[Beomgyu pov]
Mana Hyejin ni? Sudahlah sekarang tengah hujan. Kalau aku balik tapi tak ada Hyejin sekali, habis aku kena bebel dengan eomma.
Puas aku mencari di sekitar sekolah. Tetapi, tetap tidak ada si Hyejin. Haih..
"Wuhuu! Haha, seronoknya! Yeayy!" Itu macam suara Hyejin-
Aku melangkah mengikuti arah suara tersebut. Dan, ya. Hyejin sekarang tengah bermain melompat lompat dalam lopak air.
Payung kuning yang sentiasa ditangan, aku pegang erat. Angin sangat kuat hari ini.
"Hyejin!" Serta merta Hyejin yang sedang bersuka ria itu berhenti melakukan aktivitinya.
"Apa awak buat ni? Awak nak demam ke? Awak tak kisah kalau eo-
"Hachhumm!" Hyejin mengelap hidungnya menggunakan kain lap tangan yang sudah basah ditimpa hujan.
sesungguhnya wawa tak pandai nak buat sound effect
"Ha, kalau awak bersin ni, dah nak demam lah awak nanti." Hyejin menunduk ke bawah.
Aku mendekati Hyejin, lalu mafela yang sentiasa dipakai oleh aku ditarik panjang sedikit dan dililitkan sekali pada leher Hyejin.
( Beomgyu dan Hyejin pakai mafela yang sama, sebab mafela tu panjang. kalau tak faham jugak, sila tanya orang di sebelah anda. Sekian ;)
"Pakai mafela tu, jangan tanggalkan. Sini, dekat sikit dengan saya." Aku menggenggam tangan Hyejin menggunakan tangan kiri dan tangan kanan memegang payung.
Kami berjalan berdua untuk pulang ke rumah.
Dalam perjalanan itu, kami memutuskan untuk diam sahaja. Tiada niat langsung ingin berkata sesuatu.
"G-gumawo, Beomgyu." Aku hanya membalas dengan senyuman.
"Balik nanti, terus mandi okay? Jangan terus tengok tv macam selalu." Bibir Hyejin dimuncungkan. Aku hanya ketawa.
"Saya taknak kawan dengan awak."Hyejin berlari memasuki rumah. Aku hanya melihat.
"Dah kenapa Hyejin tu, Beomgyu? Ah, kenapa baju kamu basah ni? Baju Hyejin pun sama. Dia main hujan lagi ke ni? Nak kena budak bertuah tu."
"Eh, eomma. Tak, Hyejin tak main hujan pun. Tadi time kitaorang nak balik, kan hujan lebat tadi. Ada satu kereta bawa laju sangat. Habis kitaorang kena lopak air."
"Haih, orang zaman sekarang ni. Suka sangat bawa kereta laju laju. Hujan pun nak bawa laju laju! Nak mati cepat ke apa? Dah, Beomgyu. Kamu pergilah tukar baju sana. Nanti makan ya? Panggil sekali si Hyejin tu."
"Okay eomma."
.
.
.[Hyejin pov]
Tok!Tok!Tok!
"Hyejin ah, boleh saya masuk?" Tanya Beomgyu dari luar pintu.
"Masuklah." Beomgyu masuk bersama ubat dan air. Dia meletakkan ubat tersebut di atas meja.
Tangannya menyentuh dahi aku.
"Nampak ni, awak dah demam. Bosanlah saya esok kalau awak tak sekolah."
"Awak, eomma ada tanya tak tadi pasal saya basah lencun tadi? Sebab saya rasa, eomma nampak tadi."
"Ada."
"Habislah saya, mesti kena marah lagi dengan eomma." Aku sudah mula resah.
"Eomma takkan marah awak."
Aku melihat wajah Beomgyu. "Kenapa pula? Sebelum ni, bukan main lagi eomma tarik telinga saya, tak bagi saya makan semalaman dengan kena tidur luar. Dahlah waktu tu tengah musim sejuk."
Ya, ketika kecil dahulu, aku sangatlah degil. Selalu membuat eomma marah akan ku. Tetapi, setiap kali eomma membebel, itulah part yang aku suka.
Diibaratkan suara eomma itu seperti mengajak aku bermain dan membuat nakal lagi.
Sebab itu, aku selalu tidur di luar dan dimana mana sahaja.
Beomgyu gelak kecil. "Saya bagitau eomma yang kita terkena lopak air sebab ada kereta bawa laju, then kena kita."
"Kenapa awak baik sangat dengan saya? Maksudnya, yelah kenapa awak kena tipu eomma pasal saya? Kenapa- kenapa awak tak terus terang je dengan eomma yang saya sebenarnya memang mandi hujan pun tadi?"
Beomgyu menggunakan jarinya untuk diletakkan di dagu seperti sedang berfikir.
"Sebab kalau saya jahat dekat awak, nanti awak menangis pulak. So, sebab tu saya layan awak baik."
"Eee, mana ada! Saya takkan menangislah."
"Ye ke? Dulu kan, ada seorang budak perempuan tu, dia menangis tau bila saya kata dia tak cantik. Terus dia masuk bilik, merajuk dengan saya lepastu cakap saya jahat."
Merona merah pipi aku dibuatnya. Itu kisah lama, kenapa kena ungkit!
"Dahlah, awak keluarlah." Aku menolak tubuh badan Beomgyu.
"Kalau saya cakap tak nak keluar?"
"Saya panggil eomma."
"Saya tak takut dengan eomma." Beomgyu menyilangkan tangannya.
"Apa masalah awak? Saya suruh keluar kan- A-apa awak buat n-ni.." Aku mengundurkan diri sehingga ke hujung katil dan bersandar di dinding.
"Apa masalah saya? Hurmm, saya nak tanyalah.. Apa yang awak cakap time dekat sekolah tadi? Awak- cemburu?"
Jantung aku mula berdegup kencang apabila wajahnya begitu dekat dengan aku.
uhurm.. wawa nak minta tolong sikit ni.
bantu wawa promote fanfic yini boleh¿
hehe, thank you <3
YOU ARE READING
umbrella ; choi beomgyu [✔️]
Romance*·。💫*──── beomgyu has a sad past, and he meets a girl who has changed his life. [ malay fanfic ] ❁