Kini, kami berdua sedang berdiri tegak menghadap eomma di sofa.
Kepala sentiasa ditundukkan ke bawah, takut untuk menatap kedua anak mata milik Puan Kim itu.
"Boleh eomma tanya, kenapa kamu berdua tidur bersama? Beomgyu, kata semalam nak bagi makan je kan?"
Kedua kanak kanak masih belum cukup umur itu menelan air liur.
"Eomma bercakap dengan orang bisu ke sekarang ni?"
"Tak, eomma." Tutur Hyejin serta Beomgyu.
"Lepastu bila eomma tanya tu, jawab lah. Susah sangat ke?"
Hyejin memandang Beomgyu. Apakah mereka sepatutnya memberitahu bahawa mereka mempunyai hubungan selain adik beradik yang dianggap oleh eomma selama ini?
Sepertinya, jika mereka beritahu.. Pasti mereka akan dihalau keluar bukan? Tidak pun, antara salah seorang yang akan keluar-
"Eomma, Beomgyu dengan Hyejin.. We loving each other." Tutur Beomgyu dengan lancar dan itu membuatkan aku terkejut dengan pengakuan Beomgyu.
Apakah reaksi eomma?
"Sejak bila?"
"Semalam."
"Seriously, just semalam? Bukan dah lama? Hyejin?" Pandangan maut eomma aku tatap dengan gugup.
"Ya, eomma- Sejak semalam." Eomma memandang Beomgyu dan aku berkali kali.
Sepertinya ingin membandingkan yang kami seperti langit dan bumi?
"Eomma rasa perkara ini adalah terlalu awal. Tetapi-
"Eomma gembira mendengarnya." What?
Eomma ketawa kecil. "Eomma suka kalau Beomgyu yang jadi pendamping hidup Hyejin. Lega eomma, sebab eomma percayakan Beomgyu untuk jaga Hyejin. Betul kan, Beomgyu? Kamu akan jaga Hyejin? Sayang Hyejin sama dengan kasih sayang yang eomma beri pada kamu berdua?"
"Ya, eomma. Beomgyu akan jaga Hyejin, sayang Hyejin sama dengan kasih sayang yang eomma bagi."
Eomma tersenyum. "Anak anak eomma dah besar dah. Sini, eomma nak pelukan kasih sayang dari kamu berdua."
Aku dan Beomgyu memeluk tubuh eomma erat. Eomma mengusap kepala kami berdua.
"Beomgyu, jaga Hyejin baik baik ya?"
"Ya, eomma."
.
.
.Semenjak hubungan kami berdua sudah diterima oleh eomma, sehinggakan eomma ingin menetapkan tarikh perkahwinan lagi..
Aku sering tidur bersama Beomgyu. Aip, tidur je tau! Jangan travel sangat..
"Hyejin ah~" Tutur Beomgyu meleret.
"Ya.. Kenapa?"
"Sinilah, saya nak tidur ni." Beomgyu mendepakan tangannya. Aku menghampiri Beomgyu dan memeluknya.
Entah kenapa, semenjak kami berdua ingin graduasi.. Beomgyu semakin manja.
Dia sering berkata yang selepas tamat graduasi, dia ingin bekerja dan mengahwini aku.
Dia tidak mahu mengharapkan duit eomma, dia mahu hasil usahanya sendiri.
Dia mahu membina rumahnya sendiri untuk aku dan anak anak tinggal bersama.
Sedangkan, dia baru berumur 19 tahun, tetapi dia sudah memikirkan masa depan.
Aku sangat bangga memiliki Beomgyu.
"Hyejin, jomlah tidur." Aku mengangguk dan Beomgyu mula menarik tubuhku agar dapat berbaring di sebelahnya.
Kepala aku letakkan di dada bidang milik Beomgyu.
"Awak, esok kita graduate. Saya dah tak sabar nak kerja!"
Aku tergelak kecil mendengar celoteh Beomgyu. "Ya, esok kita graduate. Tapi, janganlah lepas je awak dah dapat sijil nanti terus awak berlari pergi apply kerja. Tinggalkan saya sorang sorang dekat sana, ambik gambar sorang sorang."
"Eish, awak ni. Mana ada. Saya mana boleh tinggalkan kesayangan saya ni sorang sorang." Beomgyu mengucup dahiku lembut.
selamat pagi everyone <3
yang nak ambik spm tu, jangan lupa ambik breakfast dulu, and selalu minum air mineral. anw, hwaiting for all 05' batch !!
YOU ARE READING
umbrella ; choi beomgyu [✔️]
عاطفية*·。💫*──── beomgyu has a sad past, and he meets a girl who has changed his life. [ malay fanfic ] ❁