10 | 𐌕𐌉𐌀Ɽ𐌉Ɀ

272 22 13
                                    

Keesokan harinya, Harriz menunggu Tiara di tapak perhimpunan. Dia sengaja berpakaian selekeh supaya dia dapat bertemu dengan gadis itu di bilik disiplin. Malangnya nasib Harriz tidak menyebelahinya, dia di tahan oleh Kayden. Puas dia mencari gadis bermata biru di seluruh ceruk sekolah namun tetap tidak kelihatan. Rupanya Tiara tidak hadir ke sekolah pagi itu.

Seharian berada di sekolah seperti seribu tahun. Lama sungguh nak tunggu waktu balik sekolah. Jam di tangan di kerling berkali-kali. Hati mula lah gundah gulana bila kesayangan tidak kelihatan depan mata.

Akhirnya loceng mula kedengaran ini bermakna waktu sekolah sudah tamat. Harriz bergegas ke rumah Tiara. Dia hanya melihat rumah Tiara dari jauh. Dia berfikir-fikir bagaimana untuk menegur si gadis bermata biru. Perasaan gugup juga menyelubungi dirinya ketika ini. Sejak bila Harriz pandai rasa gugup bila berdepan dengan perempuan? Sejak dia rasa dia bukan jomblo lagi.

Tiba-tiba dia ternampak Kayden keluar dari rumah Tiara. Lagi panas hati Harriz melihatnya. Pelbagai soalan muncul di fikirannya. Ini tidak boleh jadi, dua bulan lagi peperiksaan akan bermula. Dia tidak punya waktu yang banyak untuk mendekati gadis itu. Kalau bukan sekarang bila lagi waktunya untuk mendekati Tiara.

Setelah kelibat Kayden hilang dari pandangannya, Harriz cepat keluar dari perut kereta dan terus meluru ke rumah Tiara.

Tok! Tok!

Tok! Tok!

Tangan kanannya memegang bungkusan makanan khas buat si cantik manis. Manakala, tangan kirinya di seluk di dalam kocek seluar. Dia cuba berlagak tenang untuk bertemu gadis pujaannya.

"Ya Allah, apa lagi ni, Kayden?" Tiara merengus kasar. Naik menyampah pula nak jumpa ketua pengawas ni.

"Tiara..... Hmm.. Assalamualaikum. Garangnya kau ni." Harriz memberi salam. Sopannya dia. Tak pernah lagi dia nampak riak wajah Tiara yang jelas dia sangat benci pada Kayden.

"Eh, Harriz sorry, Ingat Kayden tadi. Awa- Awak buat apa dekat sini?" Kepalanya menjengah sekeliling risau juga jika ada yang menyibuk.

"Nah, bubur untuk kau. Aku yang masak ni tau." Ujarnya sambil menghulurkan bungkusan itu.

"Tak tanya pun." Mencebik terus muka Tiara.

Tanpa berfikir panjang, Tiara menyambut huluran jejaka sengal itu serta merta. Entah kenapa hati ini begitu tenang melihat Harriz saat ini. Harriz senyum segaris bila hulurannya di sambut baik oleh gadis cantik. Hai cik Tiara pun tunggu kehadiran si dia ke?

"Kenapa kau tak datang sekolah? Kau sakit apa?" Soal Harriz.

"Saya sihat. Mummy yang tak sihat. Tak ada orang nak jaga dia."

"Kau dah bawa jumpa doktor?" Tiara geleng dan tertunduk kepalanya. Dia sendiri tidak mampu menanggung kos perubatan itu.

"Kau tunggu kejap dekat sini." Harriz mengeluarkan telefonnya dan mendail nombor telefon doktor Alma. Doktor yang di tugaskan merawat ahli keluargaya.

"Telefon siapa?"

"Kejap lagi doktor datang untuk periksa mummy kau."

"Ish Harriz, kos tu pasti tinggi dan mahal. Tak apa nanti saya bayar pada awak eh."

"Aku tak nak kau ganti dengan duit." Tercengang Tiara. Kedua-dua keningnya bercantum.

"Maksud awak?" Berkerut hati si cantik.

"Kita urus kan mummy kau dulu. Kemudian kita bincangkan hal kita." Pujuk Harriz. Jarang nampak Harriz serius dalam sesuatu hal namun Tiara hanya menurut arahan jejaka itu sahaja.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 01, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HARRIZ MIKA (OG)Where stories live. Discover now