JASMINE (BAB 2)

985 36 0
                                    

Selesai memasukkan beg galas di overhead compartment lalu menutupnya, Farhat terus ambil tempat duduknya. Azhad sudah siap-siap duduk di sebelah tingkap sambil menggesek-gesek skrin telefon bimbit.

"Kau dengar tak tadi?" Azhad tiba-tiba bertanya.

"Dengar apa?" Farhat soal kembali.

"Alaa, Jasmine tu cakap dia tak ada apa-apa dengan Dato' Izhad. Dia cakap semua tu salah faham." Izhad berkata.

"Entahlah." Farhat keluarkan airpods lalu diletak di lubang telinganya. Dia dengar dengan jelas cuma apa yang dia dengar itu bukan urusannya. Jadi, dia tak berminat mahu ambil tahu.

"Apa jadi kalau sebenarnya ada orang nak perangkap dia?" Soalan Azhad buat Farhat berpaling dengan gelengan kepala memandang sahabatnya.

"Apa?" Azhad jongket kening.

"Kau ni banyak tengok drama melayu. Ikwan, kau tengok kawan kau ni." Farhat toleh ke belakang memandang Ikwan memeluk tubuh memandangnya.

"Aku dengar, Farhat. Dan aku malas ambil port," respons Ikwan dengan malas.

"Aku pun sama."

"Shh!" Betis Farhat disepak Azhad sebelum dia toleh kembali ke depan memandang gadis yang menjadi topik perbicaraan mereka memunculkan diri masuk ke dalam kabin.

Wajahnya tampak lelah dan tertekan. Tiada senyum, tiada seri yang seperti selalu terpapar di skrin televisyen. Saat gadis itu melintasinya, semerbak bau perfume menusuk hidung.

"Wanginya dia." Azhad menggumam.

Farhat jeling lelaki disebelahnya.

"Kadang-kadang aku risau dengan kau ni."

"Aku nak bergambar dengan dia. Tapi aku takut." Azhad menoleh-noleh ke belakang memandang Jasmine mengambil tempat duduknya.

"Tak payahlah, aku takut esok kau berperang dengan Dato' Izhad. Baik kau fokus dengan game kita malam esok." Farhat menepuk-nepuk bahu Azhad dengan senyum prihatin.

"Ke situ kau eh. Bukan main cakap kat orang. Silap hari bulan kena kat batang hidung sendiri." Azhad juih bibir.

"Pftt! Macam mana nak kena kat batang hidung sendiri? Aku bukannya minat kat pelakon macam kau tu." Farhat raup rambut. Berlagak dengan kata-kata sendiri.

Ya, dia yakin dengan pendiriannya buat masa sekarang.

TIBA sahaja di lapangan terbang Soekarno-Hatta, Jakarta, mereka terus dijemput oleh sebuah bas untuk dibawa ke hotel penginapan. Memandangkan mereka berada di Indonesia untuk perlawanan keesokan hari, pemain tidak dibenarkan keluar daripada hotel atas faktor keselamatan hingga esok pagi.

Esok pagi akan ada latihan akhir dan rakaman untuk Bola Malaysia juga akan dilangsungkan esok pagi. Sebagai pengacara program televisyen itu, Jasmine perlukan rehat dan memulihkan mood sebelum memulakan sesi penggambaran. Disebabkan itu, hari itu dia cuma mahu tidur, makan dan rehat sahaja.

"Jasmine, ini access card hotel kau." Yusra datang menghulur kad akses bilik kepada majikannya.

"Thanks." Jasmine capai bagasi yang dibawanya.

"Crew  dan manager akan duduk di aras yang berbeza dengan kau dan player. Apa-apa kau boleh call aku dan Ailah. Kami duduk aras tiga," ujar Yusra.

"Dan kalau boleh..."

"Okey." Jasmine tarik bagasi menuju ke arah lif tanpa sempat Yusra habiskan kata-kata. Dia dapat melihat beberapa orang lelaki pemain bola berdiri di hadapan lif menunggu pintu lif terbuka.

E-BOOK LOLLYSNOW (2024)Where stories live. Discover now