umbrella shop

96 23 46
                                    

Satu!
Dua!
Tiga!

Reben digunting oleh Beomgyu serta Hyejin. Kesemua yang hadir mula menepuk tangan mereka.

Akhirnya, terasmilah kedai payung milik Beomgyu dan Hyejin yang telah diberi nama iaitu Beo & Hye Umbrella Co.

Beomgyu memandang papan tanda kedai itu. Dia ingin membuka kedai payung itu adalah kerana dia ingin menyimpan perasaan rindu terhadap appanya.

Tangan Hyejin diletakkan di atas bahu milik Beomgyu.

"Jom kita masuk kedai?" Tutur Hyejin lembut. Beomgyu hanya mengangguk. Tangan Hyejin dipegang lalu mereka mula masuk ke dalam kedai bersama.

.
.
.

35 tahun berlalu...

"Ahjussi! Saya nak beli payung warna kuning tu." Tangan seorang kanak kanak perempuan dihadapannya itu menunjukkan arah payung kuning yang berada di belakangnya.

Beomgyu melemparkan senyuman. Perlahan dia mencapai rak payung yang berwarna kuning itu.

"Jieun, kamu jaga ya payung ni baik baik. Kalau payung boleh jaga kamu dari terkena hujan, jadi kamu pun mesti boleh jaga payung ni, bukan?"

"Okay ahjussi! Jieun janji akan jaga payung ni baik baik!"

"Baik, ahjussi percayakan Jieun. Nah, ni payung Jieun."

"Terima kasih ahjussi! Nah, ini duitnya." Kanak kanak itu meletakkan duit berjumlah 5 won di meja kaunter.

"Terima kasih, Jieun ssi."

"Sama sama ahjussi Gyu! Bye bye!"

Beomgyu melihat Jieun yang keluar bersama payung kuning tersebut. Tangan kecil itu mula memegang tangan eommanya yang sedang menunggu di luar kedai.

Jieun melambaikan tangannya ke Beomgyu. Beomgyu membalas lambaian tersebut.

Setelah bayang Jieun tidak lagi kelihatan, Beomgyu memasukkan wang yang Jieun beri tadi ke dalam laci.

Beomgyu mula berjalan ke stor belakang, untuk mengambil semula payung yang sudah kosong hasil dari pembelian oleh Jieun.

Beomgyu meletakkan payung di rak payung. Sedang dia menyusun itu, dia ternampak seorang lelaki tua yang sedang memakai mafela kuning serta- payung kuning!

Beomgyu berjalan keluar dari kedainya menggunakan tongkat. Dia mencepatkan langkahnya, agar appanya tidak meninggalkan dirinya.

"Appa! Tunggu Beomgyu!"

Namun, kaki Beomgyu tidak kuat seperti dahulu. Akhirnya, Beomgyu terjatuh.

Beomgyu melihat depannya, dia memandang appanya yang semakin jauh.

Air mata Beomgyu tumpah.

"Awak! Kenapa awak jatuh ni." Tutur Hyejin dengan kerisauan. Tangan Hyejin mengelap air mata di wajah tua milik Beomgyu.

"Awak nampak lagi appa awak ke?" Soalan Hyejin itu dianggukkan Beomgyu.

Hyejin memeluk Beomgyu. "Saya faham perasaan awak. Tapi, kita sama awak. Eomma saya juga dah tiada sama dengan awak. Saya pun rindukan eomma. Jadi, awak jangan sedih macam ni, nanti saya menangis tau."

Beomgyu mengeratkan pelukan. "Maafkan saya ya, sayang? Okay. Saya tak nangis lagi. Nampak ni, saya tengah senyum!"

Beomgyu menunjukkan senyuman tuanya. Hyejin tergelak kecil melihat gigi palsu Beomgyu yang hampir terkeluar itu.

"Kenapa sayang gelak?"

"Tak ada apa. Jom kita balik kedai semula? Mesti ada pelanggan tengah menunggu."

"Ah, okay." Hyejin menghulurkan tangannya kepada Beomgyu.

Mereka berjalan bersama sama. Hyejin meletakkan kepalanya di bahu Beomgyu.

Mereka menikmati kehidupan bersama sama sehingga tua. Banyak perkara berlaku dalam perkahwinan mereka, namun mereka tetap menghadapinya bersama.

THE END







⠂⠄⠄⠂⠁⠁⠂⠄⠄⠂⠁⠁⠂⠄⠄⠂

thanks for all yang baca fanfic ini.
sumpah, wawa appreciate gila dekat korang !!

sayang korang ketat ketat !

disebabkan wawa sayang korang, wawa janji wawa akan pub fanfic baru. siapa nak baca?

kalau nak, sila tunggu~

anw, thank you again <3
bye !!

© hynjnirett_ 2023

umbrella ; choi beomgyu [✔️]Where stories live. Discover now