Hari pertama.

1.3K 106 27
                                    

Adam membuka helmet hitam yang dipakainya semasa membonceng motosikal tadi. Rambut yang serabut itu dikemaskan menggunakan tangan. Kaki melangkah masuk ke dalam satu kedai runcit. Niatnya tidak lain tidak bukan, ingin membeli gula-gula kegemarannya.

Matanya tersabung dengan sepasang mata hitam seorang gadis. Gadis itu hanya berbadan kecil dan agak pendek seperti kanak-kanak sekolah rendah. Paras dada Adam saja ketinggian gadis itu. Pendek bukan?

Sikap Adam Qaridz yang malas ingin mengambil tahu itu membuatkan Adam hanya terus melangkah. Elok saja kaki berada di dalam kedai runcit itu, mata terus tertumpu pada bekas gula-gula kegemarannya. Kosong saja bekas gula-gula itu. Nampaknya... gula-gula kegemarannya sudah pun habis.

"Um uncle. Stok coklat lembu ni dah habis ke?" soal Adam sopan dengan senyuman manis diukirnya. Cuba untuk menyedapkan hatinya. Mana lah tahu kan, masih ada stock gula-gula itu.

Tapi harapannya hanyalah sekadar harapan apabila melihat gelengan Uncle Bob, Adam mengemam bibir. Sakit lagi dari putus cinta mat.

Dengan hati yang hampa, kaki diatur keluar dari kedai runcit itu. Sempat dia mengerling sekilas pada gadis kecil tadi. Gadis itu masih setia berdiri di luar kedai.

Seperti...sesat?

Adam hela nafas berat. Nak ditinggalkan, rasa sebersalah pula. Kalau betul dia sesat, menyusahkan orang pula nanti. Rasa simpati yang wujud di hatinya itu membuatkan Adam mengorak langkah mendekati gadis itu.

"Adik. Adik sesat ke?" soalnya lembut. Tak kan nak kasar pula? Mahunya dia menangis, aku pula yang naik rimas. Adam cuba pamerkan senyuman pada gadis itu. Seketika, dahi Adam berkerut apabila melihat wajah gadis itu tiba-tiba bertukar merah padam. Cuaca panas ke? Rasanya mendung saja.

"Adik?" Adam memanggil kali kedua apabila panggilan pertama tidak terjawab. Bagaikan baru terkeluar dari dunia bunian, kepala gadis itu mendongak memandang Adam. Lantas kepala itu jatuh beberapa kali, mengiakan soalan Adam.

"Ha'ah. Saya sesat." Jawab gadis itu sambil mata terkebil-kebil memandang wajah kacak Adam.

"Lah boleh bercakap rupanya. Ingatkan bisu," dengan selamba badak Adam menegur. Gadis itu tayang sengih. Kalau tak difikirkan crush, sudah lama dia luku kepala jejaka ini. Tiada sensitiviti langsung!

Adam merenung gadis itu. Cuba mengamati wajah bulat ini. Jari ibu dan jari telunjuk mengurut dagu. Macam kenal tapi tak kenal.

"Aku rasa aku pernah tengok muka kau kat taman ni. Cuba bagitahu aku, dekat mana rumah kau. Mana tahu aku boleh tolong." Cadang Adam. Gadis itu jongketkan bahu.

"Kalau saya tahu dimana rumah saya, tak adalah saya sesat disini, kan?" Adam gigit hujung bibir. Terserlah kebodohannya disitu. Adam gelak kekok sembari tangan menggaru kepala yang tidak gatal.

"Ye tak ye jugak kan? Tapi tak akan lah tak ada secebis memori tempat tinggal kau pun ke dalam kepala kecik tu?" Aryaa jongketkan kedua belah bahunya.

"Manalah saya tahu. Yang saya ingat, rumah saya kat tempat yang gelap," balas Aryaa. Berkerut seribu dahi lincin Adam.

"Gelap? Kau tinggal dalam gua ke, Raju? Serius lah, tak kan lah kau tak ingat langsung? Kau hilang ingatan ke?" tembak Adam bertalu-talu. Wajah hairan terpampang di wajah jejaka itu.

"Ha'ah. Saya ni hilang ingatan," selamba Aryaa membalas. Kening Adam sudah bercantum menjadi satu. Semakin memeningkan. Dia kata dia hilang ingatan tetapi dia boleh ingat yang dia tu hilang ingatan?

Apa jenis hilang ingatan ni?

"Um takkan kau tak ingat sikit pun?" Aryaa mendongakkan kepala memandang wajah tercengang Adam. Bebola mata memandang atas dengan jari telunjuk mengetuk dagu. Seperti sedang berfikir.

Plak!

Jari dipetik kuat seraya bibir menguntum senyuman manis.

"Saya dah ingat!" ternaik sebelah kening Adam apabila tak sampai lima saat pun Aryaa berfikir. Cepat betul dia ingat. Adam turut tersenyum bahagia.

"Ha, dekat mana? Cuba bagitahu. Boleh aku teman kau balik." Pelawa Adam. Excited pula rasanya. Bahagia sungguh apabila sudah berjaya membantu seseorang meskipun bantuan jenis apa yang dia berikan pun dia tidak tahu.

Aryaa tayang sengihan.

"Saya sebenarnya sesat dalam hati awak!" teruja dia berkata. Kedua belah tangan membentuk love besar ala-ala Jeon Jungkook. Senyum melebar gadis itu. Tapi lain pula bagi Adam. Terus mati senyuman terujanya selepas mendengar jawapan Aryaa.

Dinding pipi ditolak dengan lidahnya. Mata yang sememangnya sepet itu semakin bertambah sepet dek mencerlung tajam Aryaa. Bengang yang amat dengan gadis pendek di hadapanya tika ini.

"Lawak ke?" Soal Adam dingin. Aryaa menggeleng laju.

"Ada saya kata lawak ke, Abang Kyungwoo?" Melihat wajah jengkel Adam, terletus tawa kecil dari gadis itu. Adam memincingkan mata memandang gadis dihadapannya. Tak betul agaknya.

"Dah lah. Menyesal aku tolong kau." Nada geram terselit dalam bicaranya. Adam sudah mengatur langkah meninggalkan Aryaa seorang diri. Tangan yang menyarung helmet itu terhenti seketika suara lunak seorang perempuan menyapa gegendang telinga.

"Abang Kyungwoo! Nama saya Aryaa. Panggil Aya je tau. Simpan dalam otak awak tu. Bye!" Jerit Arfa dengan senyuman manis diukir dibibir munggilnya. Tangan melambai-lambai pada Adam.

Adam menggeleng. Sah, pelari dari hospital bahagia. Tanpa menghenangkan gadis itu, pendikit dipulasnya sebelum motosikal orennya tidak kelihatan lagi di retina mata Aryaa.

Dia menghela nafas lega. Fuh, rasa macam hari terakhir hidup saja! Kedua belah tangannya yang berpeluh dan menggigil itu dipandang.

Aryaa meletakkan tangannya pada dada di sebelah kiri. Laju benar kadar degupan jantungnya tika ini. Nafas ditarik lalu dihembus keluar, cuba menenangkan dirinya tika ini. Meskipun dalam keadaan begitu, bibir masih tidak lekang dengan senyuman manisnya.

"Kena usik sikit pun dah marah. Garang betul lah manusia senget ni." Ujar gadis itu seiya kepala tergeleng-geleng.

"Tunggu lah hari lain. Nanti makin teruk aku usik kau. Haha, good luck ler Abang Kyungwoo." Selorohnya perlahan.

TBC.

10 Hari MencubaWhere stories live. Discover now