[Hyejin pov]
( Flashback )
Entah bagaimana, satu perasaan hadir dalam kehidupan kami berdua.
Pada ketika ini, aku dan Beomgyu sudah berumur 17 tahun.
Dan, aku tidak sangka langsung yang Beomgyu turut mempunyai perasaan yang sama pada aku.
Pada mulanya, aku mengabaikan perasaan ini. Kerana memikirkan itu hanyalah cinta monyet yang ingin dihasilkan oleh si hati.
Tetapi, lama kelamaan perasaan aku semakin kuat apabila melihat suatu hari itu, Beomgyu sedang berborak mesra dengan seorang perempuan.
Hati aku semakin terkoyak bila melihat perempuan tersebut menyentuh pipi Beomgyu.
Walaupun aku yang duduk sebumbung dengan Beomgyu, sedikit pun tidak pernah aku sentuh pipi Beomgyu!
Lalu, aku berjalan ke arah Beomgyu dan menarik tangan Beomgyu agar berjauhan dengan perempuan jalang itu!
"Kenapa awak tarik saya ni? Kita nak pergi mana ni?" Tanya Beomgyu.
"Habis tu, awak nak biarkan jelah yang perempuan tu sentuh sentuh pipi awak? Saya pun tak pernah tau sentuh pipi awak macam tu! Awak tau tak saya cemburu!"
Beomgyu menarik tangan aku agar aku berhenti.
"Apa awak cakap, Hyejin?" Beomgyu melihat anak mata aku.
"Cakap apa?"
"Tadi.."
"Apa benda yang saya ca- oh." Aku menutup mulut.
"M-ana ada saya c-cakap apa a-apa pun."
Beomgyu mendekati aku. Wajahnya dengan aku hanya seinci sahaja.
"Serious awak tak ingat apa awak cakap tadi?"
"B-betullah!"
"Okay. Jadi, awak nak bawa saya pergi mana ni sebenarnya tadi?"
And, yes. Aku pun baru sedar yang kini hanya aku berdua berada di blok C, kawasan yang sunyi kerana pernah berlaku satu kes seram.
"Sorry, saya tak sengaja terbawa awak pergi sini." Aku menundukkan kepala.
"Dahlah, jom balik kelas."
.
.Apabila waktu pulang sudah tiba, aku cepat cepat kemas segala barang aku. Hari ni, aku tidak mahu pulang bersama Beomgyu.
Kerana, perkara yang berlaku pagi tadi masih terngiang ngiang di fikiran aku. Bagaimana kalau Beomgyu mendengar semua perkataan yang aku sebutkan?
Kan malu!
"Hyejin ah!" Itu suara Beomgyu! Oh my god, kenapa aku lambat sangat kemas barang ni!
Aku terus mencampakkan semua buku dan kotak pensil ke dalam beg dan terus berlari keluar dari kelas.
Biarlah buku aku terkoyak sekalipun, asalkan aku tak balik dengan Beomgyu!
"Kim Hyejin! Yah, Hyejin!"
Aku berlari sehingga ke padang sekolah. Fuh, penatnya. Aku memandang ke belakang, manalah tahu kalau ada Beomgyu kan?
Kalau dia ada, aku sanggup lari lagi!
Aku berjalan melepasi pagar sekolah. Waktu sekarang ialah, 8:23 pm. Hurmm, patut ke aku pergi kedai mana mana?
Tak naklah aku balik awal, kalau terserempak dengan Beomgyu time nak masuk rumah macam mana?
Aku pun berjalan mencari keberadaan kedai 24 jam.
Bbrumm!
Bunyi kilat kedengaran, menandakan hujan akan turun. Tapi, itu tidak jadi masalah bagi aku.
Aku bukanlah seorang perempuan yang takutkan kilat seperti dalam watak wattpad yang lain, yang menginginkan seseorang memeluknya. Euw, no!
This is Kim Hyejin lah!
Apabila hujan mula membasahi bumi, aku dengan senang rianya melompat lompat pada lopak air.
Ah, teringat akan zaman kecil. Aku melompat seperti ini bersama Beomgyu ketika hujan turun.
Selepas itu, habis dibebel oleh eomma kerana pulang lewat dan risau yang kami akan demam.
Aku tidak peduli sekarang, yang penting aku nak bermain dengan lopak air ni!
YOU ARE READING
umbrella ; choi beomgyu [✔️]
Romansa*·。💫*──── beomgyu has a sad past, and he meets a girl who has changed his life. [ malay fanfic ] ❁