🪷 3- JASMINE SALSABILA (BLURB)

3.6K 37 0
                                    

Jasmine seorang pelakon terkenal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Jasmine seorang pelakon terkenal. Farhat pula seorang pemain bola sepak negara. Mereka kenal sebatas nama dan rupa yang disebarkan media semata-mata.

Tiada niat mahu kenal lebih daripada itu sehinggalah pintu bilik hotel Farhat dirempuh masuk oleh pelakon terkenal itu tanpa sengaja.

Jasmine mencari perlindungan. Farhat melindungi.

Detik yang membuatkan Jasmine ingin menjadikan Farhat sebagai miliknya.

"Kalau awak kahwin dengan saya, saya akan beri semua yang awak nak. Duit? Rumah? Isteri kedua? Apa sahaja." - JASMINE

"Sorry. Saya tak berminat." - FARHAT

Pertama kali ditolak seseorang. Jasmine mengalah dengan keinginannya untuk memiliki Farhat. Tapi gosip mereka bercinta menyulitkan keadaan.

Kemalangan berlaku lagi. Dan lagi sekali Farhat menyelamatkan dia.

Setelah itu, segalanya bagaikan mimpi. Apa yang dia inginkan telah jadi kenyataan. Keluarga, cinta dan kasih sayang.

Dia fikir kebahagiaan itu selamanya akan jadi milik dia. Tapi, cukup satu video, segala kebahagiaan yang dia kejar selama ini lenyap dan hancur begitu sahaja.

E-BOOK LOLLYSNOW (2024)Where stories live. Discover now