LORA (BAB 1)

2K 35 0
                                    

Dato' Bahri henyak punggung di atas sofa, tali leher dilonggar. Wajah itu sedikit bengis tidak seperti kebiasaan. Begitu juga si isteri Datin Shakira yang datang bersama gelas air lalu disua kepada suaminya.

"Mereka makin lama makin melampau, abang." Datin Shakira turut menghenyak punggung dengan nafas kasar. Begitu faham wajah merah penuh amarah suaminya disebabkan siapa.

"Berani mulut puaka Rafi perli restoran kita depan orang tadi? Dia fikir dia tu bagus sangat?" Dato' Bahri melepas rasa tidak puas hatinya. Datin Shakira pula terangguk-angguk menyetujui.

Mereka baru sahaja pulang daripada majlis amal salah seorang rakan baik suaminya. Tak sangka musuh berpanjangan mereka, Dato' Rafi dan Datin Almira turut dijemput. Paling menyakitkan hati dua-dua bermulut puaka sengaja memerli restoran baru dibuka Dato' Rafi bulan lepas disebabkan isu halal.

Suasana pun agak tegang tadi mujurlah ada tetamu lain mengubah topik. Kalau tidak mahu kerusi dan meja terbang sebabkan laki bini itu. Daripada dulu sampailah sekarang ada sahaja mahu dengki dengan bisnes orang. Agaknya punggung tu panas menggurutu kalau tak ambil tahu pasal orang lain.

"Si Almira tu pun satu, depan orang lain pijak semut tak mati tapi mulut tu busuk kalahkan lori sampah. Saya tahan diri je cili-cili mulut dia tadi, Bang! Ada ke patut dia cakap restoran kita tu jual ayam tak sembelih sebab tu tak dapat sijil halal!" Datin Shakira berhenti berbicara sekejap mencari nafas.

"Kau tunggu, Almira. Minggu depan aku dapat sijil halal! Aku tampal depan pintu rumah kau yang macam rebam ayam tu! Ah menyampahnya!!" Turun naik nafas Datin Shakira saat wajah musuh berdekadnya bermain di ruang mata.

"Amboi! Balik-balik dah membawang ni. Ada apa-apa jadi ke?" Kedengaran suara si anak gadis menuruni tangga bersama baju tidur tersarung pada tubuh. Dato' Bahri dan Datin Almira serentak berpaling.

"Kamu tak tidur lagi?" Si ayah menarik senyum.

"Belum lagi, daddy. Lora study tadi, ingatkan turun nak minum air tapi dengar pula mummy dan Daddy membebel. Cakap pasal siapa ni?"

Lora henyak punggung di sebelah si ayah. Sengaja dia melentok kepala di bahu ayahnya.

"Bagusnya anak daddy. Study, study juga. Dah lewat malam ni, rehatlah, sayang. Esok sambung." Tangan Dato' Bahri naik mengusap kepala si anak gadis berusia 17 tahun itu. Lora satu-satunya anak yang mereka ada. Tujuh tahun berkahwin barulah mereka dikurniakan anak itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana mereka limpah kasih sayang pada anak gadis mereka yang seorang itu.

"Baik, daddy. Aip! Soalan Lora daddy dan mummy tak jawab lagi. Ini masam-masam muka ni sampai hangit bau rumah. Marahkah siapa?" Lembut suara Lora menyoal kedua orang tuanya.
Datin Shakira kelihatan menghela nafas panjang.

"Siapa lagi? Siapa lagi orang yang mummy dan daddy benci kalau bukan Rafi dan Almira tu! Mulut puaka betul!" Tak berselindung Datin Shakira menjawab persoalan anaknya.

Berbanding dengan gaya si suami, Datin Shakira melayan anaknya lebih kepada kawan bergosip dan masing-masing selalu ada sahaja topik untuk dibualkan seperti rakan seusia.

"Shakira, jangan cakap macam tu depan anak." Mendatar Dato' Bahri menegur isterinya.
Lora terkebil-kebil. Dia dongak menatap wajah daddynya. "Kenapa, daddy? Apa yang berlaku masa dinner tadi?"

"Tak apa, Lora. Kamu tu muda lagi untuk tahu. Biarlah urusan orang tua tu kami je fikir. Pergi minum air lepastu tidur." Lembut Dato' Bahri menitip pesan buat Lora mengangguk akur.

"Ingat Lora. Walaupun Zaiden satu kelas dengan kamu. Jangan pernah rapat dengan dia! Dia red flag! mummy tak akan pernah restu kalau kamu berkawan dengan dia! Faham?!" Langkah Lora terhenti, air liur diteguk sebelum dia tarik senyum tipis.

E-BOOK LOLLYSNOW (2024)Where stories live. Discover now