JASMINE (BAB 4)

1.9K 35 0
                                    

Farhat melepas tawa kecil melihat video si kembar yang dihantar umi ke dalam group WhatsApp keluarga mereka. Si kembar yang bergaduh bila abi menyuruh mereka membasuh kereta. Dari kecil sampai besar tak pernah nak sehaluan dua ekor ni.

"Kau basuh kereta pakai niat ke, bingai!"

"Taklah, aku pakai doa. Tiup-tiup sikit dah suci, halal lagi berkilat kereta abi ni."

"Eh bodohnya. Kau tengok ni! Tak bersih! Kau mari sini!"

"Umi! Tengok Hasif ni!"

Bergegar tubuh Farhat tak tahan ketawa melihat perangai adik-adiknya. Umi pun sama naik merakam sambil ketawa dengan kerenah anak-anaknya.

"Hail dan Hasif, bergaduh je kerja korang. Nanti abang balik siap kau orang." - Farhat.

Farhat menaip mesej membalas video dikirim umi.

"Diamlah kau abang. Kau, kalau kalah lawan Indonesia esok, kau yang kena bersiap abang."- Hail

"Tah dia. Kalau abang tak sumbat goal, abang jangan balik rumah ya. Memalukan!" -Hasif.

Terlopong Farhat baca ugutan adik-adiknya. Amboi, dia tak ada kat rumah bukan main berani ya kau berdua?

"HAHAHAHAHA"- Abi.

"Eh budak dua ekor ni. Abang balik siap eh kau orang." - Farhat.

"Abang, umi suruh bawak balik menantu." - Hasif.

"Abang, umi suruh bawak balik awek Indonesia." - Hail

"Eh budak ni. Sepakat ke hantar chat serentak macam ni?" Farhat kerut dahi sambil mengomel. Tak adanya umi nak minta macam tu. Mesti budak-budak ni buat palatao sendiri!

Ktak!

Buk!

Baru sahaja mahu membalas chat adik-adiknya. Farhat sedikit tersentak apabila pintu biliknya dikuak secara kasar dan seseorang tiba-tiba masuk dan terus menguncinya dari dalam.

Lagi membuatkan Farhat tak berkutik di atas katil bila dia angkat sahaja wajah. Ada sosok termengah-mengah terduduk di hadapan pintu bilik hotelnya.

Dan orang itu perempuan!

Jasmine Salsabila!!

____

HAI!
Jualan E-BOOK Jasmine telah dibuka. Kepada pembeli saya galakkan anda beli melaluo Shopee. Jika ada masalah, awak boleh juga beli di Whatsapp.

Tempoh penghantaran dalam masa 48 jam.
Link pembelian ada di bio Wattpad saya.

Shopee : LollysnowWhatsapp:  010-2028160❗️LINK PEMBELIAN DI BIO SAYA❗️Thank you❤️

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Shopee : Lollysnow
Whatsapp: 010-2028160
❗️LINK PEMBELIAN DI BIO SAYA❗️
Thank you❤️

E-BOOK LOLLYSNOW (2024)Where stories live. Discover now