kiss ?

75 25 42
                                    

[Beomgyu pov]

Aku tidak tahu kenapa, apabila dalam keadaan yang sangat dekat ini dengan Hyejin..

Aku sangat suka.

Lebih lagi apabila melihat wajah kemerahan Hyejin berserta wajahnya sangat cantik apabila dilihat dengan lebih dekat.

Aku menyentuh pipinya dan merenung anak matanya yang berwarna coklat hazel itu.

She's so beautiful and looks perfect.

Entah apa yang merasuki diri aku, perlahan aku meragut bibir merah Hyejin kemudian aku menjarakkan diri.

Kelihatan Hyejin sangat kaku. Aku juga tidak sedar bagaimana aku sangat berani ingin mencium anak orang.

Barangkali, aku terlupa yang Hyejin memiliki eomma yang garang.

"Hyejin! Beomgyu! Bila kamu nak turun makan ni? Nak eomma naik atas ke, heret kamu berdua turun?"

"Sekejap eomma! Gyu turun nanti!"

Aku melihat wajah Hyejin. "Turun tau nanti. Nanti eomma marah." Aku turun dari katil dan menuju ke pintu bilik Hyejin.

Aku mula keluar.

.
.
.

[Hyejin pov]

Aku berlari ke tandas. Paip sinki aku buka dan mula membasuh muka aku berkali kali.

Apa yang berlaku tadi hanyalah mimpi bukan?

Ahh! Apa yang sudah merasuki anak bermarga Choi itu?

Aku terimbas kembali saat Beomgyu menyentuh bibir aku. Oh, my first kiss!

Adakah aku sudah berdosa dengan Tuhan?

Aku baring semula ke katil. Bantal menjadi mangsa untuk dipukul, digenggam dan dicubit oleh aku.

Semua ini adalah gila!

.
.
.

"Mana Hyejin, Beomgyu?" Tutur eomma yang sedang mengelap pinggan menggunakan kain.

"Kejap lagi dia turun." Beomgyu menarik kerusi lalu dia mula mengambil mangkuk berisi sundubu jjigae.

Bunyi tapak kaki yang sedang turun dari tangga itu aku pandang.

"Hyejin ah, jom makan sama sama." Tuturku diiringi senyuman.

"Eomma, Hyejin tak nak makan tau. Tekak Hyejin sakitlah. Mian eomma." Hyejin berlari semula masuk ke biliknya.

"Kalau sakit tekak, jangan lupa makan ubat Hyejin ah!" Laung eomma.

"Arrasseo!"

.
.
.

[Beomgyu pov]

Disebabkan hari ini Hyejin demam, aku terpaksa pergi ke sekolah seorang diri. Dahi Hyejin sangat panas pagi tadi.

Seperti baru dituang dengan air panas di dahi Hyejin. Eomma sekarang tengah menghantar Hyejin ke klinik.

Harap harap Hyejin kembali sembuh.

Jadi, disebabkan aku keseorangan di sekolah ini, aku hanya berdiam diri. Tidak mahu langsung ingin berbicara bersama rakan yang lain.

Kringggg!!!

umbrella ; choi beomgyu [✔️]Where stories live. Discover now