepuluh untuk kau, sayang." Meluat Tiara dengar ucapan Harriz itu. Rasa nak muntah hijau je. 

"Dovey, kau cantik bila tak ikat rambut. Just let it go. Tak perlu ikat lagi. Kalau kau nak tahu, ikat rambut boleh merosakkan rambut dan akar dia sekali. Kau nak botak?"

"Kalau botak pun Kayden keding tu pun tak nak kau tau. Aku je sanggup terima kau. Jadi dengar la nasihat kanda ni dinda." Omel Harriz. Tahu-tahu dia paling kebelakang kelibat Tiara sudah hilang dari pandangannya.

"Lantak kau lah labu. Malas layan orang gila."

Dia nampak Harriz sedang mengejarnya di arah belakang. Sengaja dia membiarkan pelajar lelaki itu mengekori semahunya. Malas mahu melayan kerenah Harriz yang tak faham bahasa itu.

Pap!

"Uhu!!! Huh!! Adeh!! Haus!! Dovey, tolong CPR aku weh. Aku tak boleh bernafas ni." Pintanya berkali-kali. Hampir terbongkok dia mengatur nafasnya perlahan-lahan. Tangan kekar Harriz laju di letakkan di atas bahu Tiara dari arah belakang. Gadis itu menoleh menghadap Harriz yang masih termengah-mengah

HARRIZ MIKA (OG)Where stories live. Discover now