[Hyejin pov]
Aku menatap wajah sedih budak lelaki itu. Aku sangat terkejut mendengar cerita dari dia.
Bagaimana seorang kanak kanak boleh menerima nasib sebegitu?
"Jadi, kamu disini kerana ayah kamu meninggalkan kamu?" Tanya eomma lembut, tidak mahu melukakan perasaan budak lelaki itu.
Budak lelaki itu hanya mengangguk.
"Nama kamu apa?"
"Choi Beomgyu."
"Ah, sedap nama kamu. Beomgyu ah, ahjumma ingin meminta maaf atas perbuatan anak ahjumma ya. Hyejin, minta maaf dekat Beomgyu."
Mata eomma memandang tepat ke anak mata aku.
"Urmm, awak. Saya minta maaf. Sebagai tanda maaf, nah saya hadiahkan awak payung ni. Harap awak suka."
Beomgyu memandang aku dengan wajah tidak percaya.
Aku mencapai tangan Beomgyu.
"Nah, ambiklah. Saya minta maaf dekat awak sebab kasar dengan awak tadi."
"Gumawo."
"Ah, siapa nama awak?" Tanya Beomgyu.
"Nama saya Kim Hyejin."
"Hai, Hyejin. Terima kasih beri payung ni dekat saya."
"Sama sama."
"Ha, kan bagus macam ni. Janganlah bergaduh. Tak seronok lah macam tu." Tutur eomma.
"Betul tu. Ah, disebabkan kamu berdua sudah tidak bergaduh, saem nak bagi cookies! Siapa nak?"
Laju Beomgyu dan Hyejin mengangkat tangan.
"Saya! Saya!"
"Ha, kalau macam tu, jom kita turun!"
"Yeah!!"
.
.
."Bye, Hyejin! Jumpa lagi!" Beomgyu melambaikan tangan kepada Hyejin yang kini berada di dalam kereta.
"Bye, Beomgyu! Ya, kita akan jumpa lagi! Bye!" Hyejin melambaikan tangannya juga.
Kereta eomma mula meluncur laju meninggalkan perumahan tersebut.
"Eomma, kita akan pergi sana lagi tak?" Kataku sambil tangan bermain anak patung yang diberi Beomgyu tadi.
Eomma tergelak kecil. "Kenapa kamu tanya, bukan sebelum ni kamu tak suka ke nak pergi? Bila eomma ajak pergi je, mulalah kamu mengeluh lah, kata bosanlah, tempat tu kotor lah, macam macam lagi lah."
"Alah eomma, jawablah soalan Hyejin dulu. Kita pergi sana lagi tak?"
"Urmm, tengoklah nanti."
"Okay."
YOU ARE READING
umbrella ; choi beomgyu [✔️]
Romance*·。💫*──── beomgyu has a sad past, and he meets a girl who has changed his life. [ malay fanfic ] ❁